Sebelum ni aku tak pernah nak ambil kisah tentang Uzbekistan sampailah negara ni mengumumkan Malaysia sebagai salah satu negara yang tak memerlukan visa pada pada 1 Febuari 2019. Ia merupakan berita baik buat rakyat Malaysia.


Syukur la baru-baru ni aku berpeluang untuk jejakkan kaki ke negara ini. Selamat ke nak travel ke Uzbekistan? Orang-orang dia macam mana pula? Senang tak nak dapat makanan halal? Best ke tarikan-tarikan pelancongan kat sana? Macam-macam la persoalan bermain di fikiran aku sebelum ke negara ni. Tapi bila dah sampai, rupa-rupanya Uzbekistan tak la seperti yang ramai orang jangkakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca ya.


So, dalam artikel ini aku akan ceritakan sedikit pengalaman, tips dan tarikan menarik yang boleh anda kunjungi selama 4 hari 3 malam.


Nota: Gambar-gambar dalam artikel ni semuanya aku snap guna Samsung Galaxy S10+. Kualiti best, mudah dibawa ke mana saja. Sesuai kalau jenis yang tak suka bawa kamera berat. Cukup untuk ambil gambar untuk kenangan/koleksi peribadi. Lens Ultra Wide dia memang da bomb! #withGalaxy #GalaxyS10+ @SamsungMalaysia


 Uzbekistan 

Uzbekistan merupakan antara salah satu negara yang terletak di Asia Tengah. Negara ini terdiri daripada 12 provinsi dan bersempadan dengan negara Kazakhstan (north), Kyrgyzstan (northeast), Tajikistan (southeast). Selain itu ia juga merupakan salah satu 49 negara yang struktur geografinya di hampir keseluruhan dikelilingi tanah. Tiada satu pun sungainya bersambung ke laut.


Terdahulunya Uzbekistan pernah berada di bawah pengaruh Iranian Achaemenid Empire dan Macedonian Greek sehinggalah Arab mengambil alih during the 7th century. Selepas itu, majoriti populasi di Uzbekistan adalah mereka yang beragama Islam. Lepas tu datangnya orang Turkic sehinggalah Uzbekistan menjadi salah satu ahli Soviet Union. Sebenarnya panjang lagi cerita pasal sejarah Uzbekistan ni.

Uzbekistan ni agak diverse in term of budaya kerana faktor sejarah dan lokasi. Bahasa utama di negara ini ialah bahasa Uzbek (bahasa Turkic yang ditulis dalam huruf Latin) dan juga bahasa Russia. Majoriti populasi di negara ini adalah mereka yang beragama Islam diikuti dengan Russian Orthodox Christianity dan ada juga yang menganut agama dan kepercayaan lain.


Negara ini menjadi laluan utama perdagangan sutera (Silk Road) antara China dan negara barat. Disebabkan aktiviti perdagangan tersebut, Bukhara dan Samarkand pernah menjadi bandar yang cukup kaya di kawasan tersebut.

Tersenarai sebagai negara ke 56 terbesar di dunia, ia juga merupakan antara salah satu penghasil dan pengeksport kapas terbesar di dunia. Selain itu, ia juga pembekal elektrik terbesar di Asia Tengah serta mempunyai deposit emas ke-4 terbesar di dunia.



 Tips 

Berikut merupakan beberapa perkara yang korang pelu keep in mind sebelum ke Uzbekistan:

1. Malaysian tak perlu visa untuk ke Uzbekistan. Korang boleh melawat tidak lebih dari 30 hari.

2. Uzbekistan selamat untuk dikunjungi oleh foreign visitors. In fact, ia merupakan salah satu daripada 20 destinasi terselamat di dunia. Walaubagaimanapun, aku nasihatkan korang agar sentiasa peka dengan sekeliling. Perkara tidak diingini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Untuk lebih selamat, adalah lebih baik anda beli travel insurance. Boleh search travel insurance terbaik melalui www.gobear.com/my. Website ni memudahkan korang untuk compare dan cari travel insurance paling sesuai.

