Pulau Jeju atau lebih dikenali sebagai Jejudo merupakan destinasi ideal buat para pelancong yang minat alam semula jadi.

Selain daripada kaya dengan khazanah alam semula jadi yang memukau, Pulau Jeju juga dikatakan antara tempat-tempat di dunia yang mendapat 3 pengiktirafan antarabangsa dari UNESCO World Heritage. Bukan itu sahaja, ramai para pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati makanan-makanan menarik di sini seperti makanan laut, buah-buahan segar serta coklat.


Dalam entri ini, aku kongsikan beberapa tips atau maklumat berguna buat anda yang tengah planning nak ke Jeju. Maklumat di bawah ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri berkunjung ke Jeju selama 5 hari 4 malam serta serba sedikit research dalam Internet.



 1. Penerbangan ke Jeju (CJU) 

Kita fokus kepada perjalanan dari Malaysia ke Jeju saja ya. Ada pelbagai penerbangan yang beroperasi dari Kuala Lumpur (KUL) ke Jeju (CJU) - dengan transit dan melalui syarikat penerbangan yang berbeza.


Best option! Air Asia X sekarang terbang terus dari Kuala Lumpur (KUL) ke Jeju (CJU). Dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju, maka makin mudah la untuk anda travel ke pulau ini.

Berikut merupakan maklumat penerbangan Air Asia X:
a. Ada 4 (EMPAT) penerbangan setiap minggu.
b. KUL - CJU dan CJU - KUL (Isnin, Selasa, Rabu dan Sabtu)

Untuk tahu lebih lanjut tentang penerbangan Air Asia X, sila klik sini.

Nota: Aiport tak buka 24 jam (tutup pada pukul 11 malam). So, make sure jangan ada plan nak overnight kat airport. Nanti kena halau. Rujuk sini untuk info lanjut.



 2. Pengangkutan di Jeju 

Hasil dari research yang aku buat kat Internet, ramai mereka diluar sana ingat Jeju macam Seoul yang banyak kemudahan pengangkutan awam. Seoul dan Jeju sangat berbeza ya dari segi pengangkutan awam. Di Jeju, pengangkutan awam tu ada cuma agak sedikit limited dibandingkan dengan Seoul.


Di sini ada pengangkutan bas awam dan lalu kat major tourist spots. Tapi, perjalanan anda akan terhad kepada route bas sahaja dan mungkin mengambil masa agak lama di atas jalan raya. Ada yang prefer naik bas sebab sedikit murah, ada WiFi free dan senang tak perlu fikir nak drive. Meanwhile ada juga yang prefer drive sebab mereka ada kebebasan nak berhenti mana-mana sahaja mereka nak dan jimat masa.

It all depends dengan itinerary anda. Kalau rasa banyak tempat nak pergi dan ada masa terhad, aku sarankan sewa kereta. Lagi mudah nak bergerak ke satu tempat ke satu tempat.

Just in case korang nak study route bas di Jeju, boleh dapatkan info disini.



 3. Cuaca dan waktu sesuai untuk melawat 

Di Jeju, terdapat beberapa musim yang dikira popular dalam kalangan para pengunjung dan setiap musim tentu la ada waktu-waktu terbaik untuk dilawati. Berikut adalah waktu-waktu ideal untuk berkunjung ke Jeju:

a. Musim bunga sakura untuk rasa suasana romantik (hujung Mac hingga pertengahan bulan April)
b. Musim panas dan cuaca agak lembab untuk view cerah (bulan Jun hingga Ogos)
c. Musim luruh untuk pemandangan yang cantik (bulan Oktober sehingga pertengahan November)



 4. Internet 

Untuk Internet, aku sarankan anda untuk sewa poket WiFi sahaja. Mudah dan boleh kongsi ramai-ramai. Terdapat beberapa kioks WiFi rental di balai ketibaan di Jeju International Airport. Harga pula 3,000 Won (RM12) / sehari dengan data tanpa had dan boleh sambung up to 3 device.

