Sebut sahaja Flores, pasti ramai membayangkan pulau-pulau cantik, aktiviti-aktiviti air seperti menyelam dan kayak, mahupun melihat komodo iaitu spesis biawak terbesar di dunia. Flores memang antara wishlist kami kerana pulau ni sebenarnya mempunyai lebih daripada apa yang dinyatakan sebentar tadi.



Tahukah anda pulau yang terletak di East Nusa Tenggara ini menyimpan salah satu khazanah terindah di Indonesia iaitu sebuah perkampungan yang berlindung di sebalik kawasan pergunungan? Pada September 2017, Neysa dan Kamil berpeluang ke Flores untuk melihat sendiri keindahan perkampungan unik yang bernama Wae Rebo.


Teruskan membaca artikel ini untuk tahu beberapa maklumat menarik tentang Wae Rebo. Siap sedia kerana sebentar lagi anda akan disajikan dengan gambar-gambar keindahan perkampungan unik ini yang pastinya ia akan MENJADI DESTINASI WAJIB BUAT ANDA!


Wae Rebo

Terletak sekitar 1,100 meter atas paras laut dan pernah mendapat anugerah UNESCO pada tahun 2012, Wae Rebo merupakan perkampungan kecil terletak di daerah Manggarai yang dikelilingi kawasan gunung-ganang dan hutan Todo. Penduduk di sini semuanya adalah kaum Menggarai iaitu kumpulan etnik yang lazimnya tinggal di kawasan barat Flores.



Kampung ini terkenal dengan struktur bangunan rumah tradisional mereka yang dipanggil Mbaru Niang. Menariknya ialah para penduduk di sini masih tinggal di rumah tradisional ini kerana ingin menyahut usaha dalam mengekalkan tradisi, budaya dan ideniti mereka.


Terdapat 4 buah rumah di kampung Wae Rebo. Salah sebuah rumah yang paling besar dan berada di tengah kawasan merupakan rumah ketua kampung Wae Rebo. Manakala rumah di bahagian hujung sekali biasanya dijadikan sebagai rumah tidur bagi tetamu luar. Penduduk

Info menarik: Penduduk Wae Rebo percaya bahawa rumah dibina berbentuk seperti kon kerana ketika di dalam rumah, setiap penghuni ibarat adik beradik dan seperti berada di dalam kandungan ibu.



Makanan utama mereka ialah ubi dan jagung. Selain itu, sumber pendapatan mereka adalah datang dari aktiviti penanaman kopi, vanilla dan kayu manis.


Disebabkan keunikan yang ada pada kampung ini, ia kini menjadi salah satu destinasi pelancongan terkenal di Indonesia buat para pencinta alam semula jadi yang datang dari dalam dan luar negara. Ini juga secara tidak langsung membantu pembangunan ekonomi buat kampung ini.


Cara nak ke Wae Rebo 

Jika anda mengambil penerbangan selama sekitar 3 jam dari Kuala Lumpur, boleh turun di Denpasar Bali (DPS) dan naik penerbangan domestik dari Densapasar (DPS) ke Labuan Bajo (LBJ) yang biasanya mengambil masa sekitar 1 jam sahaja. Ada beberapa syarikat penerbangan domestik yang terbang ke sini termasuklah NAM Air, Wings Air dan Garuda Indonesia.


Perkampungan ini tidak dapat dinafikan unik dan cantik. Untuk melihat keindahannya, kita perlu invest tenaga dan masa kerana selalunya sesuatu yang indah ni perlu sedikit pengorbanan, kan?  Memandangkan perkampungan ini terletak di kawasan terpencil, the only way untuk naik ke kawasan ini ialah dengan hiking (yang boleh tahan mencabar juga to most people yang tak biasa aktiviti outdoor/lasak).


Bunyi macam perjalanan jauh kan? Memang agak jauh dan mencabar (tapi worth it). Ada terbaca pengalaman orang lain dimana diorang ambil sekitar 10 jam juga la nak ke Wae Rebo ni dari Labuan Bajo. Apa-apa pun, plan seawal yang boleh untuk jimat masa dan tenaga.


Perkampungan Transit

Sebelum memulakan misi naik ke Wae Rebo, anda boleh menetap di Wae Rebo Lodge di Denge, iaitu perkampungan yang terletak di bawah kawasan bukit untuk ke Wae Rebo. Pemandangan di kampung Denge ni cantik sebab ia dikelilingi dengan sawah padi menghijau dan dari kampung itu anda juga boleh nampak laut dan pulau Mules. Penginapan ini boleh dijadikan sebagai tempat beristirehat sebelum mendaki ke Wae Rebo dan tempat untuk bersihkan diri dan sebagainya selepas turun dari Wae Rebo sebelum ke destinasi seterusnya. 


Tips ke Wae Rebo

Seperti yang dikatakan sebentar tadi, sebenarnya perjalanan dari Labuan Bajo ke Wae Rebo boleh dikatakan agak mencabar. Berjam-jam dalam bas ataupun van melalui jalan bengkang bengkok. Begitu juga dengan aktiviti mendaki ke Wae Rebo. Jangan risau di sini kami kongsikan beberapa tips berguna untuk anda buat persediaan.

1. Since perjalanan dari Labuan Bajo ke Denge agak bumpy dan boleh menyebabkan anda mabuk atau pening, sila ambil ubat tolak angin atau motion sickness sebelum memulakan perjalanan.