3. Nilai matawang Uzbekistan ialah Uzbek SOM (UZS). MYR 1 bersamaan dengan UZS 2,040. Sejak September 2017, para pengunjung dah boleh tukar duit di beberapa bank di sini. Apa pun, lagi bagus kalau bawa cash secukupnya. Few shops terima kad kredit but cash is still king here especially kalau nak pergi ke bazar atau kedai-kedai kecil.

4. Mostly orang sini cakap bahasa Uzbek atau Russian. Ada a few yang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. In this case, it would be helpful kalau dapat master basic Russian language.

5. Korang akan terima registration payslip bila check in tempat penginapan. Make sure simpan slip tu sebab ada kemungkinan pegawai imigresen nak tengok slip tu sebagai bukti anda menginap di hotel tersebut.

6. Tren merupakan option terbaik kalau nak explore different cities. Untuk metro pula cuma ada di Tashkent so far. Highly recommended untuk korang naik. Ada yang kata metro kat sini inspired by the one kat Moscow atau Saint Petersburg.

7. Untuk simkad pula, aku suggest korang ambil Beeline. Agak jimat in term of data dan call.

8. Orang-orang di Uzbekistan ni sangatlah friendly. Most of them bila nampak foreign visitors, mesti akan approach untuk ambil gambar bersama. Ada juga yang sangat berbesar hati untuk diambil gambar. Jangan terkejut dengan sikap ramah diorang. Just be nice.



 Penerbangan Air Astana (Almaty dan Tashkent) 

Memandangkan trip ini merupakan trip jemputan dari Air Astana, iaitu syarikat penerbangan Kazakhstan, aku mulakan perjalanan dari Almaty ke Tashkent sebab Air Astana mempunyai flight yang beroperasi antara dua bandar ini.


Flight dari Almaty ke Tashkent mengambil masa selama 2 jam something. Take note bahawa Almaty dan Tashkent ada perbezaan waktu iaitu 1 jam. Flight experience was comfortable, leg room pun cukup tak sempit sangat and yang penting they serve light food usually sandwich or bites. As usual, diorang mesti akan hidangkan small Kazakh candies.

Airport Almaty: International Airport in Almaty agak kecil dan straight forward. They have few shops for souvenirs dan restoran kecil. WiFi connection is limited. There is also a small lounge for passengers with premium access.

Airport Tashkent: Tashkent ada beberapa terminal (international dan domestic). Terminal untuk international flights kecil je. Sangat straight forward which is good. No free WiFi connection.



 Perjalanan antara Tashkent dan Samarkand 

Selain menaiki penerbangan domestik antara bandar di Uzbekistan, korang boleh naik train which aku highly recommend korang untuk cuba. The train ride was super comfortable dan siap bagi simple beverages lagi. That time it was coffee/tea and sandwich since morning train ride. Boleh beli tiket yang dah ada seat number so tak payah la berebut nak naik train.





Train schedule yang aku naik ialah:
1. Tashkent ke Samarkand.
2. Perjalanan mengambil sekitar 2 jam lebih.
3. Masa: 6.37 pagi - 8.47 pagi.

Nota:
1. Kena sampai kat station 30 minit sebelum waktu train berangkat.
2. Klik sini kalau nak book ticket secara online.



Tashkent

Terletak di bahagian utama timur Uzbekistan, Tashkent merupakan bandar utama dan terbesar di negara ini. Bandar ni ada mempunyai campuran elemen moden dan juga klasik which korang boleh nampak ada bangunan pejabat moden, hotel, taman dan juga bangunan apartment ala-ala Soviet style.


Most of the major attractions listed kat bawah ni terletak beberapa minit antara satu sama lain. Ada yang korang boleh explore dengan hanya berjalan kaki, naik metro atau drive.

First of all, sebelum aku cerita tempat-tempat yang aku visit di Tashkent, aku nak kongsi tempat yang aku stay while in Tashkent. It is Lotte City Hotel Tashkent Palace. Hotel yang boleh dikatakan agak selesa, fasiliti dan servis pun mantap. Hidangan sarapan pagi pun macam-macam ada. Paling penting lokasi berdekatan dengan some of the major tourist attractions like Independence Square, government buildings, Palace of The Romanovs dan banyak lagi.


