Bercakap tentang percutian ke Thailand, pasti ramai antara kita yang suka ke Bangkok, Phuket, Pattaya atau Phuket. That's normal. We all did that.

Tapi kalau anda mencari sesuatu kelainan atau nak pergi tempat dimana orang tempatan suka pergi, go to Hua Hin.


Hua Hin merupakan sebuah bandar peranginan pantai yang terletak di wilayah selatan Thai iaitu Prachuan Khiri Khan. Sinonim dengan pantai dan taman tema air, destinasi ini sesuai untuk mereka yang bercuti secara solo, dengan kawan atau keluarga. Alhamdulillah, kali ini aku berpeluang untuk merehatkan diri (read: lari dari rutin harian yang sibuk) sambil menikmati fasiliti dan servis di Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort & Spa.

Teruskan membaca untuk tahu ulasan saya tengan resort ini dan sedikit perkongsian tentang apa yang anda boleh buat di Hua Hin.


 Penerbangan terus ke Hua Hin 

Memandangkan Hua Hin semakin popular dalam kalangan Malaysian traveller, Air Asia menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hua Hin yang mengambil masa sekitar 2 jam sahaja.

Maklumat penerbangan
Kuala Lumpur ke Hua Hin (AK830)
Hua Hin ke Kuala Lumpur (AK831)

Novotel Hua Hin pula terletak dalam 15 minit drive dari Lapangan Terbang Hua Hin. Untuk ke Novotal Hua Hin, anda boleh pilih untuk naik Grab atau perkhidmatan airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel. 



 Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort 

Sampai sahaja di hotel ni, aku terus ke lobi untuk daftar masuk. Proses agak lancar dan mudah. Most of the staff di bahagian reception boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar.


First thing first, antara sebab kenapa aku suka hotel ni ialah kerana selain bilik dan fasilitinya yang lengkap, Novotel Hua Hin dikatakan satu-satunya hotel di sini yang mempunyai semua bilik menghadap pantai. Secara tidak langsung, tak perlu la anda risau nak pilih bilik mana sebab semua jenis bilik pastinya menawarkan pemandangan yang sangat cantik.


Aku menginap di bilik jenis Executive Suite yang mewah lagi luas. Bilik ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ruang tidur dan ruang tamu. Ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti termasuklah sambungan WiFi, dua flat-screen TV (di ruang tamu dan tidur), coffee maker dan banyak lagi.


Kegemaran aku sudah tentulah ruang balkoni yang bukan sahaja menawarkan pemandangan pantai tapi juga bunyi ombak yang sungguh menenangkan. Dengan pemandangan macam ni, I don't mind staying in my room for the whole day.


Menariknya buat tetamu Executive Suite ialah anda boleh menikmati beberapa benefits seperti free local call, keutamaan daftar masuk dan daftar keluar, perkhidmatan dobi percuma untuk dua pasang baju. Selain itu, anda akan dapat akses ke Executive Lounge untuk menikmati sarapan pagi dengan tenang, minum petang serta refreshment sepanjang hari. 



 Restoran: Ocean Terrace Bar & Restaurant 

Makanan di sekitar Hua Hin ni not bad juga untuk anda explore. Who doesn't love Thai food, right?  Tapi jika anda rasa malas nak keluar dan hanya nak spend time menikmati fasiliti-fasiliti yang ada di hotel, don't worry. Anda boleh makan di beberapa restoran atau bar di hotel ni.

Aku berpeluang untuk merasai hidangan di salah satu restoran hotel ini iaitu Ocean Terrace Bar & Restaurant. Ianya terletak bersebalah dengan kawasan kolam renang dan betul-betul di tepi pantai. So, anda boleh imagine la kan suasana restoran ni macam mana.



Hidangan yang disediakan di restoran ini mostly western cuisine. Mostly sedap dan memenuhi citarasa aku. Walaupun nothing much on Thai food, aku still enjoy makan kat sini sambil menikmati view pantai. That's always my favourite thing to do. 