Just in case anda nak pakai kad sim, boleh rujuk laman web ini untuk tahu tentang pengunaan kad sim di Korea Selatan.


Kalau nak sewa poket WiFi dari Malaysia, boleh cuba Roaming Man MY. Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa poket WiFi untuk ke Korea Selatan. Harga MYR 15/sehari untuk 500mb sambungan 4G setiap hari. Once dah exceed 500mb, akan secara automatik ke 3G unlimited data.

Enjoy RM10 diskaun jika anda gunakan kod "POJIE10" semasa booking. Jimat di situ!



 5. Belajar bahasa Korea 

Ini antara satu perkara yang aku menyesal tak buat sebelum ke Korea. Hmm, been busy with back to back trips so tak sempat nak belajar bahasa Korea (alasan, alasan dan alasan. Ish).


Tapi kalau anda ada masa, cuba belajar bahasa diorang. Basic phrases je like terima kasih, apa khabar, excuse me, sedap dan macam-macam lagi.

Okay la, let's give it a try. Aku ada search sikit kat Internet about their basic travel phrases. Here we go:


a. Hello atau goodbye
An-nyeong-ha-se-yo

b. Nice to meet you
Ban-gap-sum-ni-da

c. Thank you
Kam-sa-ham-ni-da

d. Excuse me
Jam-shi-man-yo

e. I'm sorry
Chway-seong-ham-ni-da

f. Please
Ju-se-yo


Klik sini untuk belajar lebih banyak phrases.



 6. Berapa lama nak pergi? 

Aku sarankan pergi at least tiga hari.

Ada banyak aktiviti dan tempat-tempat menarik di Jeju. Kalau anda bercadang ke sini cuma dalam sehari, anda akan rugi. Alang-alang dah invest your flight atau transportation ke Pulau Jeju, apa kata gunakan peluang ke sini sebaik mungkin. We never know bila lagi nak ke Jeju kan.


Anyway, ada juga yang tanya Pulau Jeju dengan Pulau Nami sama ke tak, which means boleh explore dalam sehari je. The answer is it is impossible. Untuk Pulau Nami, anda boleh explore dengan berjalan kaki dalam sekitar 3 jam sahaja. Meanwhile Pulau Jeju yang besarnya tida kali ganda daripada Singapura, rasa-rasanya boleh explore dalam sehari tak? Boleh but tak banyak tempat anda boleh pergi.

So, kena bijak rancang perjalanan anda while di Korea Selatan, specifically Jeju.



 7. Memandu di Jeju 

This is the tricky part sebab aku tak ada experience memandu dan sewa kereta. Tapi, insyaAllah la aku dapat kongsikan info berguna hasil aku research kat Internet.

First thing first, pastikan anda ada international driving license ya. Please always remember. Jangan kata aku tak mention pula ya 😉

Second, macam mana nak sewa kereta? 

Sama seperti negara-negara lain, anda boleh book kereta sewa melalui online dan pick-up di lapangan terbang. Kalau di Jeju, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kereta ni antaranya ialah AJ Rent A Car, AvisSixt dan Lotte Rent A Car.

Nampaknya AJ Rent A Car agak murah among all. Harga sewa untuk kereta Kia Ray (5 seats) dalam 3 hari cuma RM453 berbanding dengan yang lain. Lepas tu dengar cerita, anda boleh dapat diskaun lagi kalau register sebagai ahli dengan AJ Rent A Car. Info lanjut di sini.

Untuk sistem navigasi pula, Waze dan Google Map is not really helpful. Cuba Naver App (but in Korean) atau Kakao Map.

Tolong ambil maklumat that di South Korea, pemandu adalah disebelah kiri.

Tip: Agak penting untuk tahu nama sesuatu tempat dalam bahasa Korea (atau nombor telefon tempat yang nak dituju) sebab most tempat hanya ada dekat waze dalam bahasa Korea. If key in nama English, mungkin akan bawa ke tempat lain. Boleh sesat.

Klik sini untuk baca info lanjut tentang sewa kereta di Jeju.



