Bila aku tanya pasal rancangan travel seterusnya, ramai yang jawab tak travel ke mana-mana sebab mahal & belum buat passport. Wait, passport? That’s the thing. Bila cakap pasal travel, mesti fikir luar negara sebab tu la end up tak plan apa-apa pun.

Bagi mereka yang dah selalu travel ke luar negara, mungkin tak ada masalah la. Tapi buat mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia travelling, let me tell you something. Travel tu tak semestinya kena pergi ke luar negara sebab dalam negara pun dikira travel juga ya dan sebenarnya ada macam-macam benda boleh diterokai dalam negara kita ni.


Sebelum ni aku sering kongsi tentang destinasi-destinasi luar negara. Apa kata kali ini kita lupakan destinasi luar negara dan fokus lebih tentang apa yang kita boleh nikmati dalam negara. Jika anda sedang mencari destinasi atau aktiviti menarik dalam negara yang anda tak perlu belanja besar dan travel jauh, artikel ini semestinya untuk anda!

Berikut merupakan 10 aktiviti menarik di Malaysia yang mungkin akan jadi lokasi percutian anda bersama keluarga atau kawan-kawan.

Nota: Aktiviti-aktiviti yang disenarai boleh ditempah melalui Tripcarte.Asia, iaitu platform dimana anda boleh tempah tour atau aktiviti di beberapa destinasi di Malaysia dan Singapura dengan harga murah dan proses tempahan yang mudah. Dengan ini, ada jimat belanja dan masa.


 1. Kidzania (Selangor) 

Nama Kidzania bukanlah asing dalam kalangan ibubapa. Ia ibarat tempat di mana anak-anak mereka boleh mengenali pelbagai bidang pekerjaan seperti bomba, pilot, doktor dan macam-macam lagi. Aku yang tengok budak-budak kat Kidzania pun tiba-tiba terasa nak jadi budak balik (well, I am, right? HAHA).

Gambar: www.travelog.com

While having fun, budak-budak boleh belajar banyak benda baharu melalui pelbagai aktiviti interaktif. Ini la masanya untuk bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 4 hingga 14 tahun pendedahan positif seperti ini. Siapa tahu dari hobi terus jadi karier diorang bila besar kan?

Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang, setiap hari.
Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 478310 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

KLIK SINI untuk tempah tiket Kidzania di Tripcarte.Asia.



 2. Port Dickson X-Park (Negeri Sembilan) 

Bila sebut Port Dickson, mesti ada yang akan tanya “Apa je ada dekat Port Dickson tu selain pantai?”.

Hah, ni aku nak bagitau yang anda boleh buat aktiviti outdoor di Port Dickson. Bagi mereka yang jenis suka buat aktiviti outdoor atau lasak, Port Dickson X-Park semestinya aktiviti ideal untuk anda. 

Gambar: www.pdbuggytrek.blogspot.com

Beroperasi sejak 2017 dengan gelanggang futsal dan badminton sahaja, Port Dickson Extreme Park kini menawarkan pelbagai fasiliti dan aktiviti menarik kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa seperti go kart, atv, memanah dan paintball. Ajak kawan-kawan atau family ke sini untuk menikmati hujung minggu atau cuti panjang!

Waktu operasi: 9 pagi – 7 petang, setiap hari.
Alamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

KLIK SINI untuk tempah tour Port DicksonX-Park di Tripcarte.Asia.



 3. A’Famosa Water Theme Park (Melaka) 

Sekitar dua jam lebih memandu dari Kuala Lumpur, Melaka sememangnya destinasi terkenal untuk road trip hujung minggu. 

Gambar: www.malacca.ws

Selain bangunan bersejarah dan makanan, A’Famosa Water Theme Park pastinya tarikan menarik buat para ibu bapa atau mereka yang nak away dari cuaca panas dengan melakukan beberapa aktiviti air melalui beberapa tarikan termasuklah kolam renang, slides dan banyak lagi. Bagi yang datang dalam kumpulan besar, anda boleh sertai permainan tele-match juga.

Tak kira la anda sama ada anda datang dengan keluarga atau kawan, tempat ini sesuai buat anda yang datang dari pelbagai lapisan umur. Prepare to get wet!

Waktu operasi: 11 pagi – 7 petang (Isnin hingga Jumaat, tutup pada hari Selasa) atau 9 pagi – 7 petang (Sabtu, Ahad dan cuti umum/sekolah)
Alamat: Simpang Empat, Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Melaka

KLIK SINI untuk tempah tiket masuk A’Famosa Water Theme Park di Tripcarte.Asia.


 4. Sanrio Hello Kitty Town (Johor Bahru) 

Anak anda atau anda sendiri peminat tegar Hello Kitty? Jangan lepaskan peluang ke Sanrio Hello Kitty Town Johor Bahru untuk merasai suasana rumah dan bertemu dengan Hello Kitty secara live di atas pentas.

Gambar: www.klook.com

Ada pelbagai aktiviti dan tarikan interaktif yang kanak-kanak serta orang dewasa boleh sertai seperti Wishful Studio (buat souvenir bertemakan Hello Kitty), Hello Kitty in OZ (melihat cerita pengembaraan serta persahabatan Hello Kitty), Dream Photo Garden (bergambar dengan Hello Kitty!), Tea Cup Ride dan banyak lagi!

So, apa tunggu lagi? Jom terjah rumah Hello Kitty sekarang!

Waktu operasi: 11 pagi – 7 petang (Isnin hingga Jumaat, tutup pada hari Selasa) atau 9 pagi – 7 petang (Sabtu, Ahad dan cuti umum/sekolah)
Alamat: Simpang Empat, Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Melaka

KLIK SINI untuk tempah tiket masuk Sanrio Hello Kitty Town di Tripcarte.Asia.



