Sebagai seorang pengembara, aku (rasanya kita semua kot) ada satu habit ni. Bila dah lama tak travel, aku selalu belek gambar-gambar travel sebelumnya untuk mengenang semula moment-moment best masa travel dan cari inspirasi untuk trip seterusnya. Ini buat aku sedar ada kelebihannya juga kalau kita simpan gambar-gambar travel kita. Tidak dapat dinafikan bahawa ada pelbagai cara untuk kita simpan gambar travel (antaranya ialah dengan photo collage maker). 




Dengan ini, aku nak ambil peluang untuk kongsi 4 idea untuk simpan gambar-gambar travel anda yang awesome tu.


1. Muat naik dalam media sosial

Ini cara paling simple, straight forward dan yang penting PERCUMA

Ramai yang guna cara ni untuk simpan gambar/cerita travel mereka. Aku pun suka guna cara ni sebab senang kalau nak tengok balik bila rindu. Kalau dalam Facebook, kita boleh upload dan organise dalam satu album. In future boleh upload gambar lain lagi.



Untuk Twitter dan Instagram pula, boleh muatnaik gambar-gambar dan simply cari melalui hashtags je. Nampak tak betapa memudahkan betul teknologi sekarang ni.



Yang bestnya ialah bila simpan dalam media sosial ni bukan diri sendiri je dapat kelebihan tu tapi orang yang tengok juga secara tidak langsung dapat inspirasi untuk pergi ke tempat yang kita lawati, setuju tak?


2. Buat buku

Kalau rajin, boleh cuba buat buku. Sebenarnya aku pernah simpan hasrat untuk hasilkan buku travelog tapi buat bacaan sendiri je la (aku sedar diri ni belum lagi mampu nak hasilkan buku travelog macam yang ada di pasaran tu. LOL). Aku minat menulis dan kongsi pengalaman cuma mungkin kekangan masa yang yang masih belum mengizinkan. InsyaAllah one fine day.


Cubalah. Siapa tahu nanti satu hari nanti anda boleh jadi penulis travelog terkenal. Bukan setakat dikenali orang ramai tapi juga dapat pahala atas perkongsian ilmu-ilmu mengembara yang mampu beri impak positif kepada mereka di luar sana yang suka mengembara.

It all depends on your preference. Kalau minat menulis/membaca, boleh sertakan teks panjang. Tapi kalau minat gambar, boleh penuhkan buku dengan gambar-gambar cantik anda ala-ala coffee table book.


3. Tulis blog

Ini antara cara yang terkenal sekarang ini. In fact, aku suka gunakan blog sebagai platform untuk abadikan kenangan-kenangan masa travel sekali gus kongsi info berguna kepada para traveller di luar sana.


Antara entri kegemaran aku ialah Lombok, Turku dan Visakhapatnam. Selain itu, aku juga pernah kongsikan sedikit tips macam mana nak tulis travelog.

Macam mana nak simpan kenangan travel dalam blog? Simple.


While travelling, cuba untuk dapatkan maklumat berguna sebaik mungkin. Tanya orang tempatan tentang tips, recommendation tempat makan best, spot shopping, spot terbaik untuk bergambar dan macam-macam la. Besides that, banyakkan mengambil shot gambar menarik bukan asyik selfie je. Hehe.

Platform blog pun free. So, gunakan la platform tu sebaik mungkin.


4. Cetak dan tampal pada wall atau board

Anda suka design atau hias bilik anda? Cara ni mungkin terbaik untuk bagi bilik nampak lebih menarik.

Sumber: Vulcan Smithy
Cetak gambar-gambar travel anda dalam apa jua bentuk dan saiz (kalau aku lebih suka dalam square size ala-ala polaroid) dan tampal dekat dinding or board. Boleh letak dalam almari, atas meja kerja, pada dinding bilik dan banyak lagi.

Sekarang pun dah ada banyak alternatif mudah untuk cetak gambar-gambar dalam pelbagai saiz. Guna kreativiti untuk jadikan bilik nampak lebih menarik dan sedap mata memandang.


So, mana satu jadi pilihan anda? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah. Inilah masa untuk anda tonjolkan kreativiti anda. Janganlah simpan gambar-gambar cantik tu jadi pekasam. 


Hope artikel ini dapat bagi anda sedikit idea untuk simpan gambar travel anda. Kalau tercari-cari servis print gambar secara atas talian, boleh cuba layari Photojaanic. Mereka sediakan pelbagai servis pencetakan gambar untuk anda.