Berikut merupakan tempat-tempat yang sempat aku visit di Tashkent.


1. Hast Imam Square

Terletak di kawasan old town, Hast Imam Square merupakan religious center di Tashkent di mana terdapat pelbagai architectural monuments seperti madrasah of Barak-Khan, Tilla Sheikh Mosque, Islamic Istitute of Iman al-Bukhari dan banyak lagi.


Salah satu highlight paling menarik ialah di sini juga tersimpannya Quran of Caliph Uthman - Ottoman yang cukup terkenal di dunia. Korang boleh masuk dan tengok Quran tersebut tapi tak boleh ambil gambar atau video.


Tidak jauh dari Hast Imam Square, korang boleh berjalan di sekitar kawasan rumah tradisional Uzbekistan yang pernah dilanda gemba bumi pada tahun 1996.




2. Tashkent TV Tower

Dibina pada tahun 1981, Tashkent TV Tower tersenarai sebagai bangunan tertinggi di Central Asia ia berketinggian 375 m (1,230 kaki). Interestingly, bangunan ini dibina dengan kebolehan untuk bertahan dengan serangan gempa bumi berukuran sehingga 9 pada skala Ritcher.


Selain digunakan sebagai urusan komunikasi (satelit TV dan cellular), Taskhent TV Tower juga menerima kunjungan para pengunjung yang ingin menikmati pemandangan panorama bandar Tashkent sambil santai menikmati makanan atau minuman di beberapa restoran atau bar terletak di bangunan ini.



3. Independence Square

Terletak di tengah bandar Tashkent, Independence Square ni dianggap sebagai favourite resting place bagi penduduk di Tashkent mungkin kerana salah satu fakta dimana fountain tercantik dalam Tashkent ni terletak di sekitar sini.



Ketika zaman Soviet, nama square ini ialah Lenin Square sehinggalah Uzbekistan mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, nama square ini ditukar kepada Independence Square. Sekarang ia dijadikan sebagai tempat untuk menyambut beberapa event penting seperti Uzbekistan Independence Day, New Year dan banyak lagi.

Para pengunjung boleh explore sekitar square ni sebab ada macam-macam benda di sini seperti fountain, monuments, bangunan pentadbiran kerajaan dan banyak lagi la.



4. Palace of Prince Romanov

Salah satu unsual monument di Tashkent ialah bekas tempat tinggal Prince Romanov iaitu Palace of Prince Romanov. Ianya dibina pada tahun 1891 dengan dekorasi yang cukup mewah pada ketika itu. Interestingly, some of the decoration sebenarnya menggambarkan karakter prince tersebut. For example, terdapat figure rusa dan anjing pemburu pada bahagian pintu masuk depan. According to our local guide, he said the prince memang suka memburu.

Selepas kematian beliau, bangunan ini menjadi tempat untuk Museum of Arts of Uzbekistan then Museumm Antiques and Jewelry of Uzbekistan. Kini ia berfungsi sebagai Reception House of the MFA of Uzbekistan.

Korang boleh drop by untuk tengok bangunan ni dari jauh. Aku cuma lalu je masa tu and don't think it is possible untuk masuk ke dalam as it is only open for specific people and official ceremony.



5. Monument of Courage Earthquake Memorial

Monument ini adalah salah satu monument yang bagi aku sangat powerful in term of penceritaan dia. Tashkent pernah dilanda gempa bumi dengan magnitud 8.3 pada tahun 1966 di mana setengah daripada bandar Tashkent musnah disebabkan bencana tu. Monument ini dibina untuk memperingati sejarah hitam tersebut serta orang yang terkorban.


Ada dua benda korang kena tengok di sini. First is the big monument yang menunjukkan mak dan ayah tengah protect anak diorang daripada serangan gempa bumi. You'll see the earthquake effect on the floor and depan diorang ada satu batu dengan jam yang dilakarkan waktu terjadinya bencana ni iaitu pada 26 April 1966, pukul 5.24 a.m.

Plus, di belakang monument ini pula ada mural batu yang menceritakan bagaimana negara-negara jiran Union of Soviet Socialist Republics (USSR) bekerjasama bagi membangun bandar Tashkent semua seperti sediakala. Interesting.



