Masih ingat lagi siri kembara aku meneroka tarikan eko di Putrajaya dan Pahang?

Tahun lepas aku berpeluang untuk menyertai program Mega FAM (MyEcoFamTrip) anjuran Tourism Malaysia bertujuan untuk mempromosikan tarikan-tarikan berbentuk eko di sekitar Putrajaya dan Pahang. Sebenarnya ada lagi cerita yang aku nak kongsi. 

Kalau korang ada follow cerita aku sebelum ni (Taman Negara Pahang: Menerokai Canopy Walk dan Mutiara Resort Taman Negara), korang mesti tahu tempat-tempat yang kami pergi. Tidak dapat dinafikan bahawa trip ini menyedarkan aku bahawa Malaysia mempunyai negeri-negeri berpotensi tinggi dalam sektor pelancongan. 

Pahang, salah satunya. Teruskan membaca untuk tahu apa lagi yang korang boleh terokai di sekitar Taman Negara Pahang. 


Selepas buat aktiviti jalan atas canopy walk, program diteruskan lagi dengan sesi makan tengahari di salah satu gerai berdekatan dengan Mutiara Resort Taman Negara. Makanan simple tapi sedap. First thing aku cari of course la tempoyak. Again, tak kisah pun kalau nak tambah nasi sampai dua atau tiga kali 😆.

Selepas tu, kitaorang melawat Kampung Dedari untuk beramah mesra dengan para penduduk di sana sekali gus buat beberapa program komuniti seperti perkongsian ilmu bersama dengan kanak-kanak di sana dan banyak lagi.


Perjalanan dari Mutiara Resort Taman Negara ke Kampung Dedari mengambil masa sekitar 15 minit melalui bot (masa bergantung kepada paras air - kalau tinggi, smooth la perjalanan. Tapi kalau kering, banyak sangkut dan masa diambil pun agak lama).

Sebelum turun dari bot, kami dah diingatkan oleh tour guide untuk pastikan simpan segala gajet atau barang-barang penting dalam beg kalis air. Dalam hati aku, "Eh, kenapa tiba-tiba nak remind pasal benda ni? Bukan nak buat apa pun dekat Kg. Dedari ni". Kalau nak tahu apa terjadi, teruskan membaca la.

Baca juga: Tarikan Pelancongan Di Putrajaya - Taman Botani Putrajaya dan Fantasy Rainforest

Back to story. Bila tengok kawasan Kg. Dedari, aku terkesima dan curious. Kawasan rumah yang kecil sebegini, bagaimana dan berapa orang la tinggal di sini. Dari mana diorang dapat sumber-sumber asas untuk hidup seperti makanan, bekalan elektrik dan macam-macam lagi.

Menurut kepada tour guide kitaorang, penduduk Kg. Dedari terdiri daripada mereka yang dikenali sebagai kaum Batek, sebahagian daripada Negrito tribes. Menjawab kepada persoalan aku sebentar tadi tentang bagaimana penduduk-penduduk di sini survive, sebenarnya kaum Batek mengamalkan gaya hidup nomad. Tempat tinggal mereka tidak tetap, mereka memburu untuk cari sumber makanan. Senang cerita kaum ni survival la.

Info tambahan: Komuniti Batek sangat sinonim dengan alam semula jadi dan mereka dipercayai tinggal di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Para perserta sempat juga mencuba beberapa aktiviti interaktif termasuklah menyumpit, iaitu method yang digunakan oleh mereka ketika memburu. Boleh tahan susah. Ye la, kita ni masa la biasa memburu. Generasi manja, nak something semua dah terhidang depan mata. LOL


Selain menyumpit, korang juga berpeluang untuk melihat dan belajar cara untuk menghidupkan api secara manual. Ini nampak senang tapi sebenarnya memerlukan tahap stamina yang memuaskan. Bayangkan semua benda yang mereka nak tu perlu usaha kuat untuk mendapatkannya.


