Orang kata kata jodoh kuat, pergi la jauh mana pun pasti suatu hari nanti akan jumpa balik (ewah, ala-ala drama Melayu pula). Itu ibarat 'jodoh' aku dengan Lombok, iaitu salah satu pulau cantik terletak di kawasan West Nusa Tenggara, Indonesia.

Dua tahun lepas merupakan moment pertama kali aku menjejakkan kaki ke Lombok. Alhamdulillah, sekali lagi dikurniakan rezeki untuk meneroka tempat-tempat menarik di sini bersama-sama dengan pengamal media, blogger dan travel agent (Kuala Lumpur dan Penang) atas undangan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan Kementerian Pariwisata Indonesia (Wonderful Indonesia).


For Malaysian travellers, aku pasti ramai antara kita khususnya anak-anak muda dah mula sedar dengan kewujudan Lombok sebagai salah satu destinasi ideal untuk dilawati bukan sahaja kerana jaraknya dengan Malaysia tetapi juga dari sudut belanja dan makanan halal. Just like most places Indonesia, Lombok is relatively affordable when it comes to harga makanan, aktiviti serta penginapan.

Dalam entri ini, aku akan kongsikan sedikit pengalaman aku meneroka pulau ini dan beberapa tips serta info berguna buat anda yang bercadang nak ke Lombok soon.

Bercakap mengenai tarikan di Lombok, sebenarnya ada pelbagai jenis tarikan yang ada di sini. Cakap saja apa yang korang nak. Shopping? Pantai? Budaya? Alam semulajadi? Semua ada. So, berikut merupakan tempat-tempat yang sempat aku singgah:


Gili Trawangan

Tempat pertama yang kitaorang visit ialah Gili Trawangan. Since ini bukan pertama kali datang ke Gili Trawangan, aku tak nak explain basic introduction tentang this island. Feel free to read my previous experience in Lombok.


Untuk ke Gili Trawangan, kitaorang naik speedboat dari Telok Kombal ke jeti Vila Ombak Hotel. Perjalanan ke sana agak chopy sebab ombak boleh tahan kuat masa tu. Nasib la tak makan banyak before naik boat or else mesti rasa pening and nak uwek. LOL. Perjalanan mengambil sekitar 10 ke 15 minit ke Gili Trawangan.


Apa yang menarik di Gili Trawangan? Korang boleh sewa basikal untuk roam around the island, enjoy the night life, seafood seafood and seafood dan banyak shops untuk beli souvenir ataupun local snacks.



One must do thing di Gili Trawangan ialah naik swing ni. Best time untuk pergi ialah masa sunrise atau sunset (Kalau tak nak crowded, pilih sunrise la. Kalau sanggup mengadap barisan panjang, sunset is the best for you).

Biasanya korang kena bayar minuman atau makanan kat bar dulu sebelum ambil gambar kat swing tapi ada je yang tak perlu bayar pun. So, rajin-rajinkan la diri explore tempat-tempat kat sini.

GPS: -8.347766, 116.035563


Gili Meno

Sebelum ni aku pernah buat aktiviti snorkeling di Gili Meno. As usual, view dalam air clear dan kitaorang berpeluang untuk tengok penyu di sini but this time around dapat experience something new.


Tahu tak sebenarnya kalau snorkeling di Gili Meno korang boleh tengok this one particular hidden gem dalam air? Aku pun tak sangka sebenarnya benda ni ada di dasar Gili Meno. Nampak sangat tak baca banyak tentang Gili Meno kan? Ish ish.

So, while swimming, the tour guide cakap "Ayuh kita berenang ke area patung-patung".

I was like "Ah?! Patung-patung? Got ah? Kenapa tak pernah dengar pun sebelum ni?"


It was actually 48 human-shaped statues. Selama aku travel, ni merupakan kali pertama aku dapat pengalaman seperti ni. Tapi masa tu tak dapat dive dalam sebab pakai jaket keselamatan dan ombak agak kuat. Kalau korang ada peluang untuk dive, go deeper and closer to the statues ya.


