Korang tahu tak antara negara yang aku tak pernah terfikir untuk jejakkan kaki ialah Kazakhstan. Ironically, aku selalu travel to Europe and some parts of Asia tapi selalu terlepas pandang negara-negara yang terletak di bahagian tengah Asia.



Salah satu faktor ialah mungkin sebab penerbangan dan juga negara-negara Asia tengah ni belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya oleh travellers dari Malaysia. Alhamdulillah, baru-baru ni aku terima jemputan dari Air Astana untuk menyertai trip ke Almaty, Kazakhstan dan ini juga beri aku peluang untuk kongsi pengalaman kepada korang semua because knows one fine day you will visit this city.

Dalam artikel ini aku akan kongsikan serba sedikit info umum mengenai Kazakhstan, cara ke Almaty, tips berguna, pengalaman aku sendiri dan juga tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi.


 Kazakhstan 

Mungkin ada antara korang yang belum pernah dengar pasal Republic of Kazakhstan atau lebih dikenali sebagai Kazakhstan. Ia merupakan salah satu negara kesembilan terbesar di dunia mengikut saiz yang terletak di Asia Tengah. Di kawasan Asia Tengah ni, Kazakhstan dikira sebagai negara yang kira berjaya juga la dari segi ekonomi dalam industri gas dan minyak.


Interestingly, saiz negara ni kira-kira 2,724,900 km2 tapi populasi cuma sekitar 18.3 juta (2018) sahaja meanwhile Malaysia pula saiz sekitar 330,803 Km2 dengan populasi sebanyak 32.4 juta. Can you imagine betapa lapangnya tanah di Kazakhstan ni?

Terdahulunya dibawah Soviet Union, Kazakhstan terletak bersempadan dengan pelbagai negara Russia, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Disebabkan faktor lokasi dan sejarahnya, ia mempunyai sekitar 100 lebih ethnics antaranya ialah Korean, Russian, Uyghurs, Germans dan a few others.

Dari segi bahasa pula mereka biasanya berkomunikasi dalam bahasa Kazakh atau Russian. Ada juga yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Meanwhile dari segi agama pula majoriti beragama Islam, Christian dan a few others.

A few other things to know 
Capital city: Nur Sultan (Previously known as Astana).
Currency: Tenge (KZT) | MYR 1 = KZT 92.25 (Source: XE Currency).
Timezone: UTC +5 (West) / +6 (East).
Power plug: Type C dan F (2 pins).
Visa for Malaysian: Not required. We can visit Kazakhstan for up to 30 days.


 Almaty 

Memandangkan masa trip ini aku cuma ada beberapa hari sahaja di Kazakhstan, the only city yang sempat aku singgah ialah Almaty. Terdahulunya merupakan capital city of Kazakhstan pada 1929  hingga 1997 dibawah Soviet Union, Almaty ialah bandar terbesar di negara ini dan dianggap sebagai bandar yang padat dari segi populasi.

Fun fact: Tahukah anda bahawa ada yang menyatakan bahawa epal sebenarnya berasal dari Kazakhstan specifically Almaty? Yup, nama Almaty (Alma-Ata) dalam bahasa Kazakh bermasksud 'Father of Apples'.

According to the locals, most youngsters such as university students prefer to live here because of its cosmopolitan vibe. In fact, Almaty has been part of the UNESCO Creative Cities Network in the area of music since 2017. It is not the capital city but definitely a cultural capital.

Antara tarikan menarik Almaty termasuklah lokasinya yang dikelilingi gunung-ganang, ski resort terkenal di Asia Tengah dan banyak lagi.


 Flight ke Almaty 

Dari trip ini juga aku baru tahu yang kita ada option penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Almaty iaitu dengan menaiki penerbangan terus Air Astana antara dua bandar ni which is tak beroperasi setiap hari la in a week. Ada hari-hari tertentu sahaja.

BACA JUGA: Air Astana Business Class - Flight dari Kuala Lumpur ke Almaty


Berdasarkan pengalaman pertama kali naik flight Air Astana, apa yang aku boleh katakan airline ni sangat bagus dari segi servis dan juga fasiliti dalam kapal. Cabin crew sangat friendly dan membantu, makanan dan in-flight entertainment pun not bad sebab tu la Air Astana boleh disenarai sebagai syarikat penerbangan terbaik di Asia Tengah dan India oleh Skytrax.


 Useful tips 

1. Kalau nak book trusted taxi, korang boleh download app Yandex.Taxi (Android and iOS). This app macam Grab la bila kita book untuk ke satu destinasi, kita boleh pilih jenis kereta dan dapat tahu anggaran harga sebelum confirm booking.



2. Bagi mereka yang nak stay connected di Kazakhstan, boleh book WiFi device dari RoamingMan hanya RM22/sehari. Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej untuk Asia.