Api dinyalakan menggunakan utas batang pokok rotan yang digosok pada tapak kayu meranti. Mula-mula terfikir, "Boleh ke api dinyalakan dengan benda ni je?" Sebenarnya, boleh. Ada cara dia dan korang boleh belajar di Kg. Dedari.


Kaum Batek ni juga dikenali sebagai kaum yang agak pemalu. So, kalau korang datang ke sini dan nak ambil gambar mereka/bersama dengan mereka, cuba untuk minta kebenaran/bagitahu mereka terlebih dahulu. Jangan main ambil gambar je. Kita dah datang tempat diorang, kena la hormat.

Berdasarkan pengalaman aku, pada awalnya memang agak susah nak approach diorang. Once nak dekat and ambil gambar, mesti diorang akan lari masuk dalam rumah. My best way to get close with them is by asking few simple questions like "Siapa nama?", "Sudah makan?", "Siapa ada dekat rumah?", "Suka warna apa?". Soalan tu sangatlah simple tapi sebenarnya membantu.


Selepas tu semua rombongan berkumpul di kawasan dewan/ruang utama di Kg. Dedari untuk aktiviti seterusnya iaitu perkongsian ilmu dengan budak-budak di sini. Aktivitinya ialah salah sorang daripada group kitaorang akan ajar mereka tentang asas huruf dan nombor. Tugas aku masa tu ambil gambar dan video, tersentuh hati bila nampak minat yang mereka tunjukkan. Alangkah bagusnya kalau anak-anak kaum Batek ni dapat pendidikan setaraf dengan kanak-kanak lain. 


Mereka ada potensi, bakat masing-masing. Apa yang mereka perlukan cumalah tempat untuk menimba ilmu. 


Bersama dengan kanak-kanak kaum Batek selepas selesai sesi perkongsian ilmu. Harap korang semua terus punya minat untuk belajar. Kalau korang plan datang ke sini nanti, boleh la bawa something untuk bagi kat diorang seperti buku, makanan ringan atau apa pun yang boleh diguna oleh mereka.


Pengalaman ke Kg. Dedari betul-betul membuka mata aku bahawa ada lagi mereka di luar sana yang kurang bernasib baik. Mereka ajar aku untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Bayangkan mereka hidup serba kekurangan tapi masih mampu untuk senyum dan membahagiakan diri antara satu sama lain.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia atas peluang yang sangat berharga ini.

Berbalik kepada apa yang aku cakap pada bahagian awal entri ini, aku tertanya kenapa tour guide remind kitaorang untuk simpan semua gajet atau barang berharga. Rupanya mereka nak 'kenakan' kitaorang dengan aktiviti rapid shooting.

Bunyi macam menakutkan (ye la, takut basah), tapi sebenarnya it was so much FUN!


Rapid shooting merupakan antara tarikan popular di sekitar Taman Negara Pahang. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, why not have fun sekali. Masa ni la korang nak balas dendam atau lepaskan geram kat siapa-siapa sahaja.

My tips is bila naik bot, cepat cepat book tempat duduk depan sekali selepas tour guide. Bila duduk depan boleh la korang hentam orang belakang. Bhahaha. What a great way to beat the heat. Rasa fresh balik after seharian meneroka tarikan di sekitar Taman Negara Pahang.


Tengok la muka masing-masing bila dapat mandi. Segar memasing!

Kepada mereka yang mencari tarikan berbentuk eko di Malaysia, aku sarankan korang untuk pergi ke Pahang dan rasai sendiri keindahan yang terdapat di sini. Berbaloi. Plus, Pahang terletak sekitar 3 jam lebih je dari Kuala Lumpur. 


Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan impian aku untuk melihat keindahan alam semula jadi di Pahang dan Putrajaya menjadi realiti. Teruskan ikuti cerita #MyEcoFamTrip2016 - DI SINI