Hello travellers! Mungkin ada antara korang yang dah tengok update aku mengenai trip ke Xi’an di Instagram. Bulan lepas (Julai 2019), AirAsia X memberikan aku peluang untuk menjejakkan kaki ke salah satu bandar tertua di China ini. To be honest, macam-macam aku rasa sebelum berangkat. Risau pasal makanan, keselamatan dan macam-macam la.

Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dan sangkaan aku was wrong. Xi’an memang selamat untuk dikunjungi. Public transporation pun ada (lagi best kalau boleh faham Mandarin) dan makanan pun senang sangat nak dapat.

Since I had a good time there despite the weather, which is hujan dan mendung most of the time, I’m going to share pengalaman aku ke sini. Kalau nak tulis complete experience rasanya panjang sangat pula artikel ni nanti. Don’t worry. Aku akan split this story into beberapa artikel. For this one, it’s gonna be artikel pengenalan je. Macam nak bagi korang idea of what you can do in Xi’an.

Xi’an kini mendapat perhatian ramai pengunjung dari Malaysia khususnya yang beragama Islam bukan hanya kerana sejarahnya yang pernah menjadi titik permulaan Silk Road atau tempat tersimpannya patung-patung tentera Terracotta yang berasal dari maharaja Qin Shi Huang tetapi ia juga terkenal dengan kewujudan komuniti muslim di sini sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi syurga makanan.

So, berikut merupakan tempat-tempat menarik yang wajib korang visit bila di Xi’an.


 1. Terraccota Army Museum 


Turut dikenali sebagai “Terracotta Warriors and Horses”, Terraccota Army Museum sememangnya tarikan popular di sini. Jejalah anda di Xi’an tak akan lengkap jika anda tak ke tempat ni.

Apa yang ada di muzium ini? Ada boleh tengok hampir 8,000 lebih patung pahlawan, kereta kuda, pegawai, ahli muzik dan sebagainya yang diperbuat dari tanah liat. Patung-patung ini dibuat sebagai tanda penghargaan maharaja pertama Qin ke atas jasa orang-orangnya dalam melindungi beliau dan yang lain.


Kalau korang tengok secara teliti, patung-patung ni semua tak sama. Ada beza dari segi ekspresi muka, bentuk fizikal tubuh badan dan sebagainya. Bagaimana patung ini ditemui? Ia pertama kali ditemui pada tahun 1974 oleh para petani tempatan di luar kawasan Xi’an. Ada yang kata sampai sekarang mereka masih lagi menjalankan kerja menggali kerana mereka percaya bahawa ada banyak kali patung yang masih belum ditemui.




 2. Mount Hua 

Tarikan ini merupakan antara tempat yang aku nak sangat pergi bila baca tengan Xi’an.


Ramai yang tanya “Ada ke tarikan alam semula jadi atau aktiviti outdoor di Xi’an?”. Ye la, ingatkan ada muzium dan tapak sejarah je tapi sebenarnya boleh juga teroka alam semula jadi sambil melakukan aktiviti mencabar.


Tahukah anda bahawa Gunung Hua terkenal sebagai antara salah satu gunung yang mencabar di dunia? Betul. Kalau tak percaya go search kat Google. Gunung Hua mempunyai 5 puncak dan puncak tertinggi ialah South Peak iaitu berketinggian sekitar 2,154.9 meter atas paras laut. Tak kira la sama ada experienced hiker atau tak, semua boleh mendaki hingga ke puncak.


Kalau nak lebih mencabar, boleh cuba The Plank Walk iaitu aktiviti berjalan di atas permukaan kayu yang terletak di bahagian tepi gunung. Siap sedia untuk menjamu mata dengan pemandangan indah di sekeliling gunung ini.

Kalau ada extra time, boleh daki dari bawah tapi korang boleh naik cable car kalau cuma ada sehari untuk explore sini. Make sure periksa ramalan cuaca dulu before ke sini ya.



 3. Bell & Drum Tower 

Terkenal sebagai ‘Sister Buildings’, Bell and Drum Tower merupakan antara landmark terkenal di tengah-tengah bandar Xi’an. Kedua-dua menara ini mempunyai fungsinya tersendiri. Semasa zaman Yuan Dynasty, dram digunakan sebagai isyarat masa atau penggera jika terdapat sebarang kecemasan. Even until now pun dram tu akan dibunyikan. Tak silap aku masa sunset menandakan hari dah petang. Interesting kan.