 8. Mata wang 

Mata wang South Korea ialah WON. 1,000 Won = MYR 4.00 (roughly). Duit mereka pula ialah ada empat jenis untuk duit kertas iaitu 1,000, 5,000, 10,000 dan 50,000. Meanwhile, duit syiling mereka terdiri daripada 500, 100, 50 dan 10.

Exchange rate semasa untuk Malaysian Ringgit (MYR) dengan South Korean Won (KRW) ialah MYR 1 bersamaan dengan KRW 272 (as of 17 Mei 2018). Sumber: XE Currency Exchange



 9. Food restriction 

Ada terbaca bahawa South Korea adalah antara negara yang mempunyai grocery agak mahal. If ada plan nak bawa makanan dari Malaysia dan masak di Jeju nanti, make sure jangan bawa buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Or else, nanti leceh proses korang nak keluar dari kastam sebab kena declare and quarantine lagi. Plus, barang-barang tu mungkin akan dirampas.

Info lanjut baca disini.



 10. Restoran halal 

Ada beberapa restoran halal dan Muslim-friendly yang aku sempat cuba antaranya ialah Restoran Daewonga, Uribong Sikdang, Bagdad Cafe and Restaurant Jeju, Restoran Jeju Onuii, Shabu-Shabu Restaurant dan Restoran Chunsimine.


Simply put, restoran halal tak banyak lagi di Jeju. InsyaAllah, mungkin akan ada banyak restoran halal nanti bila ramai Muslim traveller datang ke sini. However, anda ada alternatif lain seperti hidangan makanan laut dan juga restoran yang tak hidang pork.

Apa pun sentiasa peka dengan apa yang anda nak makan. Kalau tak pasti, tanya atau search kat Internet ya?

Nota: Kalau anda book tour dengan travel agent tempatan, pastikan request dan remind diorang untuk bawa ke restoran Halal atau yang menyediakan hidangan seafood.



 11. Tempat solat 

Kemudahan untuk para pengunjung Muslim seperti tempat solat masih lagi limited di Jeju. However, ada banyak tempat anda boleh singgah untuk solat seperti di restoran halal yang menyediakan ruang solat. Jika anda memandu, ada beberapa spot ideal untuk solat di kebanyakan kawasan tarikan utama di Jeju.


Make sure sentiasa bawa botol air untuk ambil wuduk dan sejadah ke mana saja anda pergi, ya? 



 12. Info tentang Jeju 

Anda juga boleh dapatkan booklet atau pamplet tentang Jeju melalui pejabat Korea Tourism Organisation Malaysia di Plaza Korea Menara Hap Seng.

GOOD NEWS! Bagi sesiapa yang dah ada tiket untuk ke Jeju, anda bertuah sebab Jeju Tourism Organization (JTO) ada tawarkan banyak diskaun kepada backpacker macam kita ni. Contoh, ada tawaran sehingga 68% jika anda sewa kereta di Lotte Rental Car dan juga 40% diskaun tiket persembahan menarik “The Painters Hero” dan pelbagai lagi.

Caranya senang sahaja. Hanya daftar sebagai ahli di laman web KTO KL, dan klik di sini untuk dapatkan kupon ini.

Alamat:
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia

Website:
www.visitkorea.com.my



 13. Visa 

Rakyat Malaysia tak perlu buat visa untuk ke Korea Selatan, termasuklah Jeju. Yes, alhamdulillah!



 14. International adapter 


Lastly, Korea Selatan menggunakan power soket jenis C dan F. Standard voltage ialah 220 V dan frequency ialah 60 Hz

Jangan lupa bawa international adapter ya? 


Itu saja maklumat yang dapat aku kongsikan untuk tips-tips mengembara di Jeju, Korea Selatan. Kalau anda ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu tanya dalam ruangan komen di bawah atau simply shoot me e-mail.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya dimana aku akan kongsikan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan selama 5 hari 4 malam di Pulau Jeju.



 VIDEO  


An-nyeong-ha-se-yo!