Kita selalu mendengar yang “The voice of the sea speaks to the soul” dimana berada di tengah lautan adalah masa yang indah untuk kita terokai. 

Jadi, kali ini saya mencuba pengalaman baru iaitu untuk travel sambil bercuti di atas SuperStar Libra cruise bersama Star Cruise Asia (SCA)!


Jika dulu SCA cuma berlayar dari Pulau Pinang, kali ini mereka telah menaik taraf perkhidmatan dimana pelayaran akan bermula dari Pelabuhan Klang. Jadi, senanglah untuk warga Kuala Lumpur dan yang berada di sekitar untuk berlayar dengan SCA.


Superstar Libra | Foto: @kmlazm
Tambahan, pakej destinasinya yang menarik dan harganya berpatutan pasti membuatkan percutian anda berbaloi. Jadi di bawah ini aku nak share sikit mengenai percutian aku selama 5 hari 4 malam di Starcruise Libra ke Klang-Langkawi-Phuket-Klang.


1. Urusan Check in

Urusan check-in ke dalam cruise ini lebih kurang sama dengan check-in ke kapal terbang. Faktor keselamatan setiap yang menaiki cruise ini amatlah diambil kira.


Semasa check in, setiap penumpang akan diberi access card yang mempunyai nama masing-masing pada kad. Access card ini bukan sahaja digunakan untuk masuk ke bilik anda, tetapi ia digunakan sepanjang masa untuk setiap aktiviti di atas cruise.

Anda perlu swap kad itu setiap kali mahu keluar dan masuk kapal, malah ianya turut digunakan setiao kali waktu makan atapun anda mahu membeli sesuatu di atas kapal. 

Senang cerita, atas kapal nanti anda tak perlu membawa dompet kehulu-hilir, anda cuma perlu bawa access card ni je dalam poket!


2. Jenis Cabin

Terdapat banyak jenis pilihan kabin untuk penumpang seperti Inside Stateroom, Oceanview Cabin, Deluxe Oceanview, Suites dan sebagainya. Jadi, anda boleh memilih jenis cabin ini mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Cabin-cabin dalam Superstar Libra | Foto: Star Cruise Asia

Cabin yang disediakan boleh dikatakan kecil namun sangat lengkap dengan fasiliti bilik. Pada percutian kali ini aku menetap di Ocean View Cabin yang terletak di tingkat 8. 

Pada pendapat aku, bilik ini sangatlah selesa. Malah, ianya dikemas pada setiap hari setiap kali saya turun dari kapal. Menariknya, walaupun berada di tengah lautan, siaran televisyen dan wifi kapal masih efisyen.

Layari Star Cruise Asia (SuperStar Libra) untuk mengetahui harga cabin-cabin yang ditawarkan.


3. Makanan

Makanan di atas kapal ini adalah benda paling best di atas cruise ini. Menurut full day itineraries, setiap penumpang dapat menikmati makanan mereka sebanyak 5 kali sehari (breakfast, lunch, dinner, tea time and supper)

Aneka hidangan tempatan | Foto: @kmlazm

Terdapat pelbagai jenis restoran yang terdapat di atas kapal ini, dari makanan Asia, barat, masakan Cina, Jepun sehinggalah restoran halal

Aku banyak menikmati makanan di Mariners Buffet di tingkat 9 kerana ianya merupakan buffet yang menghidangkan begitu banyak menu dan semasa sailing party ketika hari pertama pelayaran, seafood yang dihidangkan sangat memikat selera saya!

Hidangan di beberapa restoran untuk Superstar Libra

Bagi mereka yang beragama Islam pula, anda tidak perlu risau kerana terdapat sebuah restoran yang dijamin halal iaitu restoran Spices. Restoran ini menghidangkan makanan Malaysia dan saya beri 5 bintang untuk setiap hidangan kerana ianya sungguh sedap! 

Jangan lupa try sambal udang petai dan gulai lemak ikan jika anda berkesempatan makan di restoran ini!

Untuk melihat tempat-tempat makan di sini, boleh klik link ini.


4. Fasiliti & Aktiviti

Fasiliti dan aktiviti sepanjang pelayaran ini paling tip-top dan menarik untuk semua penumpang. Sepanjang berada di atas cruise ini, pelbagai aktiviti yang dapat aku gunakan seperti swimming pool jacuzzi, gymnasium, karaoke, salon, spa dan jogging track


Swimming pool terbuka | Foto: @kmlazm

Malah, terdapat pelbagai show dan on-board entertainment seperti persembahan, tarian dan macam-macam lagi! 


Hiburan malam sekitar swimming pool | Foto: @kmlazm

Setiap penumpang boleh mengikuti aktiviti di atas cruise dengan melihat ‘Star Navigator’ yang akan update tentang aktiviti dan on-board entertainment pada setiap hari!

Romantik tak, you ols? | Foto: @kmlazm

Jadi, anda tidak akan bosan kerana selain menikmati sunset dan sunrise di tengah lautan, anda juga dapat berhibur di atas Starcruise ini!


5. Aktiviti di setiap destinasi berlabuh

Setiap destinasi yang dituju, penumpang boleh memilih untuk turun dan berjalan-jalan di sekitar itu atau hanya beristirehat di atas cruise. 

Setiap penumpang hanya perlu swap untuk keluar dan masuk. Bagi mereka yang keluar, anda akan diberikan kertas jadual waktu cruise akan berlayar semula. Oleh itu, anda hanya perlu menepati masa dan bolehlah melakukan aktiviti anda sendiri setiap kali turun di destinasi-destinasi ncruise berlabuh.

Bersantai di sekitar Pulau Langkawi | Foto: @hasifhamsyari
Meneroka Patong Beach di Phuket |  Foto: @hasifhamsyari

Ini sahaja perkongsian aku mengenai percutian bersama Star Cruse Asia ini.  Sebagai orang yang sukakan lautan, ini merupakan antara pengalaman paling indah. Ianya sedikit sebanyak seperti masa aku untuk bersama sea, sun dan star. 

Pada waktu siang, aku dapat melihat lautan biru dan merasa angin laut, manakala waktu malam pula dapat berbaring di deck sambil melihat bintang dan mendengar bunyi deruam ombak. Boleh imagine tak moment dia macam mana? 

Jadi tunggu apa lagi, Lets sail away!

Star Cruise Asia 

Laman web: KLIK SINI
Facebook: Star Cruise Asia
Instagram: @starcruisesasia
Twitter: @StarCruiseAsia