Menariknya, patung-patung hasil karya Jason DeCaires Taylor (underwater sculptor) ini dipercayai bertujuan untuk membantu usaha dalam memulihara habitat hidupan-hidupan laut di sini. Great effort. Teruskan!

GPS: -8.349494, 116.054636


Pantai Kuta Mandalika

Bila join trip ni baru aku sedar sebenarnya Pantai Kuta bukan sahaja ada di Bali tapi di Lombok juga tapi yang di Lombok mereka namakan Pantai Kuta Mandalika untuk mengelakkan orang daripada keliru. Apa bezanya antara dua pantai ni? Banyak. Of course the one kat Bali tu lagi meriah meanwhile yang kat Lombok ni baru nak membangun dan gain attention from other visitors.


According to the local authority, diorang expect fasiliti-fasiliti di kawasan Kuta Mandalika akan siap sekitar bulan Jun tahun ni. Better facilities dapat attract more visitors coming to this area. Kat sini ada  street vendors jual makanan tempatan, kain tenun serta barangan cenderahati lain.


Tip: Nanti akan ramai orang local approach korang untuk beli barangan diorang. So, kena pandai tawar-menawar untuk dapatkan the best price. Kalau tak minat or tak nak beli, just simply say "Nga apa bu/mas. Terima kasih". They will understand.

Tanjung Aan

Tanjung Aan merupakan salah satu khazanah pelancongan yang ada di kawasan Mandalika, Lombok Tengah. Tak sangka pula ada tempat secantik ni kat Lombok yang terletak sekitar satu jam drive dari Lombok International Airport.


Ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti surfing, snorkeling, swimming dan relaxing by the beach. Environment pun tenang je mungkin time aku visit sini agak low season that's why tak ramai orang. Bab makanan pula, no need to worry. Ada beberapa restoran dan street vendor dah start berjual kat area ni but still kena peka dengan status kebersihan, harga dan halal ya (generally restoran-restoran di Lombok adalah halal but just in case la ya).


Kalau korang nak menikmati pemandangan lagi cantik, boleh naik kat salah satu bukit berdekatan. It is just a short hike pun dan bila sampai kat atas confirm korang akan terpukau dengan pemandangan dia. What I love about Pantai Tanjung Aan is that air dia yang jernih dan biru serta pasirnya halus berwarna putih

My advice is cepat la datang ke sini while Tanjung Aan ni belum lagi dipenuhi dengan para pengunjung (in short, too commercialised/crowded) since kawasan Mandalika telah dirasmikan sebagai Kawasan Ekonomi Khusus oleh Presiden Joko Widodo. 

Bukit Merese

Tak puas lagi menikmati keindahan alam semula jadi di sini? Hah, drive a few minutes dari Pantai Tanjung Aan menuju ke Bukit Merese untuk saji mata anda dengan pemandangan alam yang indah belaka.


Malang sekali our visit was too short to admire the beauty kat sini. Kitaorang hike just for few minutes je (sekitar 10 - 15 minit kot) untuk sampai ke observation point. Bila dah sampai kat atas, confirm korang akan terpukau dengan keindahan view sekeliling.


Bukit Merese juga dikenali sebagai Bukit Cinta. Kenapa agaknya ya? Mungkin sebab keindahannya yang boleh buat sesiapa sahaja melihatnya jatuh cinta. As usual, air di sini kebiruan dan jernih sampai mata tak kelip kalau tengok.

Waktu terbaik untuk visit Bukit Merese: Masa sunrise atau sunset.
Reminder: Untuk hike, make sure pakai baju dan kasut selesa. Jangan lupa bawa air juga to stay hydrated ya.

GPS: -8.914322, 116.320045


Pradje Lombok

Kalau anda tercari-cari shopping spot di Lombok, boleh pergi ke Pradje Lombok. Ianya pusat oleh-oleh khas di Lombok yang menjual macam-macam benda yang korang nak cari seperti makanan atau snek tempatan, baju-baju (t-shirt, batik, kameja untuk lelaki dan perempuan), mutiara, barangan souvenir dan macam-macam lagi.


