Kuala Lumpur,
ramai diantara kita terutamanya yang duduk di sekitar bandar ni selalu terlepas pandang tentang keunikan dan keindahan terdapat pada ibu negara Malaysia ini.


Sedikit sejarah mengenai Kuala Lumpur:
1. Ia dibina pada tahun 1857 di antara kuala sungai Gombak dan Klang.
2. Di mula membangun melalui aktiviti perlombongan biji timah. Menarik para pelombong-pelombong dan juga para pedagang sehingga mereka membina kedai di kawasan kuala Sungai Klang dan Gombak.
3. Kuala Lumpur pernah ditadbir oleh Kapitan Cina. Yap Ah Loy merupakan Kapitan Cina ketiga yang banyak memajukan bandar ini.
4. Kuala Lumpur juga pernah menjadi bandar yang terbesar di Selangor pada tahun 1880.
5. Selepas Malaysia mendapat status merdeka (pada tahun 1957), Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu. Ianya bersambung sehinggalah sekarang.


Berikut sedikit mengenai sejarah Kuala Lumpur. Tak nak la share panjang-panjang, nanti korang cakap "Eh, ni blog pasal travel ke buku teks?" LOL

Back to topic.
Kita yang disebut dalam perenggan pertama tu sebenarnya termasuk la aku.
Aku selalu avoid dan tak pernah ada rasa nak explore pun Kuala Lumpur ni. Aku pergi mostly sebab ada benda penting seperti pergi kerja dan bawa family pergi shopping mall. Bagi aku, KL ni sangat sesak. Selama ni aku tak sedar pun yang KL mempunyai pelbagai tempat menarik.

Sampai la aku berpeluang untuk mengikuti program #AboutKL 1.0 dan 2.0, baru la mata aku terbuka bahawa Kuala Lumpur sebenarnya menyimpan pelbagai aset yang mampu menarik para pengembara tidak kira dari luar mahupun dalam negara.

So, jom ikut saya dan sama-sama la kita explore bandar yang wujud dari aktiviti perlombongan biji timah.

1. Menginap di Avenue J Hotel Kuala Lumpur 


Kalau korang nak cari hotel yang simple but nice di sekitar KL, aku suggest korang Avenue J Hotel Kuala Lumpur. Sebab? Lokasi yang strategik berdekatan dengan train station dan mod pengangkutan yang lain. Selain itu, hotel ni juga terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik seperti Muzium Tekstil, Central Market dan macam-macam lagi.


Aku suka design hotel ni. Simple dan minimalist. Duduk dalam hotel ni sometimes buat aku rasa macam berada di negara Eropah. Entah la, mungkin design dia kot banyak main peranan.

Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal Avenue J Hotel Kuala Lumpur, nanti aku share review aku dalam entri seterusnya ya?


2. Gravy Baby


First day tu, kitaorang dinner di Gravy Baby. Dah terlampau excited nak cuba Dinner In The Sky sampai tak sedar pun dinner sebenarnya di sini. Apa yang kitaorang makan di sini?

Since restoran ini dikenali sebab menu pie, aku ambil peluang untuk cuba chicken mushroom pie. Rasa not bad. I like the taste of diorang punya mashed potato. Ada pelbagai menu lagi yang Gravy Baby hidang antaranya ialah fish pie, pasta, carbonara, variasi minuman dan banyak lagi.


Untuk menu yang aku pilih tu ialah set yang disertai dengan berry lemonade, chicken mushroom pie (meat gravy dan mashed potato) dan cinnamon apple (RM34).


Aku suka suasana dalam restoran ni. Interior yang menarik, lokasi pun sangat ideal untuk mereka yang nak chill sambil lepak dengan kawan-kawan. Ada dua ruang iaitu dalam (ada aircond) dan open air (best untuk mereka yang nak hirup udara bandar Kuala Lumpur).


3. Dinner In The Sky

Lepas selesai makan malam di Gravy Baby, kitaorang teruskan program ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) terletak di Jalan Ampang untuk mencuba satu lagi tarikan kulinari menarik di Kuala Lumpur - tidak lain tidak bukan, Dinner In The Sky.


Dulu masa mula diperkenalkan di Malaysia, aku memang teruja nak cuba tapi bila tengok harga... sesak terus nafas. Bila berpeluang untuk cuba, apa lagi melompat la aku. Bukan apa, Dinner In The Sky ni tarikan yang beri anda pengalaman makan pada ketinggian yang boleh tahan tinggi (bagi aku) dan open air pula tu. MasyaAllah, masa naik tu hanya Allah je yang tahu betapa nervousnya aku masam tu.


