Minat aku terhadap aktiviti diving ni mula terpupuk selepas tengok pelbagai dokumentari National Geographic di mana tatkala melihat keindahan shot-shot yang diambil oleh mereka, aku bermonolog "SubhanAllah, cantiknya! Ternyata ada dunia lain di dasar laut yang menanti untuk kita terokai".


Mula dari situ aku dah simpan hasrat untuk dapatkan lesen diving dan maju meneroka perkara baharu. Persoalannya, boleh ke aku buat? 



Sejujurnya, aku ada masalah selalu cepat panik, tak pandai kawal pernafasan sangat, berenang pun kurang pasti boleh atau sebaliknya dan agak fobia bila dalam air. Tak apa jika korang ada masalah sama dengan aku. Itu biasa.

Sekurangnya, penulisan aku ini boleh buat anda lega kerana ada peluang untuk dapatkan lesen dan dive dengan jayanya. Yakin, pasti boleh.


Terima kasih buat Oceanlab Diver atas pengalaman bermakna ini. Ternyata peluang datang tepat pada waktunya. Saat jari menaip artikel ni, fikiran terbayang-bayang masa aku first time dive dalam laut dan tengok those stunning marine creatures. Ya Allah!


Hah, teruskan membaca kalau nak tahu cerita selanjutnya.

Dalam artikel ni aku akan kongsikan beberapa perkara seperti:

1. Perkara yang anda pelu tahu sebelum nak ambil lesen diving Open Water Diver.
2. Pengalaman mengambil kursus diving dengan Oceanlab Diver.
3. Pengalaman pertama kali diving di laut @ Pulau Tioman.
4. Maklumat tentang Ocean Lab Diver - perkhidmatan mereka, harga dan pakej yang ditawarkan.

So, without further do, let's jump into this! (Cewah, feeling-feeling buat tutorial kat YouTube pula)

Pertama sekali sebelum kita pecahkan artikel ini kepada beberapa topik kecil, aku nak kongsi sedikit info mengenai SCUBA diving.


Perkataan SCUBA merupakan singkatan bagi Self Contained Underwater Breathing Apparatus dimana diver akan menggunakan ia sebagai bantuan pernafasan semasa menyelam. Untuk menyelam dengan SCUBA lebih lama dan agak dalam, seseorang itu perlulah mendapatkan lesen menyelam terlebih dahulu iaitu lesen Open Water Diver (OWD).


Untuk mendapatkan lesen OWD pula tidaklah sesukar mana pun, jika anda beri perhatian sepenuhnya semasa kelas dan latihan dijalankan.

Perkara-perkara penting sebelum nak ambil lesen OWD

1. Umur: Sekurang-kurangnya 10 tahun. Kepada mereka yang berumur dibawah 15 tahun, anda akan dapat Junior Open Water Diver terlebih dahulu dan bila dah lebih 15 tahun nanti lesen anda akan diupgrade ke Open Water Diver.

2. Fizikal dan kesihatan: Pastikan anda mempunyai keadaan fizikal yang baik. Tak perlu fit macam atlet negara pun, cukuplah anda boleh bergerak dengan baik apabila dalam air. Selain itu, anda tidak menghidap penyakit-penyakit serius seperti asma teruk, penyakit paru-paru atau anything yang melibatkan paru-paru dan banyak lagi la. Boleh baca DI SINI atau simply tanya instructor/master tentang ini.

Dinasihatkan anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum meneruskan matlamat untuk dapatkan lesen OWD

3. Waterskills: Untuk jadi open water diver, anda perlu memiliki kemahiran untuk berenang dan terapungkan badan (survival float). Salah satu ujian nanti akan menguji sama ada anda mempunyai kemahiran-kemahiran yang disebut di atas. 

Pengalaman mengambil kursus diving dengan Oceanlab Diver

Untuk mendapatkan lesen, anda perlu menjalani beberapa kelas dan latihan sebelum instructor memutuskan untuk melepaskan anda ke laut (bunyi macam nak lepaskan penyu je haha). Ye la, ini kan melibatkan nyawa so kena la pastikan kita mempunyai pengetahuan (asas-asas) secukupnya.


