Dengan ini, aku nak ambil kesempatan untuk ucap selamat menyambut bulan Ramadhan semua!

Bulan Ramadhan ni merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain kita mengutip amal ibadah, manisnya tentang bulan Ramadhan ni ialah kita dapat merasa pelbagai makanan-makanan sedap khususnya di Malaysia la (well, negara kita memang terkenal dengan makanan yang pelbagai dan sedap).



Bercakap pasal makanan ni, mula la otak tu fikir nak berbuka kat mana hari ini atau esok. Malas nak masak? Bosan pergi bazaar Ramadhan? Nak makan kat hotel tapi bajet tak banyak? Baiklah, aku nak suggest spot berbuka puasa untuk korang.

Last week aku berpeluang untuk mencuba hidangan iftar yang disediakan di Restoran HUGO's KL, Ramada KLCC. Apa yang menarik tentang menu iftar hotel Ramada KLCC ni ialah harganya yang berbaloi dan ianya bukan buffet (we know that mostly hotel offer buffet menu and it costs quite an arm and leg juga). Oleh itu, Ramada KLCC mencuba kelainan di sini dan aku pasti boleh menarik minat anda untuk cuba.


It is affordably priced and sedap.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, Ramada KLCC akan sajikan lima jenis set menu masakan tradisional Melayu yang disediakan oleh barisan chef-chef berpengalaman dalam industri kulinari. As mentioned earlier, set-set yang disediakan adalah tertumpu kepada hidangan masakan Melayu sahaja buat masa sekarang. InsyaAllah, mungkin pada masa akan datang pihak Ramada KLCC cuba untuk tambah seleksi hidangan berbuka puasa.

As for now, to those who wish to savour authentic Malay cuisine, this is one of the places that you could choose for iftar.



 Menu-menu iftar Ramada KLCC 

1. Nasi Briyani Ayam (RM25)



- Dihidangkan dengan nasi briyani ayam, sayur dalca, pickles, telur dan papadom
- Sup ayam
- Pilihan samosa atau murtabak daging
- Buah kurma dan buah-buahan
- Pilihan air bandung atau teh tarik


2. Nasi Tomato Ayam Merah (RM25)


- Dihidangkan dengan nasi tomato ayam masak merah, sayur dalca, pickles dan papadom
- Sup ayam
- Pilihan samosa atau murtabak daging
- Buah kurma dan buah-buahan
- Pilihan air bandung atau teh tarik


3. Sambal Udang, Nasi Putih dan Sayur-sayuran (RM25)


- Dihidangkan dengan nasi putih, tiger prawn masak sambal dan sayur-sayuran
- Sup ayam
- Pilihan samosa atau murtabak daging
- Buah kurma dan buah-buahan
- Pilihan air bandung atau teh tarik


4. Nasi kerabu Ayam Percik (RM25)


- Dihidangkan dengan nasi kerabu, ayam percik dengan sos, ulam, sambal, telur masin, budu, sambal belacan dan keropok
- Sup ayam
- Pilihan samosa atau murtabak daging
- Buah kurma dan buah-buahan
- Pilihan air bandung atau teh tarik


5. Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi (RM25)


- Dihidangkan dengan nasi putih, ikan merah masak asam pedas dan bendi
- Sup ayam
- Pilihan samosa atau murtabak daging
- Buah kurma dan buah-buahan
- Pilihan air bandung atau teh tarik



Aku sempat dengar sedikit maklumat dari Chef Bahar, iaitu ketua chef bagi masakan tempatan di Ramada KLCC. Ditanyakan kenapa hidangan ala carte dan bukannya buffet, beliau menyatakan bahawa hidangan buffet agak costly, kebanyakannya para tetamu tak makan semua dan potensi untuk membazir sangat tinggi. Dari situlah datangnya idea mereka menyediakan hidangan seperti ini.

Tambahnya lagi, antara hidangan kegemaran atau wajib cuba ialah set nasi kerabu ayam percik dan nasi putih dengan sambal udang.



 Ulasan 

Aku sempat cuba kesemua hidangan pada hari tersebut. For me, I personally like nasi briyani ayam. The rice itself is flavourful with a pleasant herbs scent sangat la sedap dimakan dengan papadom, dan ayam yang pedasnya just nice. 

Untuk side dish iaitu antara murtabak atau samosa, aku susah nak pilih antara satu sebab dua-dua sedap. I will pick samosa sebab rangup dan saiz just nice untuk orang macam aku yang tak makan banyak. Tapi, kalau ada kuah khas untuk murtabak, mungkin aku akan pilih murtabak. Apa pun, dua-dua sedap.

Kalau tanya kegemaran aku yang mana satu, of course aku pilih nasi kerabu ayam percik dan nasi briyani ayam masak merah.


Untuk minuman pula iaitu bandung atau teh tarik. Aku mungkin akan pilih bandung sebab lebih menyegarkan. Ye la, untuk buka puasa we need something refreshing. Tapi teh tarik pun boleh tahap sedap juga. Cuma bagi aku yang kurang minum manis ni, kedua-dua minuman yang dihidangkan agak manis. Kalau anda sama macam aku, boleh request awal-awal. 

All in all, delicious. Tempat pun selesa. Tak susah-susah nak duduk, bangun ambil makan, duduk dan bangun lagi. Sekali order je terus semua dapat. Plus, anda juga boleh berkongsi makanan dengan adanya set macam ni. 

Misalnya ada lima orang, boleh order kesemua set dan kongsi ramai-ramai. Kan jimat di situ? 



 Nota penting 

Anda perlu maklum bahawa Hugo's KL merupakan restoran ala-ala café dan bar. Tapi jangan risau, pihak Ramada KLCC boleh jamin kesemua hidangan yang disediakan adalah halal. On top of that, mereka akan pastikan keselesaan para pengunjung yang berbuka puasa di sana akan terjaga. 

Bagi mereka yang menginap di Ramada KLCC, mereka juga menyediakan hidangan sahur. Perlu buat pesanan in advance sebelum pukul 10 malam. Boleh berhubung dengan staff front desk untuk info lanjut. 



 Iftar di Ramada KLCC 

Tempat: Restoran Hugo's KL, sama level dengan lobi utama hotel. 
Tarikh: Dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018
Masa: 6 petang hingga 8 malam
Booking: hubungi +603 2386 9288 (ext 9218)