Bila dah masuk hujung tahun, ramai antara kita sibuk merancang trip untuk tahun seterusnya. Good, sebab bila kita plan awal-awal kan dapat la harga flight, hotel atau aktiviti murah. Bukan itu sahaja, kita juga mempunyai masa secukupnya untuk prepare segala keperluan trip.


Jika ada antara anda yang bercadang nak ke Hokkaido pada musim sejuk, this article is definitely for you. Teruskan membaca artikel ini untuk tahu pengalaman saya (@neysaassila) ke salah satu destinasi impian orang ramai khususnya yang suka snow.


Pssst. Memandangkan sekarang ni dah ada direct flight AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, senang la kita nak visit this island dah kan? Layari laman web AirAsia untuk periksa harga tiket flight anda sekarang!

So, back to Hokkaido. This is my experience |
Teks: Neysa Assila
Foto: Kamil Azim


 Hari pertama: Rusutsu Resort 

Aku naik overnight flight jam 11.50 dari Kuala Lumpur (KLIA) dan sampai di New Chitose Airport. Sampai je airport, aku freshen up and start my journey here!


First place aku nak pergi ialah Rusutsu Resort. Dari airport, aku menaiki bas ke Rusutsu (Harga tiket JPY 3,000, perjalanan mengambil sekitar 2 jam).


Sampai je Rusutsu Resort, aku terus check in, freshen up dan tidak lain tidak bukan, keluar main salji. Salji kat Hokkaido ni memang istimewa bagi aku. It's soft and clean berbanding dengan snow di tempat lain yang aku pernah pergi.


Rusutsu Resort tak terlampau crowded masa aku ke sini. Ianya terletak di bawah satu bumbung dengan fasiliti lain seperti monorel, kedai-kedai, kolam air panas, kantin, tempat permainan dan banyak lagi.

There is nothing much untuk hari pertama. Aku cuma jalan-jalan explore the nearby area dan tinjau harga nak main ski, snowmobile dan macam-macam lagi.


To those yang belum tahu, snowmobile merupakan salah satu sukan salji di mana penunggang akan membawa moto salji manakala snowtubing pula penumpang akan duduk dalam pelampung dan motor akan tarik dengan kelajuan agak pantas di atas salji. It is fun to do.

Harga untuk snowrafting lebih kurang JPY 2,000 manakala untuk snowmobile pula ada macam-macam pakej yang disediakan.

Untuk restoran pula anda boleh cuba makanan di Sekka Tei, Rusutsu Resort. Ia menyediakan pelbagai hidangan halal termasuk la daging ayam, lembu dan banyak lagi.


Pastikan anda book awal-awal kalau nak makan kat sini sebab diorang biasanya prepare halal meal based on request/early reservation.



 Hari kedua: Aktiviti ski

Inilah masa yang ditunggu-tunggu, main snow dan ski!


Disebabkan aku tak pernah lagi main ski sebelum ni, aku sewa pakaian dan peralatan ski di Rusutsu Resort. Terdapat banyak pakej disediakan untuk penyewa dari pakej standard hinggalah premium. Penyewa boleh memilih saiz dan warna pakaian mengikut citarasa masing-masing.


Selain peratalan ski, pengunjung juga boleh sewa peralatan untuk sukan lain seperti snowboarding dan a few others. Anda boleh rujuk maklumat tengok ski mountain di sekitar Rusutsu Resort di sini.

Sebagai first timer, aktiviti ski ni boleh tahan susah ya. Ada juga la beberapa kali aku jatuh sampai satu tahap aku memang dah tak kisah orang sekeliling tengok aku jatuh. HAHAHA. Kalau anda pun first timer, jangan risau sebab ada guide di sekitar kawasan ski yang akan bantu anda.


