Aku yakin ramai antara kita mempunyai hasrat untuk melawat Jepun, iaitu negara terbitnya matahari. Jepun cukup terkenal dengan budaya masyarakatnya yang sopan santun, kemajuan teknologi, tempat-tempat menarik dan tentunya makanan sedap (bab makanan ni mungkin tak ramai yang suka sebab tak kena dengan lidah haha).

Atas rezeki yang diberikan, aku berpeluang untuk melawat ke beberapa tempat di Jepun termasuklah Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido through multiple trips. I tell you what, one thing about Jepun ni kita memang tak akan pernah selesai dan bosan meneroka bandar-bandar di negara ini. Ada je benda baharu yang boleh dipelajari.


Bercakap tentang Jepun... Hah, jika anda peminat tegar negara ni atau bercadang untuk mengembara ke sana, apa kata cuba Ikidane Nippon. Ia merupakan aplikasi telefon pintar yang aku percaya boleh bantu memudahkan perancangan atau perjalanan anda di Jepun.

Selepas mencuba aplikasi Ikidane Nippon, berikut merupakan beberapa perkara menarik tentang aplikasi ni:

Panduan melawat tempat-tempat menarik

Ia menyenaraikan beberapa panduan seperti tempat makan, spot hiburan, event, spot beli-belah serta sightseeing. Kita tahu bahawa nak buat research online melalui beberapa sumber maklumat ni interesting but complicated dan boleh memakan masa yang agak lama. Dengan adanya aplikasi seperti ini, semestinya proses perancangan anda lebih mudah.



Biasanya aku suka baca artikel tentang tempat tersebut sebelum ke sana. Ia dapat beri aku idea tentang apa nak expect dan sedikit cerita latar belakang tentang tempat tersebut. Sekurang-kurangnya kita ada idea la tentang apa yang kita nampak. Betul tak?


Cara-cara:
1. Buka aplikasi Ikidane Nippon (iOS / Android)
2. Cari bahagian 'Popular Areas'.
3. Klik tempat yang anda berminat. Ada Tokyo, Kyoto, Osaka, Hokkaido, Chiba dan banyak lagi.
4. Pilih kategori yang anda nak explore seperti Eat, Entertainment, Events, Shopping. Sightseeing dan How-to.


Tawaran Kupon Diskaun

Bagi mereka yang suka beli-belah, anda boleh gunakan beberapa kupon diskaun yang ditawarkan melalui aplikasi ini. Ada macam-macam jenama Jepun yang anda boleh beli dan nikmati diskaun seperti Matsumoto Kiyoshi (diskaun sehingga 13%), Joshin (diskaun sehingga 16%), BIC CAMERA (diskaun sehingga 14% untuk barangan elektrik dan 13% untuk ubatan atau kosmetik) serta banyak lagi.


Cara-cara:
1. Buka aplikasi Ikidane Nippon (iOS / Android)
2. Klik butang 'Coupon'.
3. Pilih jenama dan klik pakej diskaun yang anda nak.
4. Klik butang 'Use Coupon' dan guna barcode yang diberikan.


Perkongsian Artikel Menarik 

Selain beri kupon diskaun dan panduan melawat tempat, anda juga boleh tambah ilmu atau pengetahuan tambahan tentang negara ini. Antara artikel yang sempat aku baca ialah 'difference between plum, peach and cherry blossoms" dan "Do you know about White Day?".


Dengan ini, boleh la anda tambah lebih banyak pengetahuan menarik tentang Jepun. 



Ada plan nak ke Jepun? 
Apa lagi, muat turun aplikasi Ikidane Nippon sekarang untuk menikmati pelbagai feature menarik! 


Link untuk download aplikasi Ikidane Nippon
iOS (KLIK SINI) | Android (KLIK SINI


Artikel ini dihasilkan melalui kolaborasi bersama Ikidane Nippon.
Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya.