Phuket semestinya antara salah satu destinasi pulau kegemaran aku di Thailand kerana suasana di sana yang agak meriah, pelbagai aktiviti menarik, makanan best dan banyak lagi (kalau aku listkan dalam entri ni, confirm penat mata anda nak baca 😝). Kebiasaannya aku ke Phuket dengan menaiki flight tapi kali ini aku pergi dengan cara lain iaitu menaiki cruise mewah Genting Dream melalui POTO Travel & Tours.



Aku memang dah lama simpan hasrat nak naik cruise tapi bila nampak gambar-gambar cruise trip je aku agak nervous sebab selalu rasa ianya mesti mahal yang amat dan tak berbaloi sebab tak banyak benda boleh dibuat pun dekat atas tu. Lepas naik Genting Dream, persepsi aku terhadap cruise trip ni berubah 100%.

Dalam entri ni aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri menaiki Genting Dream dari Singapura (Marina Bay Cruise Centre) ke Phuket selama 4 hari 3 malam. Jangan ke mana-mana, teruskan membaca ya!



 Perjalanan 

Perjalanan Genting Dream bagi route ini bermula dari Marina Bay Cruise Centre (Singapura). Kebiasaannya, anda boleh rancang sendiri perjalanan untuk ke sini. Kalau tempah trip dengan POTO Travel & Tours, mereka ada sediakan servis untuk urus perjalanan anda.

Macam kitaorang hari tu naik bas. Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur iaitu di pejabat POTO Travel & Tours sampailah ke Marina Bay Cruise Centre. It was indeed a long journey but at least dapatlah tidur sepanjang perjalanan. Untuk nak jimat masa, boleh naik flight jika anda ada bajet lebih.


Sampai je dekat Marina Bay Cruise Centre, terus ke proses daftar masuk. Bagi mereka yang bawa luggage besar, anda perlu check in luggage terlebih dahulu which is ambil masa sedikit. Tapi kalau bawa luggage kecil atau backpack, boleh terus ke kaunter check in dan naik cruise.


Berikut merupakan aliran untuk naik cruise:

Check in luggage besar  > Kaunter check in/daftar (Tip: Anda boleh jimat masa jika check in melalui kiosk disediakan >  pemeriksaan kastam/keselamatan > lalu imigresen > serah passport di pintu utama cruise > WELCOME TO GENTING DREAM CRUISE!

Kebetulan masa tu agak ramai juga la orang sebab cuti musim panas kan. Alhamdulillah, semua smooth je bagi aku. Timing slightly lari due to traffic di Woodlands checkpoint but overall okay.


Cruise sampai di Phuket pada hari kedua dan aku berpeluang untuk meluangkan masa beberapa jam di Phuket untuk menikmati beberapa tarikan di sekitar Patong Beach seperti makanan Thai, santai di kawasan pantai, berurut dan banyak lagi la.

Nota: Anda diberikan masa khas untuk teroka kawasan Phuket. Pastikan anda tepati waktu balik ke kapal sebelum boarding bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Pada malam terakhir, kitaorang berpeluang untuk melihat persembahan menarik serta pertunjukan bunga api. Good to know that Genting Dream merupakan satu-satunya cruise yang ada pertunjukan bunga api (according to the staff as of July 2018). Meriah!

Overall, perjalanan cruise sangat lancar walaupun ship agak goyang juga la few times due to strong wave tapi overall semuanya dalam keadaan terkawal.



 Bilik 

Dalam cruise, biasanya bilik dipanggil sebagai kabin. Genting Dream menawarkan 8 jenis kabin bermula dari Interior Stateroom sampai la Palace Villa (One fine day, 😛). Untuk trip ni, aku berpeluang untuk menginap di kabin jenis Balcony Stateroom (harga kabin ialah RM 3,170) iaitu antara kabin terkenal sebab affordable dan boleh menikmati view cantik dari balkoni.


Ruang (20 sqm) kabin not bad sebab boleh muat sekitar tiga hingga 4 orang. Kabin ini mempunyai katil bersaiz queen, sofa, TV yang menawarkan pelbagai siaran hiburan, pemanas air dan peti ais kecil.


Bilik air pula dilengkapi dengan bathing essential seperti shower gel, shampoo dan banyak lagi. Aku boleh katakan hampir semua benda yang kita perlukan disediakan dalam kabin.


Bagi aku, part paling best mestilah private balcony iaitu tempat aku spend time menikmati pemandangan laut sambil berangan for most of the time. Kalau anda ada peluang nak naik Genting Dream dan ada bajet lebih, apa salahnya pilih kabin yang ada private balcony.



