Chugoku dan Shikoku merupakan region yang terletak di pulau utama Jepun iaitu Honshu. Kedua-dua region ini mempunyai sejarah unik mereka tersendiri sehingga la kini menjadi tarikan para pengembara yang berhasrat untuk ke bahagian selatan. Dalam trip selama 5 hari 4 malam bersama JNTO ni, aku sempat berkunjung ke 4 prefecture iaitu Okayama, Kagawa (Takamatsu), Ehime (Matsuyama) dan Hiroshima.



Memandangkan siri Jurnal Jepun ni akan cover banyak tempat, aku buat keputusan untuk publish tiga part (Okayama, Takamatsu dan Matsuyama serta Hiroshima). Untuk part ketiga, aku akan kongsikan pengalaman semasa berada di Hiroshima. Teruskan membaca!

Perjalanan bermula dari Matsuyama ke Hiroshima melalui Shimanami Kaidoatau dikenali sebagai Nishiseto Expressway iaitu jalan berukuran 60KM yang menjadi penyambung antara pulau Honshu dan Shikoku yang turut lalu enam pulau kecil di Seto Inland Sea. Perjalanan sepanjang jalan ni menawarkan pemandangan cantik kawasan laut. Kalau ada masa lebih, boleh cuba naik basikal untuk cross jalan ni.

Hello Hiroshima! Bandar ini merupakan salah satu bandar di Jepun yang aku nak sangat pergi dari dulu kerana sejarahnya yang bukan sahaja orang Jepun tak boleh lupakan tapi juga mereka dari negara-negara lain. Ia juga merupakan bandar terbesar di Chugoku region.

Baca juga: Jurnal Japan - Okayama



Back to the journey. Sampai sahaja di Hiroshima, kitaorang terus ke Miyajima Island terletak di bandar Hatsukaichi. Perjalanan bermula dari Miyajima pier. Ada dua syarikat feri beroperasi iaitu JR dan Matsudai. Perjalanan mengambil sekitar 10 minit (JPY 180 sehala). Bagi mereka yang memiliki JR Pass, pas tersebut boleh digunakan untuk feri juga.

Tip: Miyajima Island terkenal dengan rusa mereka yang agak friendly. Rusa jenis Sika di sini ialah wild. Approach them nicely untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


Sebelum meneroka tarikan-tarikan di Miyajima, kitaorang makan tengahari di salah satu restoran makanan laut terlebih dahulu di Restoran Mametanuki. Kitaorang order set oyster (since oyster ni kira terkenal di Hiroshima kerana kesegarannya) berserta dengan beberapa menu sampingan seperti sup miso, nasi putih dan sayur-sayuran. Like always, makanan tak mengecewakan. Rasanya Jepun ni susah nak buat aku rasa kecewa when it comes to makanan (part harga tu lain cerita la).

Perut dah kenyang. Time to explore the place. Memandangkan kitaorang cuma ada masa yang pendek di pulau Miyajima, kitaorang cuma explore Itsukushima Shrine sahaja.


Dari kawasan restoran, Itsukushima Shrine terletak just a few steps away. Ia merupakan salah satu tempat suci Shintoism terawal dan memiliki nilai-nilai uniknya tersendiri sebab tu la ia tersenarai sebagai salah satu tapak warisan UNESCO. Shrine yang dibina oleh Taira no Kiyomori (orang berpengaruh ketika penghujung zaman Heian) ini mempunyai pelbagai bangunan termasuklah ruang sembahyang, main stage dan banyak lagi.


Highlight Itsukushima Shrine ni sudah tentu la torii gate yang juga menjadi salah satu ikon Miyajima atau Hiroshima. Kalau air pasang, anda akan nampak shrine dan torii gate kelihatan seperti terapung di atas air. Meanwhile, kalau air surut pula anda boleh jalan di permukaan dan pergi dekat dengan gate ni.


To end the day, kitaorang check in di Hotel Granvia Hiroshima, iaitu salah satu hotel menarik yang terletak di tengah-tengah bandar Hiroshima. Sama dengan Hotel Granvia Okayama, hotel ini menawarkan accessibility terbaik kerana stesen Hiroshima terletak bersebelahan dengan hotel ini. Great facility & hospitality!

Baca juga: Jurnal Japan - Takamatsu & Matsuyama


Esoknya, kitaorang ke Hiroshima Peace Memorial Park iaitu tempat terakhir sebelum kitaorang berangkat pulang ke Osaka dan fly balik. Indeed, an emotional ending for our trip. Once aku jejakkan kaki ke tempat ni, aku terus teringat dengan apa yang terjadi pada bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945 di mana tentera Amerika Syarikat telah melepaskan bom nuklear di dua bandar di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki yang meragut sekitar 129,000 nyawa.

Hiroshima Peace Memorial Park juga tersenarai sebagai salah satu tapak warisan UNESCO. Kitaorang cuma sempat ke muzium bahagian east yang memberikan kita gambaran suasana Hiroshima sebelum tragedi tersebut dan banyak lagi. Ada beberapa kawasan mempamerkan barang-barangan peribadi yang para mangsa serangan bom tersebut. Ya Allah, lain macam rasa masa tu.



Tempat ni betul-betul buat aku sedar bahawa kita semua seharusnya tak mengambil mudah pasal isu keamanan ni.

Dengan ini, maka berakhirlah sudah pengembaraan kitaorang di Chugoku dan Shikoku region selama 5 hari 4 malam. Terima kasih buat JNTO atas peluang berharga ini. Sayonara!


VIDEO


Terima kasih kerana mengikuti cerita pengalaman ke empat bandar di Jepun tempoh hari. Jangan lupa baca pengalaman di Okayama serta Takamatsu dan Matsuyama juga. Moga-moga info yang dikongsikan berguna untuk some of you. Last but not least, doakan juga agar kita punya rezeki untuk berkunjung ke Jepun lagi! ;)