Melaka merupakan antara salah satu negeri kegemaran aku. Alhamdulillah, aku berpeluang ke sini lagi to fulfill my cravings dan lepaskan rindu pada bandar bersejarah ini. Misi aku ke Melaka bukan sahaja nak makan makanan sedap dan jalan-jalan di sekitar Jonker Street, aku juga dah lama simpan hasrat untuk menginap di salah satu hotel bertaraf empat bintang yang sering disebut-sebut apabila bercakap tentang bandar ni. Tidak lain tidak bukan, The Settlement Hotel, Melaka.



Jika anda mencari penginapan yang selesa dan terletak beberapa minit drive sahaja dari Jonker Street, hotel ini semestinya ideal untuk anda. Memandangkan ia terletak di kawasan Ujong Pasir iaitu sekitar 15 minit drive dari Jonker Street, bebas dari crowd tourist menjadi salah satu ciri kegemaran aku tentang hotel ni kerana aku lebih prefer penginapan yang environment tenang since hotel ialah the only place untuk aku rehatkan diri while travelling.


Sampai sahaja di hotel ni, aku terus ke lobi utama untuk check in. Proses sangat simple dan smooth. Aku suka hotel yang proses daftar masuk dia smooth dan straight forward sebab most of the time masa check in tu kita dah penat. Ada yang went through long journey naik flight dan sebagainya. So, the first thing yang kita perlukan bila pertama kali sampai hotel is proses check in yang smooth dan straight ke bilik. Thank you to The Settlement Hotel for providing such service and experience.

The moment anda jejakkan kaki ke hotel ni, anda akan nampak ialah garden yang diserikan dengan tanaman hijau dan bunga-bungaan, swing chair to relax dan yang paling best ialah Sultan Bed yang dikatakan berusia sekitar 350 tahun dan berasal dari Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia. Suasananya cukup menenangkan.

Taman dan Sultan Bed

Seterusnya, menuju ke bilik. Aku menginap di bilik jenis deluxe room queen yang dilengkapi dengan basic amenities seperti TV LCD bersaiz 32 inci, safety box, bathrobe, bathing essentials, pengering rambut, surat khabar, complimentary drinking water dan banyak lagi.

Bilik Deluxe Room Queen

Bilik aku was more than comfortable despite pemandangan tingkap was area housing tapi aku enjoy the amount of natural light yang masuk ke ruangan bilik. Kalau anda nak buat booking, mungkin boleh cuba request specific room for a nice view.

Part paling aku suka pasal bilik aku ialah sudah tentu la bathtub. Dalam masa jari tengah menaip ni, aku teringat balik moment di mana after a long day pusing-pusing kat town area, berendam dalam bathtub ditemani dengan cahaya lampu samar-samar dan alunan musik menenangkan. Blissful. Rasa fresh balik.

Bathtub sesuai untuk rehatkan diri setelah seharian meneroka bandar Melaka

Katil pula selesa. I had a great sleep malam tu sampaikan esok pagi bangun awal dan tak perlukan alarm pun. Bayangkan betapa selesanya tidur aku tanpa sebarang gangguan. Bagi aku, tahap keselesaan bilik tu bergantung dengan kualiti tidur aku. The next day kalau aku boleh bangun awal tanpa menggunakan alarm, maknanya semalam tidur aku cukup selesa. So, congratulations The Settlement Hotel for that!

Rehat sambil menikmati ketenangan di sekililing The Settlement Hotel

Sebagai info tambahan, The Settlement Hotel mempunyai tujuh jenis bilik iaitu Deluxe Room Queen, Deluxe Twin, Junior Suite King, Junior Suite Twin, Junior Villa, Luxury Villa dan The Settlement Suite. Kalau anda ada bajet lebih, aku sarankan anda pilih bilik jenis Luxury Villa untuk pengalaman duduk di rumah tradisional Melayu yang autentik.