Okay, kalau nak tahu lebih pasal pengalaman aku tu, nanti aku share dalam entri lain. Kongsi kat sini nanti panjang pula entri ni kan. Back to Dinner In The Sky, hah. Selain Malaysia, Dinner In The Sky ni juga beroperasi di beberapa buah negara termasuklah di Australia, Jepun, India, Dubai, China dan banyak lagi.

Jangan risau. Aku akan kongsi lebih lagi dalam review khas untuk Dinner In The Sky sebab bagi aku pengalaman ni berbaloi untuk dikongsikan dengan semua.


4. Café Old Market Square 

Untuk hari kedua, aktiviti akan membawa semua untuk berjalan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Teruja tapi pada masa yang sama, risau juga sebab masa tu cuaca agak panas. Sebelum mulakan aktiviti, breakfast dulu. Instead of breakfast dekat hotel, Café Old Market menjadi lokasi untuk kami sarapan pagi. 


Restoran ni terletak di hadapan Avenue J Hotel Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik. Sesiapa sahaja menginap di hotel Avenue J, confirm tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati makanan di sini. Katanya Café Old Market ni terkenal dalam kalangan warga Kuala Lumpur especially mereka yang berkerja di sekitar sini. 

Tapi terkenal sebab apa ya? 
Ada beberapa sebab. Salah satunya ialah: 
Makanan yang dihidangkan adalah menu-menu tempatan yang autentik termasuklah nasi lemak, mee rebus, chee chong fun, mee goreng, rojak dan banyak lagi. 

Bukan itu saja, 
menu antarabangsa jug ada termasuklah chicken chop. 


Gambar atas: Antara menu yang kitaorang cuba masa tu. Aku personally suka nasi emak, rojak dan juga mee rebus dia. Sedap. Untuk minuman, boleh cuba teh tarik.

But... untuk breakfast rasanya menu-menu yang kitaorang cuba tu agak besar. Kitaorang decided untuk share 3 orang. Itupun still tak larat nak habiskan. So guys, boleh la pergi untuk brunch.


Gambar atas: Bangunan Café Old Market Square pada waktu malam. Ramai orang cakap bangunan ni Instagrammable. Betul, kan?

Café Old Market Square ni juga terkenal dengan bangunannya classic. Tak tipu. Memang cantik. Sebab tu la aku rekomen korang untuk datang sini. Sambil menikmati makanan, boleh la juga melihat interior restoran ni yang membuatkan aku rasa macam berada di zaman dulu. Vintage! 


5. Annalakshmi Vegetarian Restaurant 

Jika korang peminat makanan dari India dan juga seorang vegetarian, sila cuba Annalakshmi Vegetarian Restaurant.


Terletak di Temple of Fine Arts, Jalan Berhala, Brickfields, Annalakshmi telah ditubuhkan pada tahun 1984. Dari kedai biasa di Jalan Maarof, Bangsar, kini Annalakhsmi menjadi sebuah restoran yang menyajikan masakan dari para sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan hidangan penuh dengan tradisi dan budaya.

Sebelum ni asyik dengar je pasal Restoran Annalakhsmi. Akhirnya aku berpeluang untuk datang ke sini dan rasa hidangan mereka.


Korang boleh la datang sini kalau nak rasa dan tahu perbezaan masakan dari Selatan dan Utara India. Kalau dah rasa tu, nanti boleh la bagitahu kat aku which one yang korang rasa lagi sedap.

Annalakshmi Vegetarian Restaurant
Waktu operasi: 6 hari seminggu (tutup pada hari Isnin)
Lunch (11.30 pagi - 3.00 petang) dan Dinner (6.30 petang - 10.00 malam).
Jenis menu: Buffet dan ala-carte.

6. Ali, Muthu & Ah Hock

Kuala Lumpur sememangnya kota yang dibanjiri banyak restoran menyediakan pelbagai jenis makanan. Tak sah kalau korang datang sini tapi tak cuba makanan yang ada di sekitar bandar. 

Masih mencari di mana korang boleh lepak sambil menikmati hidangan tradisional Malaysia? 
Datang la ke Petaling Street dan cuba Ali, Muthu & Ah Hock


Kenapa Ali, Muthu & Ah Hock? 
Nama restoran ini sebenarnya melambangkan identiti utama negara Malaysia yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu, nama ini juga diambil bersempena dengan jenis-jenis hidangan yang terdapat di sini iaitu - menu masakan dari Melayu, Cina dan India.