Jangan lepaskan peluang anda untuk naik ke salah satu menara ini untuk menikmati pemandangan panorama bandar Xi’an. Waktu terbaik untuk ke sini sudah tentulah ketika matahari terbenam!




 4. Muslim Quarter 

Kalau tanya orang ramai kenapa mereka suka datang ke Xi’an, pasti ramai yang jawab sebab Muslim Quarter kerana boleh menikmati pelbagai jenis makanan halal. YES, MAKANAN HALAL!


Terdapat populasi muslim yang tinggal di Xi’an dan kebanyakkan mereka tinggal di kawasan yang dipanggil Muslim Quarter. Menurut info yang aku dapat dari Internet, Xi’an sebenarnya merupakan titik permulaan Silk Road yang menyebabkan pertemuan antara orang Arab dan orang tempatan di sini. Tempat ni selalu penuh dengan orang tidak kira siang ataupun malam.


Korang boleh merasai pelbagai makanan terkenal di Xi’an seperti roujiamo iaitu daging lembu dihidang bersama roti, yangrou paomo iaitu roti yang dipotong kecil-kecil dihidang dalam sup kambing dan banyak lagi.


Peringatan: pastikan anda datang ke sini dengan perut kosong!



 5. Xi'an Great Mosque 

Muslim Quarter bukan sahaja terkenal dengan makanan halal tetapi ia juga dikenali sebagai tempat dimana terletaknya bangunan bersejarah seperti Hanguang Gate (Tang Dynasty), Xicheng Gate Tower Cluster (Ming Dynasty) dan Xi’an Grand Mosque iaitu masjid tertua dan terbesar di China.


Menariknya tentang masjid ini ialah seni reka bangunannya yang unik iaitu campuran antara elemen tradisional Islam dan Chinese. Kalau korang tengok secara teliti bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar masjid ini, nampak kaligrafi Chinese dan juga Arabic.




Masjid ini juga dibuka kepada para pengunjung bukan beragama Islam. Terdapat beberapa kawasan seperti ruang sembahyang hanya untuk mereka yang beragama Islam. Korang boleh datang ke sini pada waktu tertentu untuk melihat mereka menunaikan solat fardhu.



 6. Wild Goose Pagoda 

Tersenarai sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site, The Big Wild Goose Pagoda atau Dayan Pagoda merupakan bangunan bersejarah dan juga tempat suci bagi umat Buddha. Ia dibina pada 652 oleh Emperor Gaozong bagi Tang Dynasty untuk menyimpan penulisan dan barangan Buddha yang dibawa dari India.


Ramai para pengunjung datang ke sini untuk melihat seni reka Wild Goose Pagoda sekali gus menikmati pemandangan bandar dari tingkat atas pagoda ini.



7. Xi'an City Wall

Akhir sekali, pastikan korang singgah ke Xi’an City Wall.

Dibina pada tahun 1370, Xi’an City Wall dikatakan merupakan salah satu sistem pertahanan tentera kuno terbesar di dunia. Ia mempunyai empat pintu utama iaitu Changle Gate (Timur), Anding Gate (Barat), Yongning Gate (Selatan) dan Anyuan Gate (Utara). Pintu utama yang paling popular ialah Yongning Gate.


Korang boleh sewa basikal untuk keliling ke empat-empat pintu sejauh 13.7KM ini. Sepanjang perjalanan anda akan lihat pelbagai tarikan seperti kuil, orang jual makanan dan minuman, pasangan pengantin buat sesi pengambaran dan banyak lagi.

Bagi aku, tempat ini sangat ideal untuk menikmati pemandangan semasa matahari terbenam. Sangat cantik!


 VIDEO 



Itu saja perkongsian aku untuk artikel kali ini. Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di Xi’an. Harap boleh tarik minat korang untuk datang ke sini sebab sekarang AirAsia X ada direct flight antara Kuala Lumpur dan Xi’an.


Okay guys, jumpa lagi di entri seterusnya. Aku akan kongsi itinerary dan juga tips-tips berguna.