Aku jenis minat meneroka benda baharu. Itulah perkara yang aku belajar masa travel. Setiap perkara baharu yang kita teroka pasti akan tambah nilai dalam hidup, at least there is something new that we can share to others.


Ceritanya begini. I've just added a new life achievement (kira kejayaan juga la) setelah mendapat lesen open water diving dari Ocean Lab Diver. They are truly awesome. You guys should check em out. Back to story, not only a diving license tapi aku juga berpeluang untuk memiliki scuba equipment daripada salah satu jenama antarabangsa iaitu MARES. Seriously, BERTAMBAH TERUJA.




MARES ialah jenama pengeluar alatan scuba dari Itali yang pada awalnya mengeluarkan diving mask dan spearguns. Sekarang pula dah macam-macam jenis alatan yang mereka keluar. Yang pasti semuanya berkualiti dan nampak awesome. Gulp! (bila tengok harga equipment MARES ni).


Review alatan scuba MARES

Sejujurnya. Aku tak pernah cuba mana mana jenama lain lagi. Cuma MARES sahaja, as for now. So, review ni cuma berdasarkan pendapat sendiri tanpa buat apa-apa perbandingan dengan kualiti jenama lain. 


Aku agak familiar dengan jenama ni pun sebab mostly ia menjadi pilihan newbie or professional diver. Berdasarkan alatan yang aku dapat, bagi aku, berkualiti, selesa dan stylish. Aspek yang aku selalu utamakan ialah kualiti la sebab kita akan masuk dalam air bukan sekejap tapi agak lama. 

Aku kena pastikan semua alatan diving aku selamat dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, MARES mempunyai nilai-nilai tersebut. Dapatlah aku menyelam dengan senang hati dan selesa. 

Beberapa alatan MARES yang aku gunakan: 

1. MARES Ergo Dry Snorkel


Anatomical design, exhaust valve, corrugated hose and mouthpiece made with a high-quality silicone


2. MARES Rash Guard


Sesuai untuk pelbagai sukan air, ringan, cepat kering dan selesa.


3. MARES X-VU Sunrise - JP Special Edition


Bi-Silicone strap, tricomfort technology dan datang dengan pelbagai warna


4. MARES Volo Race F/F Fin


Anatomical foot pocket, high-performance minimum exertion, the easiest to kick fin on the market


Harga 

Bukan MARES ni agak mahal ke? 

Biasa dapat soalan macam ni (sebenarnya aku dapat ada soalan yang sama seperti di atas sebelum ni). Memang agak mahal, tapi aku percaya dengan apa yang orang selalu kata biar kita invest lebih asal selamat, selesa, tahan lama dan enjoy.


Bayangkan kalau anda buat keputusan untuk guna alatan murah atau berkualiti rendah, tiba-tiba perkara tidak diingini berlaku masa tengah menyelam dan ini menyebabkan anda terlepas peluang untuk dive, bazir masa (tukar equipment or etc) dan lagi satu ialah tidak dapat enjoy the experience

Dah bayar mahal untuk diving trip, sudah tentu la nak enjoy sepenuhnya kan. Tapi apa apa pun, ianya terpulang kepada pilihan masing-masing. Kalau nak selamat dan selesa, boleh la mula menabung dan ada target untuk beli jenama berkualiti atau pilih yang murah dan sedia terima untuk sebarang kemungkinan. 

Tapi kita doa-doa la tak ada perkara tak baik berlaku kan. Amin. 


Rainbow Runner - Diving Specialist


Tak tahu kat mana nak cari alatan diving? Aku nak suggest Rainbow Runner iaitu salah satu syarikat bertempat di Kuala Lumpur yang menjual pelbagai jenis barangan bukan sahaja untuk scuba diving tapi juga untuk snorkeling dan swimming. 




Diorang juga boleh suggest atau bantu anda dalam pemilihan alatan serta keperluan asas untuk scuba diving. Kalau tak tahu apa-apa, jangan risau. Team mereka akan bantu korang dan secara tidak langsung akan introduce apa yang anda perlukan. 

Selain walk-in ke kedai utama, anda juga boleh beli barang melalui atas talian. KLIK SINI untuk layari laman web Rainbow Runner. 

Berikut merupakan maklumat mengenai Rainbow Runner: 

Alamat
Rainbow Runner Sdn Bhd
5,UKAY BOULEVARD,JLN LINGKARAN TENGAH 2, HULU KELANG, AMPANG MALAYSIA 68000 

Nombor Telefon
+603 4162 2837
+603 4161 7837

Alamat e-mel
ops@rainbowrunner.net 



VIDEO 


Terima kasih buat MARES untuk alatan scuba diving yang awesome untuk kitaorang. Now, we are ready for more diving adventures. Bring it on!