Bahagian makanan pula, aku cuma berpeluang untuk menikmati menu sarapan pagi je sebab it was indeed a packed and short visit. Menu sarapan pagi yang ditawarkan di The Settlement Hotel adalah berbaloi dengan harga. Ada beberapa masakan yang aku suka seperti mee goreng, nasi goreng, salad, dan buah-buahan. Menu sarapan pagi berbeza mengikut jumlah pengunjung. Kalau pengunjung tak ramai, mereka akan menawarkan menu jenis ala carte.

Sarapan pagi dihidangkan di The Long Table Bar

It was indeed a good breakfast. Nasib la aku pilih bangun awal pagi untuk menikmati sarapan pagi sekali gus suasana awal pagi di sini. Rasa sangat tenang. Untuk lunch dan dinner, anda boleh menikmatinya di The Dining Room dimana chef-chef berbakat di sini boleh menyediakan pelbagai jenis hidangan dari menu Peranakan, Chinese, Indian, Portuguese, western dan juga middle eastern.

Apa yang berjaya mencuri perhatian aku ialah The Long Table Bar, iaitu meja kayu berukuran 27 kaki yang dikatakan meja kayu terpanjang yang diukir dari satu pokok. What a precious collection. Para tetamu boleh menjamu selera, chit chat atau buat kerja dekat meja ni sambil menikmati suasana sekeliling.

Move on to the facility part. Kalau anda rasa nak stay dekat hotel je, boleh la berendam di kolam renang yang terletak bersebelah dengan spa dan kawasan villa. Ideal untuk anda yang nak berehat sambil berendam sebentar. Their pool is in moderate size, which is enough la untuk berendam and short swim.

Kolam renang mini

Bagi mereka yang nak manjakan diri, jangan lupa cuba beberapa servis yang ditawarkan di Traditional Spa Village yang menawarkan pelbagai jenis urutan tradisional, body wraps dan skrub, terapi muka dan banyak lagi. Simply ask their staff untuk tahu what's best according to your needs.

Traditional Spa Village 

The Settlement Hotel juga menyediakan beberapa fasiliti buat mereka yang nak anjurkan event seperti majlis sambutan hari jadi, perkahwinan, mesyuarat dan banyak lagi. Ada beberapa jenis fasiliti yang boleh anda pilih iaitu ballroom, meeting room, multi-purpose room dan rooftop garden.

Basikal untuk para tetamu guna jika nak pusing-pusing sekitar kawasan The Settlement Hotel

Perkhidmatan seperti free shuttle service setiap hari dari Jonker Street dan Perkampungan Portugis dan juga urusan booking sight seeing untuk tourist. Aku berpeluang untuk menaiki tour Melaka River Cruise yang berdurasi selama 45 minit melepasi beberapa tarikan utama yang boleh dinikmati di sepanjang Sungai Melaka seperti Stadhuys, bangunan dihiasi dengan pelbagai mural, Kampung Morten dan banyak lagi. Untuk booking aktiviti ini, anda boleh hubungi Hotel Ambassador yang bertugas atau simply buat reservation di booking@melakarivercruise.my.

Pemandangan ketika menaiki Melaka River cruise

Now, aku dah tahu kenapa The Settlement Hotel menerima anugerah dari Tourism Malaysia sebagai salah satu hotel terbaik di Malaysia untuk tahun 2016/2017.

All in all, I'm glad that I choose to stay dekat The Settlement. It was indeed a memorable stay, which I highly suggest you guys to experience their hospitality and services. Simply ideal untuk mereka yang not into heritage atau boutique hotel dengan rate yang affordable dan lokasi yang agak strategik.  Lepas ni aku tahu la nak menginap kat mana kalau datang Melaka lagi.


 The Settlement Hotel Melaka 

Alamat: No. 63, Jalan Ujong Pasir World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia (GPS: 2.187902, 102.268394)
Hubungi: +60 6 292 1133 
Harga: Rate bermula dari RM230/night