Setiap kali naik kapal dan lalu bahagian business class, aku selalu berangan apa la rasanya naik business class lagi-lagi untuk long-haul flights. Ruang kerusi yang luas, makanan dan layanan best. Flight tak terasa lama lepas tu rasa segar bila sampai di destinasi.


Baru-baru ini aku berpeluang untuk menikmati penerbangan business class Air Astana, iaitu airline dari Kazakhstan, menuju ke Almaty dari Kuala Lumpur. I had a really good time sepanjang dalam perjalanan tu. So, dalam artikel blog kali ini aku nak kongsi kat korang pengalaman aku dan macam mana rupa atau rasa naik business class Air Astana.


 Introduction 

Terkenal dengan tagline "From the heart of Eurasia and India", Air Astana sudah berusia kira-kira 17 tahun (sejak tahun 2001) dan terbang ke sekitar 64 destinasi di Asia, Eastern Europe dan Russia. Bukan itu sahaja, walaupun usianya yang baru saja 17 tahun, syarikat penerbangan ini sudah menerima banyak award dan for the last six years, Air Astana mendapat 4 bintang rating dan dinamakan sebagai syarikat penerbangan terbaik di India dan Central Asia oleh Skytrax.

So, macam mana? Teruja tak nak tengok? Teruskan membaca ya.


 Lounges 


Since aku fly dari Kuala Lumpur (KLIA), semua penumpang business class dapat akses ke Golden Lounge di KLIA. Most of you mesti dah pernah masuk ke lounge ni kan? Macam biasa la. Golden Lounge, I would say, is one of the best lounges aku pernah visit sebab ruangnya yang selesa and then makanan pun sedap-sedap.

Meanwhile, di Almaty International Airport pula terdapat lounge juga tapi it's just a small lounge la. Nothing much. Ada few drinks, maggie, snacks and candies. There's a free WiFi connection and few places to relax atau buat kerja while waiting for flight.

KLIK SINI untuk tengok senarai lounge untuk Air Astana di beberapa destinasi.


 Flight info 

Aeroplane: Boeing 767-300ER
Flight code: KC 936 (Kuala Lumpur - Almaty)
Baggage allowance: 30KG (Business Class)
Durasi: 8 jam


 Comfort 

The moment aku duduk, cabin crew offered me a refreshing towel and welcome drink. Most of the cabin crews sangat friendly. They speak good English and so attentive in giving us what we need. They regularly came to me and ask if there is anything I need. Now I got the point why this airline has been listed as the best airline in Central Asia/India.


Untuk business class (Boeing 767) punya seat arrangement ialah 1-2-1. Terdapat 30 seats semuanya. Best thing is seat Air Astana untuk business class ialah jenis flat-bed. Makin bertambah selesa la kalau nak tidur semasa dalam penerbangan kan.


Bukan itu sahaja, seat business class Air Astana juga dilengkapi dengan feature massage tapi bukan massage macam dalam spa tu tau. It is more like tekan biasa-biasa je.


Semua penumpang business class akan diberikan special amenity kits berjenama Christian Lacroix, Oscar de la Renta dan Furla. Setiap kit dilengkapi dengan pelbagai keperluan seperti mouth wash, slipper, eye mask, set berus gigi dan banyak lagi.

I personally like the design. Nampak simple, stylish dan elegant.


 In-flight Entertainment 

Bercakap pasal flight pasti ramai yang tertanya-tanya best ke tak in-flight entertainment dia. First, they provide us with a noise cancelling headphone. Audio terasa sangat best. The only sound you will hear is audio from the entertainment. Cool kan?

KLIK SINI untuk teroka in-flight entertainment Air Astana.


Untuk pilihan movie dan TV show, I would say.. not bad la. Tak banyak pilihan movie baru. Meanwhile, music pula not bad. Memandangkan aku nak tidur dan buat kerja sepanjang flight tu, aku dengar music je the whole time.

Sambungan WiFi juga disediakan iaitu MyWIFI dengan kos tertentu. Dengan kelajuan 2Mbps, anda boleh layari Internet, hantar e-mail dan social media. Berikut merupakan pakej disediakan Light (25MB), Regular (50MB) dan Super (100MB).


 In-flight Dining 

Air Astana menawarkan pelbagai jenis hidangan, mostly ingredients or cuisines dari Central Asia, Arabia, Asia dan Europe, untuk para penumpang khususnya business class. Boleh pilih daging, seafood atau vegetarian. Presentation bagi setiap hidangan pun cantik. On top of that portion pun more than enough.

During my flight, makanan dihidangkan waktu lunch. So, I decided to choose something heavy.





Appetiser 
Paper wrapped Asian prawn, fish terrine, smoked salmon, baby salad leaves and lemon.

Salad 
Mixed salad leaves with avocado and red pepper, onion salsa.

Soup
Cream of pumpkin soup and garlic herbed croutons.

Main course 
Groupa fish ragout with Malay tomato and chilli sauce steamed turmeric rice, braised kailan and spring onion.

Dessert
For dessert pula they will bring them all and you can pick which one you like. At least you can see how it looks like before opt for it. Ada Chocolate fondant pudding, French creme brulee and seasonal fresh fruits. I choose fresh fruits instead sebab dah full. I bet the other desserts must be delicious!

It was indeed a generous portion. Tak rugi aku reserve some space dalam perut before naik flight. When done with my meal, the cabin crew offered bottled water to stay hydrated.


 Personal Opinion


After naik flight Air Astana baru la aku boleh dapat idea kenapa this airline tersenarai sebagai one of the best airlines in the world and best airline in Central Asia dan India. Aku bukan selalu naik business class, so nothing much I can express regarding the experience. All was good. More than what I have expected. Seat sangat selesa and how I wish my flight is longer so that I boleh enjoy the moment more.

For the food, it was exceptionally good. Presentation cantik. Taste dan pilihan pun bagus. For Muslim travellers, boleh request Kosher meal in advance. 

Untuk in-flight entertainment, the only thing I wish they can improve is the selection of movies or TV shows. Kalau ada banyak latest movies, I will definitely give 5 stars for them. 

Meanwhile, 5 stars definitely for their cabin crew yang sangat friendly & helpful. Will I be flying Air Astana again? OF COURSE! 

VIDEO