3. If you're running out of cash, don't worry because of most major shops, cafés and restaurant accept credit cards. Easier for foreign visitors.

4. Since majoriti populasi di Kazakhstan ialah beragama Islam, I guess it is safe to say that nak cari makanan halal won't be an issue here. Selain itu, terdapat beberapa masjid terletak di Almaty antaranya ialah Baiken Mosque dan Central Mosque Almaty.

5. Dari segi keselamatan pula, it is relatively safe to travel in Almaty. As always, just need to stay alert with your surrounding and be careful juga just in case kan. Smaller crimes melibatkan wang seperti pickpocket ni tidak mustahil berlaku sama seperti tempat-tempat di negara lain.

6. Untuk proses komunikasi yang lancar dengan the locals here, aku suggest untuk korang master a little bit of Russian language (I know it is one of the hardest languages to learn) but it helps. Generally people speak Russian here. Orang-orang muda or urban mostly can converse in English but kalau pergi local markets or hidden gems, they normally don't speak English.

7. Bring face mask, good quality one is better. Since Almaty terletak di kawasan gunung-ganang, expect kualiti udara yang kurang memuaskan most of the time. Almaty memang bandar yang bersih cuma itu la faktor geografi sikit la. Aku suggest korang periksa cuaca dulu sebelum travel ke sana.



 Stay 

Untuk penginapan pula ada pelbagai kategori dari bajet hinggalah luxury. Masa aku ke sini aku menginap di hotel Holiday Inn Almaty.

A few points untuk Holiday Inn Almaty:
1. Lokasi dia agak strategik. A few minutes drive to beberapa attractions. 2 minit jalan kaki ke Republic Square.
2. Sesuai untuk family atau group.
3. Menu untuk breakfast not bad. Ada beberapa pilihan untuk Muslim guests.
4. Bilik pula quite selesa untuk rehat.

Bawah ni aku recommend beberapa hotel mengikut rating dan review dari Booking.com.

Hotel medium range RM150 - RM 300/night:
1. Renion Hills Hotel
2. ASIA Hotel
3. Astana International Hotel

Hotel bawah RM150/night:
1. VHotel
2. Saraichik Hotel
3. Mika Hotel


 Attractions 


1. Green Bazaar

Green Bazaar atau locally known as Zelionyj Baazar, bagi aku, merupakan salah satu highlight paling menarik di Almaty. Buat korang yang suka suasana orang tempatan dan benda-benda unik, sini la tempat yang boleh korang visit. Ia dianggap sebagai pusat utama kepada kehidupan seharian orang local di sini.


Kenapa ia dipanggil sebagai Green Bazaar? Terdahulunya ia tempat tradisional orang-orang di sini beli hasil tempatan khususnya sayur-sayuran. Sekarang dah macam-macam benda yang dijual di pasar ni. Satu benda yang kagum ialah pasar dia bersih dan sangat la tersusun mengikut kategori barang. Sebagai contoh ada ruang khas untuk buah-buahan, spices, sayur-sayuran dan makanan basah. Non-halal products pun ada tempat khas juga.



Tip: Kalau anda nak beli barang-barang di sini, kena pandai tawar menawar sebab biasanya diorang caj harga lebih tinggi untuk foreigners. Some of them tak boleh cakap English so better bawa local guide or anyone yang boleh speak Kazakh or Russian.


Beroperasi sejak tahun 1875, antara produk yang anda boleh jumpa di sini ialah fresh and dried fruits, Goergian sweets, ikan, kekacang, spices, keju, herba, Korean salads, kymyz iaitu fermented horse milk, daging kuda (Kuda di Kazakhstan bukan sahaja untuk pengangkutan tapi juga dagingnya dihidang sebagai national dish di sini) dan banyak lagi la.

Jangan risau kalau korang taknak beli apa-apa, you can still sample some of their products. Normally para penjual di sini akan offer tester.



2. Republic Square

Setiap bandar besar di sesebuah negara pasti ada its own center. Untuk Almaty, Republic Square ni dianggap sebagai pusat utama bandar ni kerana ia merupakan square terbesar di sini dan kebanyakan majlis utama diadakan di sini seperti festival, parades, official dan sports events.

Dibuka sejak pada tahun 1980, square ini dikelilingi pelbagai jenis bangunan seperti bangunan pentadbiran, perumahan dan muzium. I learned from the locals that this square was created because due to the increase in population. With the new and bigger square, it is easy for them to accommodate people during a festival or other events.

Sumber: Video Blocks

Tarikan utama Republic Square ialah Monument of Independence, iaitu sebagai simbol kekayaan sejarah negara ini dari zaman Queen Tomiris hingga sekarang. Bukan itu sahaja, terletak berdekatan dengan Republic Square ialah taman bunga serta tempat khas untuk orang lalu dan santai menikmati suasana di sini.



