Dari kecil lagi aku sudah simpan hasrat untuk naik helikopter dan pastinya ramai antara korang yang mempunyai impian sama seperti aku, bukan?


Ramai beranggapan bahawa helikopter ini hanya untuk orang ternama, VIP, ahli official (seperti tentera) dan seangkatan dengannya. Secara umumnya, jika ingin naik helikopter semestinya kita perlu belanja besar sebab nak operate helikopter ni bukan murah - servis, minyak, base dan banyak lagi. Itu secara umum la. Aku pun sebelum ni tak pernah rasa pun nak naik helikopter, berhasrat tu memang ada cuma rezeki belum ada lagi.

Itu dulu la. Dengan adanya KL Sky Tour yang beroperasi di Kuala Lumpur, peluang anda untuk merasai pengalaman menaiki helikopter sambil menikmati panorama dan beberapa bangunan ikonik terdapat di Kuala Lumpur dari atas semakin dekat dengan anda. Bulan lepas aku dapat merasai pengalaman naik helikopter. Terima kasih pihak #AboutKL dan KL Sky Tour atas peluang berharga ini.

Teruskan membaca kalau nak tahu lebih lanjut.

KL Sky Tour 

KL Sky Tour (KLST) merupakan inisiatif oleh Cempaka Helicopter dengan kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) dalam mempelbagaikan tarikan/aktiviti menarik di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.


Tempat operasi utama KL Sky Tour iaitu Titiwangsa Helipad terletak di sekitar Tasik Titiwangsa. Dengan lokasinya yang strategik, maka mudahlah para pelancong dalam dan luar negara datang dan mencuba aktiviti menarik ini.

Jenis Pakej

1. The KL Express


Harga: RM 630/flight
Durasi: 6 minit

Pakej ini akan bawa korang sekitar bandar untuk melihat downtown Kuala Lumpur termasuk la Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Stadium Negara dan Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers). 

2. The City Explorer


Harga: RM 1,550/flight
Durasi: 15 minit

Tour selama 15 minit ini akan bawa anda untuk melihat kawasan Batu Caves, lokasi yang menjadi tumpuan ramai ketika festival Thaipusam. Selain itu, anda juga berpeluang melihat Masjid Wilayah dan Istana Negara yang terletak di Jalan Duta. 

3. The Jungle Escape


Harga: RM 3,050/flight
Durasi: 30 minit 

Selain memberi anda peluang melihat bangunan-bangunan menarik sekitar Kuala Lumpur, tour ini juga akan beri anda ruang untuk meneroka hutan hujan tropika sepanjang Quartz Ridge ke Batu Dam. Boleh ambil gambar/video ala-ala drone shot. 

4. The Mountain View


Harga: RM 4,410/flight
Durasi: 45 minit

Akhir sekali, tour selama 45 minit ini akan membawa anda bukan sahaj di sekitar Kuala Lumpur. Masa untuk keluar sikit dari Kota dan pergi ke Genting Highlands, destinasi terkenal dengan taman tema, kasino, resort mewah dan suhunya yang sedikit sejuk berbanding Kuala Lumpur. Jika anda ingin menikmati pelbagai jenis view, The Mountain View semestinya pilihan terbaik. 

Nota: Tour boleh bawa maksimum 3 orang. Anda boleh ajak kawan-kawan untuk join sekali dan bahagikan harga flight kepada tiga. Lebih jimat, lebih meriah dan lebih orang untuk tolong ambil gambar.

Pengalaman sendiri

Aku cuma berpeluang untuk cuba pakej The KL Express dan jujur aku cakap, TAK PUAS. Sebab excited dan enjoy sangat dapat tengok view best, aku rasa 6 minit tu sangatlah pendek. Pejam celik pejam celik, eh dah dengar pilot kata "Okay, that's all for today. Let's go back to our base".

Duduk dalam helikopter dengan penuh gaya. Obviously, we are not the pilot. LOL

Dalam hati meronta "Nak lagi! Nak lagi!". Dapat tengok view KL dari dalam helikopter pada ketinggian 1,500 ft dengan penuh gaya sememangnya impian bagi mereka yang ingin bergaya (Eh, lain macam je ayat aku ni. Bhahaha). 

Menara Kuala Lumpur dan Petronas Twin Tower dalam satu frame. Cantik!

Jangan lupa pose dengan helikopter as background. Boleh feeling ala-ala ahli korporat or model. 

Ajak la 2 lagi kawan korang untuk cuba tour ini. Kalau ada bajet lebih sikit, boleh la cuba pakej lebih lama. Baru puas dan mesti rasa berbaloi. Pengalaman ni membuatkan aku rasa ingin cuba helikopter ride di negara lain pula tapi bila fikir harga tu, semangat terus rasa macam semakin pudar. Hahaha. 

Info tambahan
1. Penggunaan selfie stick adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa flight.
2. Anda boleh bawa kamera GoPro/DSLR. Tidak digalakkan untuk bawa beg besar masa naik flight.
3. Sebelum naik flight, anda akan diberikan penerangan tentang keselamatan menaiki flight.
4. Tour bergantung kepada keadaan cuaca dan juga bergantung pada budi bicara pilot dan penumpang.
5. Refund hanya akan dilakukan apabila melibatkan faktor cuaca/sebarang perkara yang tidak boleh dielakkan oleh pihak Cempaka Helicopter.
6. Anda boleh buat kejutan seperti wedding proposal. Perlu buat booking seawal yang boleh sebelumt tarikh.

Muka masing-masing happy dapat naik helikopter


Video

Untuk tahu info lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi Cempaka Helicopter atau hubungi +6019 258 6818 (sales line) atau e-mail ke info@ascend.me