Pemain ski yang tak pernah ada pengalaman kebiasaannya disarankan untuk hire guide untuk ajar basic selama sekitar 1 atau 2 hari sebelum anda main ski independently. Pakej-pakej lain termasuklah private lesson, kids group, snowboard dan mountain guiding. Boleh tengok harga di sini

Lepas selesai main ski, aku makan tengahari di kantin yang beroperasi di Rusutsu Resort.


Ada pelbagai hidangan yang anda boleh pilih. For me, harga dia pun quite affordable. Done with my lunch. Aku rest sekejap before check out dan proceed ke aktiviti seterusnya. 


Rusutsu Resort - Sapporo

Ada macam-macam tarikan di Rusutsu Resort. Bukan ski sahaja. Anda boleh juga tengok reindeer yang sangat la comel.


Aku teruskan aktiviti ke Sapporo. Dari Rusutsu, anda boleh naik bas secara percuma untuke ke Sapporo jika anda merupakan in-house guest. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam.

Jika anda dah puas makan makanan laut dan rasa nak makan daging di Sapporo, boleh cuba hidangan di Gengkhis Khan. Ia dikenali sebagai Mongolia Barbeque dimana hidangan ini terdiri daripada  daging kambing dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Jangan risau, ianya halal dan selamat untuk dimakan oleh para pengunjung Muslim. Baca sini untuk tahu lebih lanjut mengenai Gengkhis Khan.


Untuk penginapan di Sapporo pula aku pilih untuk menginap di Resol Trinity Sapporo. Ia bukan sahaja menawarkan harga yang agak affordable tapi juga lokasi yang agak strategik terletak 10 minit jalan kaki ke Tonukukoji serta berdekatan dengan Munich Christmas Market, Sapporo Clock Tower, festival lampu dan bermacam lagi. 

Okay, time to rest now. Tak sabar nak explore more on the next day! 



 Hari ketiga: Sapporo dan Otaru 

Untuk hari ketiga, aku berpeluang untuk ke beberapa tempat iaitu Sapporo dan Otaru. Since ramai yang dah pergi Sapporo, aku tak akan cerita panjang pasal Sapporo.



Few attractions yang aku sempat visit ialah Former Hokkaido Government House, Odori Park dan Sapporo Clock Tower. Semua anda boleh visit within walking distance. If anda minat ambil gambar, sekitar city centre Sapporo ni agak cantik dan sesuai untuk street photography.


Done with Sapporo. Now, let us move to Otaru. Perjalanan mengambil masa sekitar setengah jam menaiki train. I guess ramai yang belum tahu lagi pasal Otaru.


Tempat pertama aku visit di Otaru ialah Otaru Aquarium iaitu salah satu tarikan di Otaru yang menerima sekitar 350, 000 pengunjung setiap tahun. Tarikan utama tempat ni ialah peluang untuk melihat sekitar 500 jenis ikan air sejuk dan suam. Pada musim sejuk pula para pengunjung boleh saksikan sekumpulan penguin berjalan di atas permukaan salji.


Haiwan lain yang ada di sini termasuklah dolphin, seal, pelican dan banyak lagi. I'm glad to see the animals dijaga dengan baik. 

Selepas visit aquarium, aku ke Otaru canal untuk menaiki bot sekitar sungai-sungai di sini. Sepanjang perjalanan bot boleh nampak deretan bangunan-bangunan lama. So picturesque!


Untuk makanan pula, anda boleh cuba Donburi Chaya Otaru Restaurant. Masuk sahaja restoran ni, terus I was like "Ah, I feel home!". Bukan apa, sebab nampak ramai Malaysian, Indonesian and Singaporean visitors datang ke restoran ni. Ia menghidangkan pelbagai jenis makanan halal dengah harga berpatutan. Plus point, ada surau untuk solat. Nice!




Sekian saja perkongsian pengalaman aku di Hokkaido. Ada banyak lagi tarikan menarik yang ada di sini. So, apa tunggu lagi? Book la tiket cepat for your next winter trip!