In my case, aku hadiri dua kelas kolam renang dan 'judgement day' (saja nak bagi bunyi suspen) di laut. Untuk kelas di kolam renang, anda akan belajar perkara basic seperti pengenalan tentang diving equipment dan cara pasang, teknik-teknik asas diving (pernafasan, mask removal replacement and clearing, regulator recovery, finning dan banyak lagi). Untuk ni, aku ada masalah pada bahagian mask clearing. Most of the time aku agak panik tapi alhamdulillah dive master dari Oceanlab Diver sangatlah penyabar dan sanggup tunggu sampai aku betul-betul sedia.


Untuk kelas kedua pula, masih lagi di kolam renang tapi kali ini kami akan cuba buat beberapa teknik asas lain pula seperti cara untuk buat deep water entry, buoyancy check, neutral buoyancy dan macam-macam lagi. Oh, masa ni juga kitaorang akan diuji untuk pasang alatan SCUBA dan juga predive safety check. Always remember BWRAF - BCD, weights, regulator/releases, air dan fin/final.


Dua kelas sudah pun selesai. Terima kasih buat team Oceanlab Diver atas usaha, dedikasi dan kesabaran mereka dalam mengajar kami asas-asas mengenai diving. Aku yang dari tak tahu apa-apa terus boleh eksyen dengan kawan-kawan bila sembang pasal diving. Cewah.


Kalau anda mempunyai persoalan seperti "Eh, aku serious tak tahu apa-apa pasal diving ni. Boleh ke nak join?",  aku pun melalui benda yang sama juga and in fact, ini la tujuan korang ambil kursus ni iaitu untuk tambah pengetahuan mengenai Open Water Diving.

Oceanlab Diver bersedia untuk menerima dan mengajar anda dari zero sampai la anda menggengam sijil sah sebagai Open Water Diver masa 'graduation' nanti.


That's it for the classes. Now, lets pack our stuff as we are going to Pulau Tioman!

BACA JUGA: MARES, Alatan Scuba Diving Sesuai Untuk Anda


Pengalaman dive di Pulau Tioman 

Masa ni aku dah mula mixed feelings - teruja dan pada masa yang sama nervous. Tapi tak apa, perjuangan perlu diteruskan juga.


Kami tiba di Pulau Tioman dan based di Salang (menginap di Salang Pusaka Resort). Tempat ni cantik dan harap sangat fasiliti di sini dapat dijaga dan ditambahbaik.


Back to story, sampai sahaja kami kat Salang. Simpan barang, quick breakfast dan terus mulakan misi. Since ada 8 orang all together, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. So, kumpulan pertama akan buat dive dahulu meanwhile kumpulan kedua akan buat knowledge review.

Knowledge review pula simple. Ia lebih kepada sesi diskusi yang bertujuan untuk pastikan anda faham segala apa yang anda baca dalam buku manual OWD sekaligus beri peluang untuk tanya divemaster jika ada sebarang perkara yang anda tidak faham. 

NOTA TAMBAHAN: Dalam buku manual OWD tu ada 5 bab utama yang perlu anda hadam. So, bila dah dapat tu rajin-rajinkan la diri baca ya walaupun dah bertahun-tahun tak pegang buku. 


Selepas buat knowledge review, tibalah masa untuk masuk ke dalam air. Kami semua terus ke diving centre untuk dapatkan diving equipment. Kami pasang alatan-alatan tersebut sendiri dengan pantauan dari dive master. Jangan risau kalau nampak diorang tenung anda pasang alatan tu. Kalau salah, they won't bite at least diorang boleh bantu. Anda kena pastikan semua dipasang dengan betul kerana kalau tak nanti banyak masalah pula bila dah masuk dalam air. So, tumpukan perhatian sepenuhnya. Jangan main-main.


Semua alatan dah dipasang and we are set to go! Untuk bahagian Open Water ni, kami perlu lepas dive selama 4 kali. Untuk dive pertama dan kedua (kedalaman tidak melebihi 12 meter), kami akan diuji beberapa teknik asas seperti regulator replacement and removal, mask clearing dan banyak lagi.



Selepas selesai ujian tu, kami dibawa untuk buat finning pula. Pusing tengok coral, ikan dan macam-macam la. Dive pertama dan kedua selesai.




Esoknya kami buat dua lagi dive iaitu shore dan boat dive (tidak melebihi 18 meter). Part ni lagi best sebab akan buat dua jenis deep water entry iaitu giant stride dan back roll. Honestly, aku prefer back roll more than giant stride. HAHA.



Untuk tahu jenis-jenis entry, boleh rujuk DI SINI.