 Aktiviti di sekitar Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort 

Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini selain merehatkan diri di bilik. Antaranya ialah anda boleh ajak kawan-kawan atau keluarga mandi di kolam renang. Istimewanya kolam renang di sini ialah terdapat tarikan gelongsor yang confirm kanak-kanak (maybe dewasa sekali) suka. Kolam renang beroperasi setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 8 malam.


Jika anda minat memasak atau berminat nak belajar masak makanan Thai, boleh sertai kelas memasak. Ini antara yang aku memang teruja nak cuba sebenarnya. Ye la, dah nama peminat makanan Thai kan. Apa agaknya menu yang anda akan belajar masak? Ada pad thai (my favourite), somtam (my favourite) dan tomyam (my favourite). Lepas masak, feel free untuk menikmati masakan anda sambil melihat sunset atau pemandangan laut.


Untuk mereka yang bercuti dengan anak-anak, aku ada berita baik nak kongsi. Memandangkan hotel ini child & family friendly, terdapat banyak aktiviti yang anak-anak anda boleh lakukan seperti play area with lots of games yang membuat aku rasa nak jadi budak balik.


Anda boleh biarkan anak-anak bermain di sini kalau nak buat something else kerana ada staf yang akan pantau anak-anak anda. Some parents need their me-time, right?


Bila travel ke Thailand, tak sah kalau tak pergi berurut. Setiap kali aku datang Thailand, mesti tak pernah tak pergi massage. Spa di sini menawarkan pelbagai pakej spa untuk anda rehatkan badan dan minda. Aku berpeluang utnuk cuba sesi Thai massage selama 60 minit di In Balance Spa. It was sooooooooo great. Rasa macam a new me lepas habis massage. Highly recommended! 



 Tarikan menarik di sekitar Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort 

Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort ada menawarkan pelbagai excursion ke beberapa tempat menarik berdekatan dengan kawasan hotel atau di Hua Hin. Jika anda prefer untuk pergi sendiri pun tak ada masalah sebab hotel berdekatan je dengan most places yang aku akan senaraikan. Boleh simply naik Grab je. 


1. Plearn Wan Market 


Bukan sekadar pusat beli belah terbuka, Plean Warn Market bakal buat anda rasa seperti dalam era 50-an. Bangunan dua tingkat dan seni binanya yang menarik membuatkan setiap spot di tempat ini sangatlah 'Instagrammable'. Make sure anda datang pada waktu malam kerana masa tu la tempat ni kelihatan cantik dihiasi dengan lampu warna-warni. 


2. Phraya Nakhon Cave


Phraya Nakhon Cave terletak di Taman Negara Khao Sam Roi Yot di wilayah Prachuap Hiri Khana. Bagi aku, Phraya Nakhon Cave ni menarik sebab selain dapat lihat lautan, gunung dan gua, pengunjung juga dapat tengok salah satu pavilion yang terletak di dalam gua ini. 


3. Hua Hin Railway Station 


Datang ke Hua Hin tak sah kalau tak singgah sebentar ke Hua Hin Railway Station. Stesen keretapi ini merupakan salah satu tarikan popular di Hua Hin kerana reka bentuknya yang unik dan klasik dengan gabungan warna merah dan putih. Uh, did I mention that it is an Instagrammable spot? 


4. Makanan Local


Terdapat banyak restoran tempatan yang menawarkan menu Thai di sekitar hotel. Aku pilih untuk makan di salah tempat yang recommended by one of the locals here. Go check out Kua Ladda (Sam Roi Yoi). Their seafood and tomyam are the bomb! 


Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort
Alamat: 854/2 Burirom Road, Cha Am Beachfront, Petchaburi , 76120 Hua Hin, Thailand
Telefon: (+66) 32 708 300


Sekian saja perkongsian aku tentang pengalaman menginap di Novotel Hua Hin Cha Am Beach Resort. Trip ini merupakan jemputan khas dari pihak AccorHotels. Seperti biasa, semua pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah milik penulis sepenuhnya. Teks dan gambar disediakan oleh Neysa Assila dari The Bohemika.