6. Chorsu Bazaar

Bazar ni dianggap sebagai tumpuan utama bagi setiap bandar oriental. Di sini la tempat orang tempatan berkumpul, sembang tentang daily life, news, general information or just relax while enjoying some drinks.


Di Tashkent, korang jangan lepaskan peluang untuk ke Chorsu Bazaar. Berusia lebih dari beratus tahun, Chorsu Bazaar menghimpunkan para penjual yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti buah-buahan segar, dried fruits, roti khas dikenali sebagai lepeshka, daging, souvenir dan banyak lagi mostly daily essentials la. Aku impressed dengan bazar diorang. Bersih, kemas dan teratur. Senang nak cari sebab semua tersusun mengikut kategori.

Di sebelah Chorsu Bazaar ada choykhonas dimana korang boleh menikmati beberapa makanan tradisional termasuklah amber yellow pilaf (plov), shashlyk (skewered and grilled cubes of meat), dan banyak lagi. Most of us that day tinggalkan tempat ni dengan at least dua barang yang dibeli dari bazar ni.



7. Plov Centre

Kalau korang jenis suka cuba makanan local, korang wajib cuba plov. Plov ialah makanan tradisional dan kebangaan orang Uzbekistan. Bila ada orang luar datang, diorang mesti excited suruh cuba plov. It is actually macam nasi briyani. It consists of nasi yang dimasak dengan special stock or broth usually lamb stock la ditambah dengan spices and ingredient lain seperti sayur dan daging.


Plov ni sangat tasty and usually oily. Can't iamgine they eat it every day. Tapi memang sedap la. Aku boleh habiskan dua pinggan ya sebab super love it.

Kalau korang nak cuba, boleh datang ke Central Asian Plov Center iaitu berdekatan dengan TV Tower. Di sini korang bukan sahaja berpeluang untuk merasai plov tapi korang juga boleh tengok cara macam mana hidangan ini disediakan dari awal sampai la ke meja untuk dimakan.


The moment aku step into this building, aroma dia kuat sangat. Bayangkan kalau pergi masa puasa, memang dugaan betul la. Korang akan nampak tempat masak batu yang diisi dengan nasi, pelbagai jenis daging, sosej daging kuda, telur rebus dan banyak lagi.

If nak datang, best time untuk pergi ialah sebelum pukul 12. Remember, tempat ni cuma hidang plov,
teh dan salad je ya. Jangan pula korang datang and then minta shashlyk.



Samarkand

The second leg of this trip was in Samarkand iaitu antara bandar terkenal di Uzbekistan. Menjadi bandar kedua terbesar, Samarkand merupakan antara bandar yang menerima jumlah pengunjung yang agak ramai setiap tahun kerana ia tersenarai sebagai UNESCO World Heritage kerana memiliki pelbagai tinggalan sejarah yang mempunyai spiritual values. Samarkand juga sangat dikenali dengan pelbagai unique ancient architectures, bengkel artisan dan warisan sekolah sains and seni.


Berikut merupakan tarikan-tarikan yang sempat aku visit di Samarkand. Please take note that apa yang aku senaraikan ni cuma sebahagian daripada apa yang Samarkand ada.


1. Gur Emir Mausoleum

Gur Emir, yang dianggap sebagai antara masterpiece dalam senibina Islam of medieval East, merupakan complex di mana terletaknya makam Amir Timur dan keturunan serta pengajar beliau. Selain itu, di sini juga terletaknya madrasah Muhammad Sultan iaitu cucu kepada Amir Timur. Tapi selepas kematian beliau, berlakunya sedikit perubahan dari segi fungsi beberapa benda yang ada di sini.





Di sini anda boleh ketahui serba sedikit cerita tentang Amir Timur, melawat makam beliau yang terletak di tengah-tengah complex ini dikelilingi oleh makam keturunannya dan cikgunya. I'm impressed dengan seni bina serta dekorasi dalam the main complex ni. Sangat cantik. In fact, Gur Emir ni sebenarnya a prototype untuk Great Mughal: Humayun Mausoleum di Delhi dan Taj Mahal di Agra yang sebenarnya dibina oleh keturunannya yang pernah memerintah di utara India.