Aku enjoy shore dive - vision agak jelas dan nampak a group of small fishes. Cantik untuk ambil gambar. Sempat la juga pusing sekitar bawah jeti tu. Sementara itu, boat dive pula menakjubkan. Kitaorang berpeluang untuk pergi lebih dalam (of course vision agak kurang sikit) but view cantik, banyak boleh tengok dekat dalam. The moment aku dive dalam tu, dalam hati asyik ucap "MasyaAllah. Cantiknya!", "Wow!", "Waaaaaaaaa".

Dah habis semua dive, malam tu tibalah masa untuk jawab paper. Jangan nak senang hati sangat selagi tak selesai jawab exam teori ya. Soalannya berbentuk objectif (MQA) dan ada 50 soalan semuanya. Baca betul-betul kerana soalan agak tricky. Syarat lulus pula anda kena dapat sekurang-kurangnya 38 jawapan betul.

Untuk buat exam teori dan exam praktikal, bergantung kepada instructor dan juga candidate. Tapi kebiasaannya akan buat exam teori dahulu sebelum ke laut.



Pada hari kitaorang nak berangkat pulang, 'gurubesar' kitaorang akan announce siapa yang lepas dan siapa yang tak lepas. Ala-ala graduation la ni. Alhamdulillah semua lepas dengan jayanya. We are officially an Open Water Diver! 

Oceanlab Diver - Perkhidmatan, harga dan pakej ditawarkan

Oceanlab Diver ditubuhkan oleh En. Samir Amin, iaitu pensyarah Social Work di salah satu universiti awam dalam negara dan telah mula menapak dalam industri sejak 2014 setelah beliau menjadi PADI Scuba Diver Instructor. Bukan itu sahaja, atas usaha dan minat yang tidak pernah putus, beliau juga menerima PADI ELITE INSTRUCTOR untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2015, 2016 dan 2017 (sebab ni la kitaorang boleh yakin sepenuhnya dengan beliau dalam memastikan kami untuk dapat lesen OWD dengan jayanya).



Oceanlab diver menyediakan pelbagai servis daripada recreational certification hinggalah ke latihan untuk selaman professional termasuk dive master dan assistant instructor. Setakat in, Oceanlab Diver berjaya melatih lebih dari 400 penyelam scuba dari Open Water Diver (OWD), Advanced Open Water Diver (AOWD), Rescue Diver dan Dive Master.

Antara servis-servis yang ditawarkan:

1. Discover Scuba Diving 

  • Sesuai untuk mereka yang baru nak cuba walaupun belum berhasrat nak dapatkan lesen. 
  • RM 150

2. PADI Open Water Diver 

  • Untuk mereka yang nak ambil lesen OWD. 
  • Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,700)
  • Harga termasuk pengetahuan, latihan kolam renang, 4 water dives, peperiksaan, sijil, penginapan 3D2N, makan dan pengangkutan bot. 

3. PADI Advanced Open Water Diver

  • Untuk mereka yang minat untuk dive lebih dalam.
  • Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,600)
  • Harga termasuk ulasan pengetahuan, underwater navigation, deep dive, night dive, peak performance buoyancy, penginapan 3D2N, makan dan pengangkutan bot. 

4. Rescue Diver 

  • Antara yang paling mencabar. Untuk mereka yang nak belajar cara untuk manage masalah while dalam air. Boleh jadi penyelamat. 
  • Pulau Tioman (RM 1,400) dan Pulau Redang (RM 1,600).

5. Dive Master Trainee

  • Sesuai jika anda nak jadi diving sebagai karier anda. 
  • RM 2,500


Hubungi mereka:

Telefon: +60122521410 / +60122751420 (untuk pertanyaan dan booking)
E-mail: oceanlab.diver@gmail.com
Web: www.oceanlabdiver.com 
(Mana tahu boleh dapat offer best, especially bila pergi in group).

Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi buat team OceanLab Diver yang terlibat secara langsung dan tidak langsung En. Samir, Pn. Latifah, En. Shah Redha, En. Hassanol, Trisya, Daniel, Haikal dan Syaz. Korang memang awesome!


Now, where's our next dive destination? 


Artikel ini ditulis melalui trip yang dibawakan khas oleh sponsor utama Oceanlab DiverMARES dan Salang Pusaka Resort. Seperti biasa, pendapat adalah dari saya sepenuhnya dan tidak mempunyai pengaruh dari sponsorship ini.