 5. Lost World of Tambun (Perak) 

Nama tarikan kat Ipoh ni bukanlah asing lagi dalam kalangan ramai pengunjung termasuklah aku yang sampai sekarang belum lagi berkesempatan nak bawa anak-anak buah ke sini (insyaAllah ada peluang nanti one fine day). So, the next theme park is Lost World of Tambun! 

Gambar: www.goticket.my

Lost World of Tambun mendapat perhatian ramai orang terutamanya yang suka alam semula jadi kerana ia dikelilingi dengan hutan tropika, kolam air panas semula jadi dan limestone sebab tu aku suka Lost World of Tambun. Sambil buat aktiviti outdoor, boleh la merasa close to nature.

Waktu operasi (taman tema): 11 pagi – 6 petang (Isnin hingga Jumaat, tutup pada hari Selasa kecuali cuti sekolah atau umum), 10 pagi – 6 petang (Sabtu, Ahad dan cuti umum/sekolah)
Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Perak, 31150 Ipoh, Perak

KLIK SINI untuk tempah tiket masuk Lost World of Tambun di Tripcarte.Asia.



 6. Orang Utan Island (Perak) 

Terletak di Semanggol, Pulau Orang Utan yang mempunyai keluasan sekitar 35 hektar pastinya akan menarik perhatian para pengunjung yang berhasrat nak mengenali tentang orang utan dengan lebih dekat lagi

Gambar: www.malaysiatravel.co

Terkenal sebagai destinasi pelancongan eko, Pulau Orang Utan telah dijadikan sebagai sanctuary dimana ia juga memberikan para pengunjung peluang untuk mempelajari serta menyampaikan kesedaran tentang haiwan yang diancam kepupusan.

Waktu operasi (taman tema): 9 pagi – 5.00 petang. Beroperasi setiap hari.
Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Semanggol, Perak

KLIK SINI untuk tempah tiket ke Orang Utan Island di Tripcarte.Asia.



 7. ATV Eco Tour Balik Pulau (Penang) 

Nak cuba aktiviti outdoor di sekitar Balik Pulau? ATV Eco Tour menawarkan eco ride sejauh 7 km melepasi beberapa tempat menarik seperti kawasan sawah padi, paya bakau, kolam ikan, ladang buah dan sudah pastinya pantai. Anda boleh pilih sama ada nak naik shared ATV (dua kerusi) atau solo ATV (satu kerusi).

Gambar: Rizal Halim

Don’t worry. You’ll be guided by an experience and trained field marshall during the 2-hour tour!

Waktu operasi: 9 pagi – 6.00 petang. Beroperasi setiap hari.
Alamat: 298, Mukim I, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Penang

KLIK SINI untuk menempah tour ATV Eco Tour Balik Pulaudi Tripcarte.Asia.



 8. Janda Baik White Water Tubing (Pahang) 

Pahang sesungguhnya negeri yang kaya dengan pelbagai aktiviti nature termasuklah aktiviti air. Jika anda tak tahu aktiviti air apa nak buat kat sini, datang ke Janda Baik untuk aktiviti white water tubing. Selalu dengar white water rafting kan? This time around cuba versi lain pula. 

Gambar: www.bigtreetours.com

Waktu operasi: 9.30 pagi – 1.00 petang. Beroperasi setiap hari.
Alamat: Bentong, Pahang.

KLIK SINI untuk menempah tour Janda Baik White Water Tubingdi Tripcarte.Asia.



 9. Pulau Payar Marine Park (Kedah) 

Langkawi tidak dapat dinafikan salah satu pulau terkenal di Malaysia bukan hanya kerana barang bebas cukai murah, makanan sedap tapi juga pulau-pulau sekelilingnya yang cantik termasuklah Pulau Payar Marine Park! 

Gambar: www.justgola.com

Pulau Payar Marine Park merupakan tempat ideal untuk snorkeling atau menyelam melihat hidupan laut yang ada di sekitar pulau tersebut. Kalau rasa malas nak buat aktiviti air, anda boleh santai atau picnic sambil menikmati pemandangan cantik di sekitar pulau ni.

Waktu operasi: 10 pagi – 4 petang. Beroperasi setiap hari.
Alamat: Pulau Payar Marine Park, Kedah, Malaysia

KLIK SINI untuk menempah tour Pulau Payar Marine Parkdi Tripcarte.Asia.



 10. Sunset Cruise by Crystal Yacht (Kedah) 

Jika menaiki sunset cruise ialah salah satu bucket list anda, datang ke Langkawi dan jangan lepaskan peluang menaiki Sunset Cruise by Crystal Yacht. 

Gambar: www.nycjetsetter.com

Cruise selama 3 jam ini akan bawa anda mengelilingi kawasan Laut Andaman sambil menikmati pemandangan pulau dan pastinya matahari terbenam. Makan malam berkonsepkan BBQ disediakan. Anda cuma perlu naik cruise dan enjoy the moment!

Waktu operasi: 5 petang – 8 malam. Setiap hari.
Alamat: Resorts World Langkawi, Tanjung Malai, 07000 Langkawi, Kedah

KLIK SINI untuk menempah tour Sunset Cruise by Crystal Yachtdi Tripcarte.Asia.


Sekian sahaja perkongsian aku kali ni. Sebenarnya banyak lagi nak kongsi tapi cukup la 10 dulu. Hope boleh bagi idea untuk percutian anda seterusnya. Ingat, travel tak semestinya kena pergi ke luar negara ya!