Salam semua. Tup tap tup tap, kita telah pun tiba di bulan Ramadhan kan? Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kejap lagi nak raya dah (baju dan kuih raya belum beli lagi). Amboi, baru beberapa hari puasa dah fikir raya.


Apa-apa pun, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua kengkawan yang beragama Islam di luar sana. Moga segala ibadah anda dipermudahkan ya. InsyaAllah.


Bercakap mengenai bulan Ramadhan, baru-baru ni aku sempat berkunjung dan merasai hidangan berbuka yang disajikan oleh Ahh-Yum by Kampong Kravers. Aku pasti mesti ada antara korang yang tak pernah dengar pasal Ahh-Yum by Kampong Kravers but dah pernah cuba Kampong Kravers kan?


 Ahh-Yum by Kampong Kravers 

Let me tell you briefly about Ahh-Yum by Kampong Kravers. Sebenarnya ia merupakan adik kepada Kampong Kravers. Mula beroperasi pada Oktober 2018, setakat ini Ahh-Yum by Kampong Kravers beroperasi di Setia Bakti, Bukit Damansara. Dengar cerita, tak lama lagi Kampong Kravers akan bertukar ke Ahh-Yum.


One of its highlights is they bring back our all-time favourite, classic and tentalizing recipes in a healthier way, which is without added MSG, preservatives and artificial colouring. Kalau korang berminat nak baca lebih lanjut mengenai Ahh-Yum by Kampong Kravers, boleh layari laman web rasmi mereka di sini atau check out social media diorang di Facebook atau Instagram.

So, kembali ke menu berbuka puasa yang dihidangkan di sini.


Let's be straight forward. Aku suka hidangan berbuka puasa di Ahh-Yum by Kampong Kravers sebab dia betul-betul rasa macam berbuka di rumah atau kampung instead of fancy restaurant or cafés. The tastes just remind me of masakan kampung that we usually makan together with our family. Nowadays, I personally believe orang lebih into this kind of menu lebih-lebih lagi for berbuka puasa.



 Menu Buka Puasa 

So nak mula yang mana satu eh?


Okay, kita start dengan starters dulu la ya. Ini adalah antara kegemaran aku. Korang boleh mula berbuka dengan menjamah kurma, karipap, samosa, bubur daging and a few others. Jumlah hidangan punya quite banyak so tak perlu risau habis sampai terpaksa berebut dengan diners yang lain.


Untuk lauk utama pula ada masak lemak cili padi, asam pedas, lamb masala, kari ayam, sotong goreng berempah, ayam goreng berempah, sambal udang petai dan tofu Ahh-Yum. Anda boleh makan lauk-lauk utama bersama dengan nasi putih, mee goreng, kuey teow goreng atau pasta. Plus, ada menu ala cart istimewa iaitu kambing bakar dengan air asam.

Nota: semua hidangan adalah halal dan tanpa MSG, pengawet dan juga pewarna makanan tiruan.

For me, I personally go for nasi la sebab lauk-lauk dia memang sesuai dimakan dengan nasi kan. Antara favourite aku ialah masak lemak cili padi, kari ayam, sotong goreng berempah dan sambal udang petai.

The flavours tu, ahhh. Just nice and made me realise that nak bagi makanan sedap atau nampak cantik tak semestinya kena guna MSG, pewarna tiruan atau pengawet.


Untuk side dishes pula ada ulam-ulaman, ikan kering, telur asin, papadom, sambal belacan, sambal hitam dan banyak lagi. Aku cuba semuanya. Rasa sedap memang kena dengan nasi dan lauk utama.

Lastly, pencuci mulut. Terdapat kuih-muih tradisional seperti cekodok pisang, bubur kacang merah, buah-buahan, kek dan sebagainya. Rasanya tak cukup ruang aku nak cuba semua pencuci mulut sebab dah excited sangat melantak lauk-pauk diorang ni sampai terlupa nak reserve some space untuk pencuci mulut. Untuk minuman pula, mereka hidangkan minuman manis yang for me rasa manis dia just nice.


Tip berbuka puasa: Since menu-menu yang dihidangkan semua sedap, aku sarankan korang untuk makan secara perlahan dan jangan ambil lauk banyak sekali gus. Take it easy. Enjoy the taste. Cuba semua lauk satu persatu.

Not just that, mereka juga menghidangkan menu untuk mereka yang nak bersantai selepas terawikh sambil menjamah hidangan ringan. Antara menu yang dihidangkan ialah:

1. Cekodok cempedak (Istimewa Ramadhan) RM12.90

2. Cekodok pisang RM7.90

3. Pisang goring + aiskrim RM8.90

4. Bubur kacang merah RM6.90

5. Bubur pulut hitam RM6.90

6. Moist chocolate cake RM8.90 (RM12.90 with ice cream)

7. Pineapple sugar cake RM8.90 (RM12.90 with ice cream)

8. Traditional Banana Cake RM6.90 (RM8.90 with ice cream)



 Fasiliti 


1. Ruang makan yang selesa dan cantik.

2. Ruang khas untuk solat yang selesa. Muslim diners tak perlu risau nak solat kat mana. Boleh enjoy the food dengan tenang hati.

3. Kemudahan bilik air.

4. Tempat letak kereta yang selesa.



 Harga 

Harga untuk buffet Ramadhan di Ahh-Yum by Kampong Kravers ialah RM55.90 (dewasa) dan RM39.90 (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun).

Nikmati 10% diskaun jika anda tempah 3 hari lebih awal.



 Waktu Operasi 

Buffet Ramadhan: Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 6 petang
Teh Lepas Terawikh: Beroperasi setiap hari bermula dari 9.30 hingga 11 malam


 Untuk Tempahan 

Jika korang nak buat tempahan, korang boleh hubungi Ahh-Yum by Kampong Kravers di +603-20112530 / WhatsApp di +6010 760 9839 / e-mail di info@ahhyum.com. Lagi senang kalau korang call je diorang terus. Ingat, book 3 hari lebih awal boleh dapat 10% diskaun ya!



Selamat berbuka puasa semua. Ingat, ambil yang mana korang nak makan je ya. Jangan membazir!