2. Registan Square

Registan Square merupakan salah satu tapak peninggalan sejarah yang membuatkan Uzbekistan terkenal dimata dunia serta tersenarai sebagai salah satu tapak UNESCO World Heritage. Tiga bangunan utama yang terdapat di sini merupakan grand madrassah iaitu Ulughbek, Sherdor dan Tilla-Kori yang mempunyai fungsinya tersendiri serta seni bina yang berbeza.


Sekarang ni kesemua bangunan tidak lagi berfungsi sebagai madrassah. In fact, mostly dipenuhi dengan souvenir shops. If korang datang dengan local guide, korang boleh belajar how these madrassah work in the previous days. Again, the architecture designs are totally impressive.

Now, Registan Square dijadikan sebagai venue untuk pelbagai event-event utama seperti concerts, sambutan hari istimewa dan sebagainya. Semua yang datang ke Samarkand pasti tak lepaskan peluang untuk visit this square to admire its grand beauty.



3. Bibi Hanim Mosque

Dibina dalam jangka masa lima tahun, Bibi Hanim Mosque merupakan antara masjid tercantik dan monumen terpenting di Samarkand yang sebenarnya dibina untuk memberi kehormatan kepada isteri kegemarannya iaitu Bibi Khanym.


Kalau korang visit majid ni, for sure korang mesti akan terpegun dengan seni rekanya dalam dan luarannya daripada dinding, lantai hingga ke menara. Manakan tidak, pembinaan masjid ini melibatkan beratus orang architects, painters dan builders.

Why korang perlu berkunjung ke Bibi Hanim Mosque? Sebab ia dahulunya dikatakan sebagai salah satu daripada empat masjid terpenting di dunia. Whoa!



4. Siab Market

If in Tashkent ada Chorsu Bazaar. Di Samarkand pula ada Siab Bazaar yang dikatakan tempat wajib dikunjungi jika datang ke Samarkand.

Terletak berdekatan dengan masjid Bibi Khanim, bazaar ini mempunyai keluasan sebanyak 5 hektar just untuk para penjual di sini. Besides bersih dan teratur, I have to say their bazaar is so colourful. Full of different spices, dried fruits, other daily foods and a few more stuffs. Not only that, tempat ni juga dihiasi with their very charming smiles.





Aktiviti jual dan beli di Siab Baazar bermula seawal terbitnya matahari hingga di penghujung petang. As I said earlier, di sini la tempat paling ideal untuk beli barangan tempatan Uzbekistan seperti makanan, clothing dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk ke bahagian roti dimana mereka jual 17 jenis roti. Aku macam nak rasa je semuanya.

Kat sini most of them suka offer tester to all visitors. So, feel free to rasa dulu sebelum. Don't worry, if korang taknak beli just say it nicely to them.



5. Carpet Factory

Datang Uzbekistan tak sah kalau korang tak tengok karpet-karpet di sini. Tahukah anda bahawa setiap rumah di Uzbekistan kena ada sekurang-kurangnya satu karpet? Yes, that's why it's highly recommended to visit carpet factory in this country. Kalau di Samarkand, korang boleh singgah Silk Carpet Uzbekistan.


Tour di kilang ni bermula dengan pengenalan ringkas tentang karpet serta penghasilannya. Selepas itu kitaorang dibawa ke ruang dimana karpet-karpet dihasilkan. Cantik sangat. Bila tanya harga karpet di sini, sesak juga la nafas. Agak mahal but selepas dah tengok proses nak siapkan satu karpet tu baru la aku faham kenapa harga dia macam tu. Berbaloi visit. If taknak beli karpet pun takpe. You're more than welcome to visit this factory!



Aku akhiri post Uzbekistan ini dengan salah satu shot kegemaran aku iaitu suasana di mana orang local tengah duduk dalam bas selepas beli barang-barang keperluan di Siab Market. Time to visit Uzbekistan guys. Kalau korang ada soalan atau nak tahu anything pasal my trip, feel free to visit my Instagram account & DM me. Jumpa di entri seterusnya!