Sepanjang aku travel, anda satu benda yang aku paling risau terjadi masa trip. Selain tertinggal flight atau hilang barang, jatuh sakit semasa mengembara semestinya menjadi mimpi ngeri bagi setiap traveller. Ye la, kalau tertinggal flight, at least boleh beli tiket baru. Kalau hilang barang, boleh cari baru. Kalau bab kesihatan pula, semestinya ia tidak boleh diganti.



Tipu la kalau aku kata aku tak pernah sakit masa travel kan. Pernah keracunan makanan masa di Tana Toraja (one day wasted aku being moody dan tak dapat nak enjoy tempat-tempat yang aku pergi) dan satu lagi masa aku demam masa di Ladakh (sepanjang malam cuma berkurung dalam khemah tak buat apa-apa). Rasa rugi bila sakit ni tapi apa-apa pun kesihatan perlu la diutamakan. Kalau rasa diri tak larat, rehat atau ambil ubat yang berkaitan.

Aku nak kongsikan beberapa tips atau perkara yang perlu anda tahu agar lebih bersedia sekiranya jatuh sakit semasa mengembara.



 1. Insurans Perjalanan 

Sekarang dah tahun 2018 dan aku yakin by this time anda patut tahu atau sedar betapa pentingnya untuk anda memiliki travel insurance. Bak kata pepatah "malang tidak berbau" kerana kita tak tahu apa akan terjadi masa travelling nanti. Ada baiknya kita sediakan payung sebelum hujan.


Selepas mendapatkan travel insurance, sila semak polisi insuran untuk tahu berapa banyak yang company tu cover. Ada yang cuma cover kes kecemasan. Ada yang cover banyak aspek termasuklah perjalanan pulang balik ke negara so that boleh la anda urus perjalanan pulang yang selesa.

Kalau insurans tak cover untuk pengangkutan balik, anda ada alternatif lain iaitu peluang untuk menghubungi private provided untuk uruskan medical repatriation.

All in all, kena make sure anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ya.



 2. Ubat-ubat penting 

Perkara ni selalu dipandang sebelah mata oleh ramai traveller (termasuk aku). Aku selalu terlupa atau abaikan pasal ubat ni. Silapnya aku selalu over confident yang aku tak akan jatuh sakit masa travel.

No. Jangan ikut jejak langkah aku yang dulu tu.
Apa pun, ubat-ubat basic atau asas kena ada seperti panadol, ubat selesma atau batuk, ubat keracunan makanan, ubat mabuk laut/motion sickness dan banyak lagi.


Bagi mereka yang ada penyakit tertentu, jangan lupa untuk stock up ubat dan minta preskripsi dari doktor anda sebelum berangkat kerana ianya berguna sekiranya anda kehabisan atau kehilangan ubat ketika di luar negara.

Percayalah, bila kita jatuh sakit kat luar negara there is nothing better than the relief of knowing that kita ada the exact medicine untuk treat sakit tu.



 3. Cari klinik/hospital tempatan 

Ini ramai yang keliru. Ada yang tanya "Eh, boleh ke kita pergi klinik atau hospital kat luar negara?". Jawapan dia, sudah tentulah boleh. Kalau dah sakit, kita kena la minta rawatan kan. Beza dia mungkin proses akan lebih lama (bergantung pada jenis hospital atau klinik) dan selalunya memakan belanja agak besar sebab itu la sangat disarankan untuk anda invest dapatkan travel insurance so that boleh cover.


Pastikan anda buat research klinik-klinik atau hospital-hospital yang terdapat di kawasan yang anda nak visit tu so that kalau apa-apa hal berlaku, senarai tu boleh dijadikan sebagai rujukan. Alhamdulillah, setakat ini aku tak ada la sakit sampai kena pergi klinik atau hospital.

Anda kena peka dengan kondisi badan anda. Kalau rasa sakit tu cuma minor, boleh pergi mana-mana farmasi dan minta advice dari mereka. Tapi kalau sakit teruk, cepat-cepatlah pergi ke hospital atau klinik berdekatan.

Ingan, bab kesihatan ni jangan pandang remeh ya.



 4. Hubungi pejabat kedutaan (jika ada) 

Dalam hal-hal serius seperti kemalangan dan sebagainya, anda boleh hubungi pihak kedutaan (jika ada) di sesuatu tempat yang anda pergi tu. Boleh semak senarai pejabat kedutaan negara di laman web ini.

Biasanya mereka boleh bantu rakyat negara yang dalam masalah ketika berada di negara luar. Sebagai contoh kalau jatuh sakit teruk atau kemalangan, pihak kedutaan boleh bantu uruskan bantuan kesihatan jika diperlukan.

Oleh itu, kalau sakit teruk di luar negara, jangan panik. Cuba hubungi pihak kedutaan ya. InsyaAllah, mereka boleh bantu.



 5. Makluman doktor anda 

Jika anda mempunyai penyakit tertentu dan dah pernah dapatkan rawatan di mana-mana hospital sebelum ini, adalah penting untuk anda maklumkan kepada doktor anda tentang status kesihatan anda terkini (semasa travelling). Ia juga penting supaya doktor anda tahu apa yang terjadi dan juga boleh bagi nasihat tentang apa yang anda perlu lakukan.


Selepas pulang dari trip, cepat-cepat dapatkan rawatan atau follow up dengan doktor anda, ya?


Berikutlah perkongsian 5 perkara yang perlu anda tahu jika anda jatuh sakit ketika mengembara. Harapnya ia sedikit sebanyak dapat bantu la buat mereka yang nak travel nanti. At least dengan senarai ni anda bersedia la sekiranya apa-apa berlaku kat luar sana kan.

Apa-apa pun. Safe travel semua!