Apa yang aku suka tentang kedai ni ialah ia tak crowded, kedai still baharu dan macam-macam barang berkualiti. Lepas ni tak perlu pening-pening dah. Just pergi satu tempat untuk cari macam-macam barang. Harga pun berpatutan sesuai dengan kualiti barang-barang yang dijual.

Facebook: CLICK HERE
GPS: -8.914322, 116.320045


Sasak Ende Village

Few years back I was in Lombok dan berpeluang untuk ke Sasak Sade Village iaitu salah satu tarikan di sini yang memberikan para pengunjung peluang mempelajari serta mengenali budaya kaum Sasak iaitu komuniti terbesar di Lombok. I am not going to write a lot about it here. Boleh baca dalam my previous article here.


During this trip, aku discovered that sebenarnya perkampungan lain selain Sasak Sade Village iaitu Sasak Ende Village. Konsep kedua-dua desa ni sama ja, which is untuk mempamerkan budaya dan kehidupan kaum Sasak. Tapi, kalau korang jenis tak suka sesak then aku suggest pergi ke Sasak Ende Village. Lebih tenang, tak crowded and not too touristy lagi.


Anda akan berpeluang untuk menyaksikan beberapa persembahan dari orang tempatan di sini selain itu beramah mesra dengan mereka dan belajar lebih lagi tentang budaya mereka.


Aku notice satu benda kat sini - budak-budak atau orang kat sini lebih friendly and always ready to be photographed (siap ada yang pandai pose lagi ya). Apa pun, always ask their permission kalau nak ambil gambar diorang ya. Kena respect their privacy.


One thing korang kena check out is pergi kat salah satu rumah di sini and tanya diorang pasal proses untuk bersihkan atau kuatkan struktur bangunan rumah mereka. As mentioned dalam post sebelum ni, diorang guna najis lembu untuk bagi struktur rumah lebih kuat dan juga dikatakan boleh halau nyamuk. Sounds gross? It does but surprisingly tak ada bau and bersih je. Untuk buktikan, kitaorang cuba la pegang dan bau.

GPS: -8.821037, 116.293843


Ayam Taliwang Irama

Before pergi ke Lombok untuk kali kedua, aku sempat juga baca beberapa artikel tentang Lombok.  One of the articles mentioned that ramai orang kata kalau datang ke Lombok, wajib cuba ayam taliwang. What is it actually? Ayam taliwang ni actually sama macam ayam penyet yang kita normally makan cuma mungkin bezanya ialah tahap kepedasan sambal diorang.


Kulinari di Lombok ni sangat sinonim dengan rasa pedas menyengat. Tak hairan la kenapa ayam taliwang ini antara makanan wajib cuba di sini. Restoran Ayam Taliwang Irama merupakan salah satu restoran yang menghidangkan menu ayam taliwang. Pedas tu memang pedas (knowing that I'm a Sabahan and we generally don't eat spicy food) but if makan dengan side dishes like tauhu dan pelecing kangkung, kuranglah sikit rasa pedas tu.

GPS: -8.577915, 116.125519


Hotel 

Untuk penginapan pula, kitaorang berpeluang untuk menginap di dua hotel iaitu Hotel Vila Ombak dan Novotel Lombok Resort. Memandangkan ianya trip jemputan khas, there is nothing much I can share for accommodation option. In fact, aku tak experience sangat pun fasiliti hotel-hotel yang kitaorang stay. Check in untuk refresh dan tidur saja. Both hotels were exceptionally selesa dan great breakfast experience.


Just in case korang nak browse through the hotels punya website, aku letak active link di bawah ya.

Hotel Vila Ombak (-8.358176, 116.04098)
Novotel Lombok Resort (-8.903033, 116.297528)


Itu saja perkongsian aku tentang pengalaman ke Lombok. Kalau korang ada soalan atau apa-apa nak tahu, boleh drop comment di bawah atau hantar je pertanyaan korang to my e-mail address. Sebenarnya banyak lagi nak kongsi but kalau nak tulis semua dalam artikel ni, confirm panjang yang amat and end up korang rasa bosan pula baca. Rasanya artikel yang ni pun banyak membebel. HAHA.


VIDEO


Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Kementerian Pelancongan Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia KL (KBRI) ke Lombok dan Bali. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya.