Ramai orang cakap bahawa sarapan pagi ni adalah fasa yang paling penting dalam pola pemakanan kita. Sukar untuk dinafikan bahawa apa sahaja aktiviti yang ingin kita lakukan pada hari tersebut selalunya bergantung dengan apa yang kita makan ketika sarapan pagi.


Sama seperti aku, anda mungkin akan terkejut apabila dapat tahu beberapa makanan yang selalu anda makan untuk sarapan pagi sebenarnya tidak sihat atau sesuai untuk dimakan semasa perut kosong. Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut. Please take note guys!



Makanan-makanan sesuai dimakan ketika perut kosong


1. Madu


Madu membantu anda untuk tingkatkan tenaga dan mood melalui penghasilan serotonin. Selain itu, ia juga membolehkan anda kekal fokus dan produktif sepanjang hari.

Tip: Jangan guna sudu besi untuk ambil madu kerana ia menyebabkan khasiatnya hilang. Baca SINI untuk info lebih lanjut.


2. Oatmeal


Ini kegemaran aku setiap hari. Kandungan hydrofluoric acid pada oatmeal boleh mengelakkan kerosakan atau tidak selesa pada perut. Selain itu, ia juga mengandungi soluble fiber yang mampu mengurangkan tahap kolestrol dan menaikkan lagi kadar metabolisma anda.

Kalau malas nak masak, oatmeal adalah pilihan terbaik. Boleh tambah buah-buahan seperti strawberry,  blueberry dan cranberry.

Info lanjut: BACA SINI


3. Kacang


Makan kacang semasa sarapan pagi boleh meningkatkan kadar pH dalam perut. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melancarkan sistem pencernaan anda.

Info lanjut: BACA SINI


4. Telur


Telur semestinya pilihan terbaik untuk sarapan pagi kerana ia tinggi dengan protein dan nutrien yang boleh meningkatkan kadar metabolisma serta memberi anda tenaga. Ia juga mengurangkan kadar pengambilan kalori harian anda.


5. Blueberry


Blueberry memiliki kadar nutrien tinggi yang mampu menstabilkan tekanan darah, tingkatkan metabolisma, memperbaiki memori serta fokus anda.


Elakkan makanan-makanan ini ketika perut kosong


1. Pear


Dulu selalu saja makan pear untuk breakfast tapi tak sangka pula ianya tidak sesuai dimakan ketika perut kosong kerana ia mengandungi kadar crude fiber tinggi yang mampu menyebabkan sakit perut dan kerosakan mucous membrane.


2. Makanan pedas


Hmmm, ramai antara kita suka makan makanan pedas semasa sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng dan banyak lagi. Memang sedap tapi ia memberi kesan negatif kepada sistem percernaan kita dan menyebabkan pedih ulu hati serta kerosakan pada gastric mucosa jika diambil semasa sarapan pagi.


3. Pisang


Pisang? Kenapa?!

Bertenang. Tahu memang ramai suka makan pisang untuk sarapan pagi. Anda boleh makan pisang tapi kena sekali dengan kacang, blueberri atau madu. Elak memakan pisang sahaja kerana ia akan meningkatkan kadar magnesium dalam darah dan ini boleh menyebabkan masalah jantung.


4. Sayuran


Disebabkan mempunyai kadar amino acid yang tinggi, sayur-sayuran hijau tidak sesuai dimakan untuk sarapan pagi kerana ia berpotensi menyebabkan pedih ulu hati dan abdominal pain.


5. Buah-buahan citrus


Buah-buahan citrus seperti oren dan lemon tidak dapat dinafikan sihat kerana mengandungi vitamic C tapi kerana kadar aciditynya yang tinggi dan boleh menyebabkan pedih ulu hati dan gastric, ia tidak sesuai diambil ketika sarapan pagi especially bila perut kosong.