Care for splash? 

Ini lah peluang terbaik untuk cuba something exciting. Kejap lagi aku akan kongsi dekat korang!


Siapa suka aktiviti air dekat sini sila angkat tangan! I’m always excited bila dengar ada karnival ataupun festival air ni. Perfect time to cool off especially musim panas. Kalau anda mempunyai minat yang sama, pastikan korang sertai MY Merdeka Water Inflatable Challenge berlangsung di Stadium Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 September 2017. Nampaknya, dah tahu apa aktiviti yang kita boleh buat masa minggu merdeka tu.

Apa itu MY Merdeka Water Inflatable Challenge?

MY Merdeka Water Inflatable Day adalah program anjuran bersama oleh A2A Global Network, Malaysia Inflatable Challenge, Persatuan Belia Prihatin Malaysia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Ikatan Badan NGO Belia & Sukan.



Ianya satu aktiviti air menarik yang memberikan peluang buat mereka diluar sana untuk have fun tapi juga dapat menguji tahap kecerdasan fizikal mereka melalui course mempunyai 10 halangan yang pastinya akan membuat anda flip, bounce dan boing! Teruja tak?


Bukan kaki sukan? Jangan risau, aktiviti ini juga sangat sesuai untuk semua (dewasa dan kanak-kanak). Tahap keselamatan alatan Water Inflatable juga dijamin selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Jadual Wave

Anda disarankan untuk ikut tarikh dan masa wave yang diberikan semasa mendaftar. Perlu ingat waktu akan berubah atas factor cuaca dan lain-lain yang tidak dapat dielakkan.


Wave pertama akan dilepaskan pada pukul 10.00 pagi. Berikut merupakan jadual penuh sebagai rujukan korang. 



Check-in

Kaunter akan dibuka seawal jam 9.00 pagi sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Korang disarankan untuk check in seawal 30 minit sebelum wave dilepaskan.

Untuk check in, anda perlu bawa e-ticket dan juga IC untuk proses pengesahan. Untuk memudahkan lagi, boleh simpan dokumen ni dalam telefon bimbit. Nanti cuma perlu tunjuk dekat staff sahaja.

Jangan lupa untuk datang awal, ya?

Tarikh dan Lokasi

Program ini berlangsung dari 1 hingga 3 September 2017 di Stadium Jabatan Belia dan Sukan (boleh navigate melalui Google Maps atau Waze). Datang awal kalau nak dapat tempat letak kereta, or else boleh datang dengan menaiki Grab/Uber or others.

Harga Tiket Masuk     



Servis/Fasiliti

- Locker
- Tempat mandi
- Merchandise
- Makan dan minum
- FIrst aid kit

Apa yang perlu dipakai dan dibawa?

- T-shirt yang selesa dan juga seluar pendek, leggings atau seluar track.
- Sunscreen, jaket atau seluar hujan, topi dan payung.
- E-tiket dan ID (ini wajib jangan lupa).
- Air minuman
- Salinan pakaian, towel, plastik atau beg untuk letak baju basah, extra cash


Apa tunggu lagi? 

Tempat tiket masuk sekarang dan jom sama-sama kita meriahkan lagi program ini. 

untuk info lebih lanjut mengenai MY Merdeka Water Inflatable Challenge