2. Untuk jimat masa dan tenaga, boleh mulakan perjalanan anda dari Labuan Bajo ke Denge pada waktu malam agar boleh tidur sepanjang perjalanan dan tendency untuk pening tu kurang sikit.

3. Sila bawa backpack berkualiti agar pendakian anda lebih smooth dan selesa. Tidak lupa juga kasut yang tahan lasak dan sesuai untuk hiking. Tolong avoid pakai kasut fancy ya.

4. Jangan lupa bawa pakaian sejuk (yang sederhana sahaja, no need bulu-bulu one). Suhu di Wae Rebo especially pada waktu malam boleh tahan sejuk atas faktor geografi - terletak di kawasan tinggi.

5. Duit itu penting untuk belanja dan sebagainya. Sila ambil perhatian bahawa mesin ATM agak limited di sini. Keluarkan la duit secukupnya (lebih tak apa) while di Labuan Bajo.

6. Kalau nak bagi sesuatu untuk penduduk Wae Rebo, digalakkan untuk tidak bagi sweets atau unhealthy junks kat budak-budak. I know they love it but this will affect their health condition. Lebih baik korang bagi something berguna seperti buku, pakaian atau other basic necessities.

7. Anda digalakkan membawa makanan sendiri seperti mi segera, roti dan makanan ringan lain especially buat mereka yang beragama Islam. Take note bahawa para penduduk di Wae Rebo ni adalah beragama Kristian.


Pendakian Ke Wae Rebo

Berdasarkan pengalaman kami, pendakian ke Wae Rebo memakan masa lebih kurang 3 hingga 5 jam bergantung kepada stamina dan kepantasan masing-masing. Ada baiknya kalau anda buat latihan mendaki atau exercise sebelum ke sini untuk tingkatkan stamina.

Macam mana kalau sesat atau tak tahu jalan betul? Jangan risau kerana perjalanan ke Wae Rebo mempunyai trek yang memudahkan perjalanan anda. Apa yang anda perlu buat ialah to pay attention dekat trek tu dan jangan memandai-mandai buat trek sendiri.



Sepanjang perjalanan, anda dapat menikmati keindahan hutan di kiri kanan trek serta sungai (rasa tergoda sangat nak jump into the water). Apabila hampir sampai ke pintu masuk Wae Rebo, anda akan melalui jambatan kayu dan dapat tengok tanaman pokok kopi di kiri dan kanan trek.


Sebelum memasuki Wae Rebo, anda perlu berhenti di sebuah pondok di pintu masuk Wae Rebo. Di situ terdapat maklumat tentang peraturan dan adab semasa berada di Wae Rebo (please read them. Jangan malas).


Bagi mereka yang memakai seluar pendek, dinasihatkan agar membawa sarung untuk dipakai semasa masuk ke perkampungan Wae Rebo. Sebelum memasuki kampung Wae Rebo, gegendang dari pondok istirehat perlulah dipukul untuk memberitahu para penduduk bahawa anda (orang luar) sedang memasuki kawasan itu.

Semuanya okay. Yang penting anda jaga tingkah laku semasa berada di kampung ini. They won't harm you guys if you don't do anything wrong.


Pengalaman di Kampung Wae Rebo

Anda di sini bukan sahaja dapat melihat rumah tradisional dan keindahan alam semula jadi yang cantik tetapi juga dapat merasai kehidupan seharian para etnik Manggaraian.



Bangun awal pagi untuk melihat mereka menanam dan memproses kopi, belajar menenun kain songet dan banyak lagi.  Ini la peluang anda untuk mendekati kaum Manggarai dan mempelajari kehidupan seharian serta budaya mereka.


Suasana di Wae Rebo ni sungguh nyaman dan sejuk. Adalah digalakkan untuk anda bawa jaket to stay warm. Pada waktu malam, kami berpeluang untuk tengok bintang dengan jelas sekali. Pada waktu pagi pula, jangan lupa bangun awal untuk melihat matahari naik di sebalik pergunungan. How we wish dapat pergi sana lagi to appreciate those magical moments.

Nota: Di Wae Rebo ni juga ada disediakan tandas dan tempat mandi untuk tetamu, airnya sangat sejuk dan tandas tersebut bersih. Jadi korang tak perlulah risau kena mandi dan pergi tandas di sungai pula ya.


Antara pengalaman yang sukar dilupakan ialah peluang untuk beramah mesra dengan kanak-kanak di sini. Melihat senyuman diwajah mereka buat kami rasa kedatangan kami dihargai. Antara aktiviti-aktiviti menarik boleh dilakukan bersama-sama mereka ialah mandi sungai, melihat matahari terbenam dan banyak lagi.

Berikut merupakan senarai tour operator yang boleh anda hubungi untuk aktiviti trekking dan overnight stay:

1. Leonardus Nyoman (www.floresexotictours.com).
2. Yeremias Uril (p3mtstaf@gmail.com).
3. Martinus Anggo (martin_anggo@yahoo.com).


VIDEO


Artikel ini dihasilkan melalui jemputan media dari Ministry of Tourism Indonesia ke Labuan Bajo pada 19 hingga 22 September 2017. Segala pandangan adalah milik penulis sepenuhnya.

Teks: Neysa Assila | Foto: Kamil Azim