Jepun merupakan salah satu negara yang aku tak kisah kalau nak re-visit again and again sebab ada macam-macam benda boleh explore dalam negara ini. Setakat ni, aku dah pernah ke bahagian tengah dan utara, kini tiba masanya untuk lihat apa yang ada di bahagian selatan pula.

Alhamdulillah aku diberikan peluang untuk menyertai jelajah khas anjuran Japan National Tourism Organisation (JNTO) bersama-sama dengan dua lagi blogger dari Malaysia iaitu Kak Emila Yusof dan Abe Faizal Fredley untuk bersama-sama melihat tarikan yang terdapat di Chugoku dan Shikoku region.

Chugoku dan Shikoku merupakan region yang terletak di pulau utama Jepun iaitu Honshu. Kedua-dua region ini mempunyai sejarah unik mereka tersendiri sehingga la kini menjadi tarikan para pengembara yang berhasrat untuk ke bahagian selatan. Dalam trip selama 5 hari 4 malam bersama JNTO ni, aku sempat berkunjung ke 4 prefecture iaitu Okayama, Kagawa (Takamatsu), Ehime (Matsuyama) dan Hiroshima.

Memandangkan siri Jurnal Jepun ni akan cover banyak tempat, aku buat keputusan untuk publish tiga part (Okayama, Takamatsu dan Matsuyama serta Hiroshima). Untuk part pertama, aku akan kongsikan pengalaman semasa berada di Okayama. Teruskan membaca!

Baca juga: 20 aktiviti menarik musim sejuk di Okayama, Jepun

Bagi mereka yang nak teroka Chugoku dan Shikoku, anda boleh pilih penerbangan Air Asia X dari KLIA2 ke Kansai International Airport. Mudah sebab direct flight. Boleh jimat masa & tenaga. Masa sampai di Kansai Airport, luggage claim and immigration process sangat smooth (well, Japan kan. Expected la). Walaupun jumlah pengunjung hari tu agak ramai, semuanya tetap berjalan dengan lancar. Kagum betul aku dengan sistem diorang ni. Once lepas immigration, tengok-tengok je luggage dah keluar. Siap tersusun rapi lagi. Kudos!

So, Okayama? Okayama atau Okayama-shi merupakan ibu kota Okayama Prefecture, salah satu tempat terkenal yang terletak di Chugoku region. Menariknya tentang Okayama ialah ia sering dipanggil sebagai “The Sunny Land” kerana selalu cerah dan low rainfall sebab tu la pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka.



Macam mana nak ke Okayama dari Kansai International Airport? As usual, train is always the best option la kan. Kitaorang naik train Haruka Limited Express dari airport ke stesen Shin-Osaka and then naik Tokaido-Sanyo Shinkansen (super fast one!) to stesen Okayama. Perjalanan keseluruhan mengambil sekitar 1 jam 50 minit.

Sampai je di Okayama, kitaorang terus check in kat Hotel Granvia Okayama. Salah satu hotel yang bagi aku lokasinya sangat strategik kerana terletak dekat dengan stesen Okayama. In fact, siap ada connected bridge lagi. Fasiliti dan hospitality hotel ni pula excellent. 


Everything was smooth dari proses check in sampai la check out. Bestnya tentang hotel ni ialah mereka menyediakan ruangan khas untuk sembahyang buat para pengunjung, setiap bilik pula ada sejadah dan arah kiblat. Bukan itu sahaja, Hotel Granvia Okayama juga menyediakan Muslim-friendly food (no pork menu). Mereka siap label lagi which menu yang safe for Muslim guests. 




Tip: Di Okayama, kalau anda nampak makanan tu ada label logo peach Okayama Health Tourism, maksudnya makanan tu Muslim boleh makan. Simply look for these two logos attached kat atas ya.

Selain menaiki kenderaan awam seperti bas dan train, anda juga boleh pilih untuk drive around to see other interesting attraction yang terletak quite further dari bandar Okayama antaranya ialah Tomomien Farm. Ramai yang datang ke ladang ni masa musim panas sekitar bulan Julai – Ogos sebab merasa buah peach kat sini.



No kidding, peach kat sini was the best I have tasted so far! Dengan bayaran masuk ke ladang ni iaitu JPY1800, anda bukan sahaja dapat belajar cara petik buah peach tapi juga berpeluang untuk bawa balik serta makan dua biji peach kat sini. Menurut local guide, ada banyak jenis peach ditanam kat Okayama tapi yang paling terkenal ialah white peach dikenali sebagai Hikawa Hakuka.



