Sekarang ni rata-rata kita memilih untuk menginap di guesthouse (antaranya melalui AirBnB) selain dari hotel kerana ia memberi anda lebih kebebasan dan peluang untuk anda merasai suasana rumah orang local serta tambah kenalan.


Dalam entri ini, aku nak share dengan korang sebuah guesthouse di Kuala Lumpur which is SilaTiga yang terletak di Seri Riana Residence di Jalan Wangsa Delima 7, Wangsa Maju
Kondominium ini dimiliki oleh Puan Liza dan keluarganya. Bagi aku, SilaTiga ni dah hampir setaraf dengan hotel-hotel lain. Malah, ada fasiliti-fasiliti di guesthouse ni yang lebih convenient dari hotel. 


Berikut merupakan 10 sebab kenapa anda perlu menginap di SilaTiga Guesthouse apabila berada di sekitar bandar Kuala Lumpur: 

1. Privacy dan Selamat

SilaTiga ni terletak di Seri Riana Residence dimana ianya merupakan kawasan kondominium mewah. Apabila anda menginap di SilaTiga, host akan daftarkan korang di aplikasi kondominium tersebut dimana korang boleh masuk dan keluar dengan mudah. 

Korang akan diberikan kad untuk access keluar masuk kawasan kondo dan juga access lif ke rumah. Menariknya, Perkhidmatan ini seperti hotel 5 bintang sebab kad tersebut hanya dibenarkan access ke kawasan penduduk, tempat parking dan tingkat rumah je. Ini bermaksud penginap di tingkat lain tak boleh lah nak sewenang-wenangnya pergi tingkat rumah tu. 


2. Tempat Parking Persendirian

Bila cakap pasal kondo, mesti kita terfikir nanti susahlah nak cari parking dan sebagainya. Tapi di SilaTiga mudah je sebab ada dua parking persendirian untuk setiap guest. Malah, senang je nak cari parking ni sebab ianya bernombor dan terletak berdekatan dengan kawasan lif.


3. Pemandangan Menarik

Aku paling suka dengan pemandangan balkoni SilaTiga. Mana tidaknya, dari rumah korang dapat melihat kolam ikan yang jernih dan taman yang aman dan menghijau. Tambahan lagi, kalau melepak di ruang tamu, korang dapat rasakan angin segar dari luar yang meghembus.


Dari bilik tidur utama juga mempunyai pintu sliding ke balkoni, Jadi, pada waktu pagi tu memang syok lah aku breakfast on bed sambal melihat pemandangan luar tu.


4. Ruang tamu yang luas

Ruang tamu SilaTiga memang selesa. Susunan perabot yang kemas dan tidak terlampau banyak.


Korang juga tak perlu risaukan suasana bising sebab sepanjang menginap kat sini, suasana memang aman dan tidak bising pun. Selesa dan sesuai untuk berehat selepas sepanjang hari berjalan di sekitar bandar. 


5. Dapur

SilaTiga juga mempunyai dapur sendiri yang membolehkan korang masak. Peralatan masak seperti kuali, periuk, sudip dan lain-lain juga disediakan untuk korang memasak. Terdapat juga peti sejuk untuk korang menyimpan makanan.


Malah, bagi mereka yang beragama Islam korang jangan risau untuk menggunakan peralatan dapur kerana host amat menitik beratkan kebersihan dan halal jadi peralatan dapur buat muslim ni special dan hanya boleh digunakan oleh pengguna muslim sahaja. 


6. Bilik Tidur

Terdapat 3 bilik tidur di guesthouse ini. Ketiga-tiga bilik tidur ini mepunyai katil yang memuatkan dua orang dewasa. Setiap bilik juga dilengkapi oleh almari, dan bilik air sendiri. Di bilik tidur utama pula, anda boleh access ke ruangan balkoni.

Bilik utama + balkoni

Bilik kedua 

Bilik ketiga

Aku boleh katakan host amat mementingkan keselesaan penginap kerana bantal, selimut dan katil yang disediakan amat lembut, selesa dan berkualiti. Malah, bilik-bilik juga dilengkapi dengan pewangi dan membuatkan bilik sentiasa berbau segar.


7. Wifi yang laju

Sambungan Internet sememangnya antara fasiliti yang amat penting buat semua orang dari pelbagai latar belakang umur. SilaTiga menyediakan fasiliti WiFi berkelajuan tinggi untuk para tetamu. So, sesuailah kalau korang nak kena buat kerja ke mahupun nak gunakan Internet untuk diri sendiri.


8. Bilik Dobi

Dekat SilaTiga ni juga ada bilik dobi. Terdapat washing machine dan dryer yang disediakan di bilik dobi tu. Jadi tak perlulah korang pergi kedai dobi.


Cuma basuh je baju menggunakan washing machine lepastu keringkan je terus gunakan dryer. Mudah!


9. Fasiliti

Kalau korang duduk sini, walaupun rumah dia best dan tenang je tapi takkanlah korang nak lepak terperap di rumah je kan. Jadi jangan risau sebab korang boleh access ke fasiliti yang disediakan di Seri Riana Residence.


Fasiliti yang disediakan termasuklah taman untuk berjoging, taman yang mempunyai kolam ikan, taman permainan, swimming pool, gym, dewan dan sebagainya.


10. Lokasi Strategik

Lokasi SilaTiga amatlah strategik. Ianya berdekatan dengan LRT Seri Rampai. Korang boleh berjalan kaki untuk ke LRT. Selain itu, ia juga terletak dekat dengan Wangsa Walk Mall. Terdapat pelbagai restoran-restoran di sekitar sini yang boleh korang kunjungi. 

Last but not least, area sekitar SilaTiga tak sesak dan cuma 15-20 minit je ke kawasan tengah bandar


Kadar harga menginap di SilaTiga bermula dari RM400/semalam bergantung kepada hari anda menempahnya. Korang boleh book SilaTiga Guesthouse di AirBnB, Booking.com dan apps booking yang lain. Klik SINI untuk daftar dengan AirBnB untuk menikmati diskaun istimewa sebanyak RM105 untuk trip pertama anda yang berharga RM240 keatas.


Teks: Neysa Assila | Foto: Kamil Azim