 Makanan 

Sebelum naik Genting Dream, salah satu perkara yang menjadi tanda tanya aku ialah "Aku boleh dapat makanan sesuai ke atas cruise nanti?". Kalau anda ada persoalannya yang sama, jangan risau sebab terdapat restoran di cruise ini yang menghidangkan makanan pork free untuk para pengunjung yang beragama Islam. Ada sekitar 35 outlet restoran atau bar dalam Genting Dream cruise ni.

Lido Buffet Restaurant ialah tempat terbaik atau ideal untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Restoran ni dah inclusive dalam bayaran cruise. So, tak perlu bayar apa-apa lagi. Anda cuma perlu datang bawa kad kabin je untuk enjoy makanan dan minuman yang ada di restoran ni.


Di Lido Buffet Restaurant, terdapat pelbagai section hidangan seperti makanan Indian, Western dan local. Boleh pilih ikut tekak masing-masing. Hidangan pula berbeza setiap hari supaya tak la rasa bosan asyik menu yang sama, kan?


Selain itu, ada juga restoran atau bar lain seperti Seafood Grill & Steakhouse by Mark, Blue Lagoon, Umi Uma Teppanyaki dan Bread Box. Anda boleh menikmati makan atau minum di antara salah satu dalam senarai ni dengan caj berasingan.



 Hiburan 

Ramai yang tanya aku kalau naik cruise ni apa je boleh buat dalam kapal tu? Tak bosan ke? Surprisingly, macam-macam ada dalam Genting Dream ni. Trust me, korang mesti sampai tak tahu nak pilih mana satu.


Untuk hiburan, anda boleh menikmati pelbagai persembahan seperti teater, live show, kelab dan movie. Macam-macam la. Aku berpeluang untuk menyaksikan persembahan teater yang cukup memukau dan nampak sangat profesional seperti China's Got Talent - The Dream Experience. Bagi mereka yang nak tengok persembahan-persembahan ni, jangan lupa buat booking melalui aplikasi Genting Dream di telefon bimbit anda the moment anda naik cruise. Kalau tak, melepas la nanti.

Tip: Sila download aplikasi Dream Cruises sebelum naik kapal. Aplikasi ni anda boleh guna untuk check aktiviti harian, komunikasi dengan orang dari kabin lain serta buat tempahan untuk aktiviti/program yang anda nak join. Super easy!



Selain persembahan teater, anda juga boleh menonton wayang di open-air cinema yang terletak di Zouk Beach Club. First time aku tonton movie (in HD) atas cruise, dengan tiupan angin laut malam serta ditemani bintang-bintang yang berkelipan di langit (ah gitu ayat 😆). Tayangan filem percuma untuk para tetamu, siapa taknak kan?


Hiburan lain termasuklah kelab Zouk, karoake, persembahan konsert dari pelbagai artis-artis terkenal serta live music (my favourite part sudah tentu la live show di Pool Deck).



 Sukan & Rekreasi 

This is the most exciting part. Siapa kata naik cruise tak boleh nak kekal aktif dan buat aktiviti outdoor? No no no. Genting Dream pastinya buat anda kagum dengan fasiliti-fasiliti yang mereka sediakan.


Bagi mereka yang suka aktiviti air dan adventurous, mesti cuba waterslide park. Apa? Ada waterslide park atas cruise? Sukar untuk percaya tapi Genting Dream memang ada waterslide park yang boleh tahan besar dan tinggi. Ini merupakan waterslide tertinggi aku pernah naik. Ada 6 jenis slides yang anda boleh cuba. Siapa yang ada masalah tu, waterslide ni memang untuk anda! 😜


Yang suka workout dance, boleh join morning workout di Pool Deck yang diadakan setiap pagi. It was entertaining one dan music beat pun not bad. Semuanya masuk mood. Ayuh, kenalah kekal aktif juga walaupun tengah bercuti tu.


Selain itu, ada juga aktiviti lain seperti ropes course, zip-line, rock climbing wall, mini golf, sportplex, jogging track dan banyak lagi. Perfect place untuk anda luangkan masa petang atau pagi selain daripada duduk dalam kabin sahaja. Sampai sekarang aku tak sangka yang dalam cruise ni boleh ada benda-benda macam ni. Patutlah ramai suka naik cruise!



 Fasiliti Lain 


Bagi mereka yang suka workout, good news untuk anda kerana gym dalam Genting Dream beroperasi selama 24 jam dan ada banyak peralatan workout disediakan untuk anda.


Shopping pula macam mana? Anda boleh berbelanja dalam Genting Dream di beberapa shopping area yang menjual pelbagai jenis barangan seperti jenama mewah (jam, jewellery, produk kecantikan dan banyak lagi. Selain itu, terdapat pelbagai souvenirs dan juga barangan-barangan bebas cukai.

Untuk yang nak manjakan diri, Genting Dream menawarkan anda pelbagai servis atau fasiliti spa seperti Crystal Life Spa, Crystal Life Asian Spa, Le Salon dan Gentlement's Barber. Lets say anda ada majlis penting seperti wedding atau any celebration dalam cruise, don't worry. Anda tahu nak pergi mana to get all things done.