Cara nak ke Tomomien Farm: Boleh drive directly dari Okayama (perjalanan sekitar 40 minit bergantung kepada traffic condition). Else, boleh naik bas (UNO bus dekat NO.12 car stop di east gate Okayama Station) menuju ke Neopolis Higashi Rokucho atau Neopolis Nishi Kyuchoume dari stesen Okayama ke Shimoichikami and then jalan 300m ke kedai farm ni. Tomomien Farm ada sediakan servis bus percuma untuk para pengunjung.

Selesai menikmati buah peach yang sedapnya tak ingat dunia tu, kitaorang terus ke Korakuen Okayama. Bagi mereka yang minat taman atau alam semula jadi, tempat ni semestinya wajib anda kunjungi. Korakuen Okayama merupakan tarikan terkenal di Okayama yang dikatakan sebagai salah satu taman landskap tercantik di Jepun


Dahulunya (pada tahun 1687), taman ini dibina sebagai tempat untuk keluarga pemerintah menerima kunjungan tetamu penting sebelum Korakuen dimiliki oleh Okayama Prefecture dan dibuka untuk orang awam.

Kitaorang dapat tengok beberapa spot seperti kolam bunga Lotus, tea house, shrine, kolam ikan dan banyak lagi. Jangan lupa untuk naik ke kawasan bukit untuk menikmati view lagi cantik. Plus, anda juga boleh nampak Okayama Castle dari sini.

Tip: Datang pada musim autumn sebab view dia seriously tak akan mengecewakan anda!

Cara nak ke Korakuen Okayama: Korakuen terletak sekitar 1.5 KM / 25-30 minit jalan kaki dari stesen Okayama. Kalau tak nak penat, boleh naik bas dari stesen Okayama ke stesen Korakuen-mae (JPY140, 20 minit). Jika nak naik tram boleh naik melalui Higashiyama Line dan turun di Shiroshita (JPY100, 5 minit).

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, kitaorang drop by dekat tempat makan berdekatan iaitu Restoran Shikisai yang juga turut menyediakan hidangan khas untuk para pengunjung Muslim (kena buat reservation awal-awal dan nyatakan nak request menu Muslim-friendly). Lega bila nampak logo peach dari Okayama Health Tourism di restoran ni.



Menu yang kitaorang nikmati dikenali sebagai Matsuri sushi yang mengandungi makanan laut fresh seperti ikan, udang, sayuran dan nasi yang dihidangkan dengan mi soba dan pencuci mulut. Menu nampak simple dan portion just nice je.

Nota: Restoran Shikisai juga menyediakan ruangan khas sementara untuk solat.

Selepas selesai makan tengahari, kitaorang proceed singgah ke tempat seterusnya iaitu Okayama Islamic Center yang terletak sekitar 3KM dari Korakuen Okayama. Kitaorang sempat perform solat Zohor dan Asar. Ruang solat dan ambil wudhu disediakan di sini. Cukup selesa.



Sempat juga la berbual dengan salah seorang ketua komuniti di sini, iaitu Jamal. Menurut beliau, pusat ni bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat tapi ia juga dijadikan sebagai pusat untuk para penduduk Muslim belajar mengaji dan sebagainya. Selain itu, mereka juga mengalu-alukan kedatangan para pengunjung bukan beragama Islam untuk datang dan mempelajari bagaimana orang Muslim menjalani hidupan harian mereka. Alhamdulillah.

Lokasi terakhir sebelum meninggalkan Okayama ialah Kurashiki Bikan Historical Quarter. Kurashiki terdahulunya merupakan lokasi terkenal para pedagang yang kerap singgah di sini untuk lalu atau menyimpan hasil pertanian mereka seperti beras sebelum di hantar ke Osaka dan Tokyo. Interestingly, nama Kurashiki pun diambil dari perkataan ‘kura’ yang bermaksud storehouse.



Jangan lepaskan peluang untuk check out kedai di sini. Ada macam-macam jenis café, kedai menjual souvenirs, ada juga pameran seni serta muzium (Ohara Museum, Museum of Folkcraft, dan Toy Museum) serta banyak lagi.



Kalau anda just nak luangkan masa sendiri sambil menikmati ketenangan kawasan Kurashiki Bikan Historical Quarter ni, boleh la duduk di tepi canal. View cantik. Anda mungkin berpeluang untuk tengok bot di sepanjang sungai yang terdahulunya menjadi jalan utama bot bot dari storehouses ke port berdekatan.

Cara ke Kurashiki Bikan Historical Quarter: From wherever you guys are, simply take train to Kurashiki Station (keluar melalui south exit). Lepas tu kena jalan dalam 10 hingga 15 minit ke kawasan canal. Or kalau malas nak jalan, boleh ambil bas and then turun di Ohara Bijutsukan yang terletak bersebelahan dengan Ohara Museum.



VIDEO



Itu saja perkongsian untuk pengalaman di Okayama. Seterusnya: Takamatsu & Matsuyama
dan Hiroshima.