3. Zenkov Cathedral (Ascension Cathedral)

Kalau korang tengok cathedral ni mesti teringat satu benda. Korang boleh teka tak?

The moment aku tengok struktur dan warna bangunan ni, terus aku terimagine St. Basil's Cathedral iaitu salah satu bangunan terkenal di Moscow. Zenkov Cathedral ialah salah satu tempat wajib dikunjungi di Almaty kerana senibinanya yang agak unik. Tahukah anda bahawa cathedral ini dibina sepenuhnya daripada kayu? Dengan itu, ia juga termasuk dalam senarai 8 bangunan tertinggi di dunia yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu.




Ketika di bawah pengaruh Soviet Union, ia berfungsi sebagai muzium dan dewan konsert sehinggalah ia dijadikan sebagai Russian Orthodox Church untuk majlis keagamaan pada tahun 1995. Cathedral ini dibuka untuk public untuk melihat senibina dalamannya yang cantik. Unfortunately, this cathedral tutup during my visit for renovation.



4. Kok-Tobe Hill

Since Almaty is hilly, don't miss out to go to the highest point in this city. Terletak di ketinggian 1100 m, Kok Tobe hill merupakan spot ideal untuk menikmati pemandangan panoramic bandar Almaty dari pelbagai sudut.


Tip: Kalau nak clear view, pastikan korang naik ke atas ni seawal yang boleh sebab biasanya masa tengahari langit yang indah tu dah terlindung disebalik asap.


Ada dua cara untuk naik ke Kok Tobe hill iaitu dengan menaiki kereta atau naik cable car. Best option sudah tentu la naik cable car yang bermula dari Hotel Kazakhstan melalui older part of Almaty dan taman sebelum sampai Kok Tobe hill.




Apa yang ada di Kok Tobe hill? Ada The Beatles statue, Ferris Wheel, spot untuk piknik, fast coaster dan macam-macam lagi. For me, Kok Tobe hill ni lebih kepada recreational park where the locals spend their weekend bawa anak-anak.  Terdapat beberapa restoran atau café seperti Kok Tobe Café, Paradise dan AB Restaurantuntuk anda santai, menikmati makanan atau minuman sambil disajikan pemadangan cantik.



5. Shymbulak Ski Resort 

Jika anda ada masa lebih dan nak venture quite further from the main area, boleh pergi ke Shymbulak Ski Resort. Terletak 25KM di luar bandar Almaty, Shymbulak Ski Resort merupakan salah satu destinasi ski terkenal di Central Asia.


Cara terbaik untuk naik ke sini ialah dengan menaiki gondola sepanjang 4.5 kms. The highest point of the ski resort is 3200m above the sea level, which is also the starting point for the skier to decent.



Shymbulak bukan sahaja terhad buat para pemain ski. Para pengunjung yang datang dari pelbagai lapisan latar belakang boleh datang ke sini kerana selain ski, ada beberapa aktiviti lain yang boleh anda buat seperti Kids Club untuk kanak-kanak (boleh belajar ski dan snowboarding serta pelbagai permainan lain), paragliding, trampoline dan rope park.


Kalau rasa tak nak buat apa-apa, korang boleh santai di restoran atau café di sekitar resort ni seperti Assorti, Marrone Rosso, Paul dan banyak lagi. Aku pergi masa pertengahan April dan masih ada lagi aktiviti ski sebab snow agak tebal. Cool!



6. Big Almaty Lake

Ini antara tempat yang aku tak berpeluang pergi tapi aku still nak include dalam artikel ni sebab aku nak korang pergi kalau ada peluang ke Almaty. In fact, I know Almaty because of this extremely gorgeous lake called Big Almaty Lake.

Sumber: Adventurous Travels

Terletak 28.5KM selatan Almaty, tasik ini dikelilingi gunung-ganang yang sangat cantik. Bayangkan tengok dari gambar je aku dah boleh cakap sangat-sangat cantik. Ini kan pula kalau tengok dengan mata sendiri.

Good to know: Big Almaty Lake merupakan sumber kuasa hydroelectric dan air for the city dan good thing is the authorities sentiasa pastikan yang keindahan kawasan gunung tidak terjejas.

Keindahan tasik ni semestinya berbeza mengikut musim. I bet masa winter atau autumn atau summer atau spring mesti cantik (see, aku pun tak boleh nak decide which season cantik). HAHA. Aku harap korang dapat visit. At least senang hati aku sebab ada antara pembaca artikel ni dah ke sana.


With that, selesai la sudah artikel mengenai pengalaman aku ke Almaty Kazakhstan. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya ya!