Para ibubapa yang nak luangkan masa bersama atau nak berehat sebentar di spa, anda boleh hantar anak ke Little Pandas Club iaitu tempat khas hanya untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti dan permainan menarik. Jangan risau, anak-anak anda akan dipantau/dijaga oleh staf yang bertugas.



 Ulasan 

Memandangkan ini merupakan pertama kali aku naik cruise, aku tak letak expectation apa-apa pun. Cuma apa yang aku nak highlight ialah selepas naik Genting Dream, persepsi aku terhadap trip cruise berubah. Dulu aku selalu ingat cruise ni mahal sangat dan tak berbaloi. Selain itu, aku selalu anggap yang makanan halal sangat terhad atas cruise serta tak ada banyak benda pun boleh buat kat atas cruise ni.


Bayangkan bayaran naik cruise tu sudah termasuk makanan pagi, tengahari dan malam, fasiliti-fasiliti percuma yang anda boleh guna pada bila-bila masa anda nak, pelbagai hiburan yang disediakan dan banyak la lagi. Ia mudah bagaikan percutian di satu tempat tapi ada macam-macam benda boleh buat. Tak perlu risau nak pergi mana dan macam mana nak pergi. Semuanya ada di dalam cruise ni.


Walaupun masa aku naik tu (musim summer) cruise agak crowded almost full house, good things is that semua masih lagi terkawal. Kalau anda tak suka crowd, boleh bangun atau datang ke sesuatu tempat tu awal sikit. Alternatif lain ialah book trip masa bukan peak season and most places are all yours!

Fasiliti semua mantap. Makanan pun banyak pilihan. Walaupun naik cruise untuk 4 hari, aku tetap tak rasa bosan dengan menu makan dan minum yang dihidangkan. Hampir semua menepati citarasa aku dan ramai orang.


Kesimpulannya, jika anda tanya aku berbaloi atau tidak naik cruise ni aku boleh katakan ia bergantung kepada apa yang anda nak. Jika anda nak percutian yang santai, tak perlu pening-pening fikir nak ke mana, trip cruise seperti Genting Dream la tempat ideal untuk anda. So, apa tunggu lagi? Ajak la kawan-kawan atau keluar atau tersayang dan rasailah pengalaman menaiki Genting Dream sendiri.

Anda boleh buat tempahan melalui POTO Travel & Tours. Mereka merupakan satu-satunya ejen bumiputera untuk Genting Dream yang dah banyak kali bawa tour naik cruise. Buat tempahan dengan POTO Travel & Tours pun mudah serta mereka boleh sediakan sesuatu berdasarkan permintaan anda.



 Tips 

1. Untuk pakaian sepanjang naik cruise, pakai pakaianan yang selesa. Sesetengah tempat ada kod etika pakaian. Senang cerita macam ni la, bawa baju sport, mandi, casual attire, beach attire, kasut dan sandal. 

2. Tak perlu bawa water heater, hair dryer dan barang lain yang seangkatan dengannya kerana semua tu disediakan dalam cruise. 

3. Transaksi dalam cruise menggunakan nilai mata wang Singapura (SGD). Boleh juga guna credit card. 

4. Tiada perkhidmatan WiFi percuma dalam cruise. Anda boleh beli pakej data yang disediakan. Kalau nak berhubung dengan orang dari kabin lain, boleh guna aplikasi Dream Cruises. Jimat. 

5. Bawa beg atau luggage bersaiz sederhana (cabin size) sahaja supaya boleh bawa terus beg ke kabin. Kalau tak, kena check in dan tunggu beberapa jam untuk luggage sampai ke kabin. 

6. Sometimes kapal agak bergoyang sedikit. Bagi mereka yang senang kena mabuk laut, aku sarankan anda bawalah pil motion sickness. Just in case. 



 Genting Dream & POTO Travel & Tours 

Menerima pengiktirafan dari CNN sebagai "Ocean's Most Luxurios Rooms" dan Weekend Weekly sebagai "Most Popular Asia Cruise Itinerary", Genting Dream semestinya percutian cruise yang ideal buat anda. 

Aku prefer untuk tak kongsi harga-harga kabin dalam entri ni takut anda semua keliru sebab harga berbeza mengikut route dan juga musim. So, best is hubungi terus team POTO Travel & Tours untuk tahu tentang harga semasa. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai harga terkini untuk musim tertentu atau tentang fasiliti Genting Dream Cruises, anda boleh layari laman web rasmi Genting Dream atau POTO Travel & Tours. Boleh juga hubungi team POTO Travel & Tours untuk sebarang pertanyaan.


POTO Travel & Tours
Tel: 03 - 9200 6640
Website: www.pototravel.com.my
E-mail: info@pototravel.com.my