Menarik.


Since perut dah kenyang masa tu, aku cuma berpeluang untuk rasa kuih-muih je. Selepas menemuramah pengurus restoran ini, sebenarnya banyak yang lagi hidangan mereka yang kita boleh cuba antaranya ialah Nasi Lemak Ayam (RM 9.50), Hainanese Chicken Rice (RM 8.00), Kari Ayam & Roti (RM8.00) dan banyak lagi la.

Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam
Jalan Balai Polis (at Petaling Street), Kuala Lumpur, Malaysia
3.141274, 101.697383
+60 378323138
Waktu Operasi: 08:00 am to 7:00 pm (Tutup pada hari Ahad)

7. Kuala Lumpur Heritage Walk

Antara aktiviti menarik yang boleh korang cuba ialah Kuala Lumpur Heritage Walk, ia memberikan anda peluang untuk mengetahui serba sedikit sejarah Kuala Lumpur dan juga keadaan ia pada masa dahulu dan sekarang.

Brickfields
Brickfields merupakan salah satu tempat terpenting dalam pembangunan bandar Kuala Lumpur. Sejarahnya bermula pada tahun 1881 apabila kawasan Brickfields dilanda banjir dan kebakaran.

Nama Brickfields itu juga diambil bersempena dengan sejarahnya yang pernah menjadi lokasi dimana terletaknya kilang batu-bata yang dibina atas saranan Yap Ah Loy.


Dan kini, Brickfields menjadi salah satu tarikan menarik para pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur kerana di sini juga terletaknya KL Sentral, iaitu hab pengangkutan awam.

Seperti biasa, heritage walk ini diketuai oleh wakil dari VisitKL, untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh la layari www.visitkl.gov.my. 



Sepanjang perjalanan korang akan diberi penerangan menarik tentang sejarah dan beberapa informasi tambahan mengenai setiap perkara yang korang nampak.

Selain itu, boleh la ambil peluang untuk cuba beberapa makanan tradisi kaum India atau melihat barangan-barangan yang boleh dijadikan sebagai souvenirs atau koleksi peribadi.


Kebetulan masa tu cuaca agak panas (luckily tak hujan sebab tak bawa payung), perjalanan terasa agak jauh plus cepat sangat dahaga. Oleh itu, aku sarankan korang untuk bawa air minuman secukupnya dan juga towel atau apa juga jenis benda yang boleh teduh korang dari terdedah dengan cahaya matahariNanti pengsan, satu hal lagi pulak. LOL.

Overall, aku enjoy walk ni. Kebiasaannya, lalu je. Tak terfikir pun nak explore. Dengan mengikuti KL Heritage Walk, barulah aku berpeluang untuk tengok apa yang menarik di sekitar sini. 


Petaling Street
Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke Petaling Street iaitu tempat dianggap sebagai syurga untuk membeli pelbagai jenis barangan seperti baju, beg, dan macam-macam lagi la. 

Sebenarnya bukan itu sahaja, Petaling Street juga tempat dimana korang boleh cuba beberapa makanan tradisional Malaysia. 


Keadaan di sekitar Petaling Street seperti biasa, memang selalunya dipenuhi orang ramai.

Ingatan untuk semua
Sila jaga barangan anda terutamanya beg. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Antara makanan yang korang boleh cuba sudah tentu la kuih apam balik buatan uncle cool ni. Masa nak ambil gambar, sempat lagi dia cakap "Hah, mari ambil gambar ini uncle Jackie Chan". 

Pandai uncle entertain para pengunjung, itulah antara pengalaman menarik yang korang akan dapat nanti. 

8. MudKL - The Story of Kuala Lumpur

Akhir sekali, sudah tentulah MudKL. Bagi korang yang memang duduk di atau berkunjung ke Kuala Lumpur, sila lah tonton MudKL. Ia sebenarnya sebuah teater muzikal yang menceritakan sejarah Kuala Lumpur dalam bentuk santai dan menarik. 


Kalau korang macam aku, someone yang susah nak cari masa untuk selami sejarah sesuatu benda (dalam kes ni, Kuala Lumpur), teater MudKL ni wajib untuk ditonton. Korang boleh tahu serba sedikit tentang apa yang telah terjadi kepada Kuala Lumpur, bagaimana ia membangun dan macam mana kehidupan masyarakat yang datang dari berbilang kaum. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MudKL (showtime, harga tiket dan sebagainya), boleh layari www.mudkl.com.


Video #AboutKL 2.0 - Heritage, Food and Art


Artikel ini dihasilkan melalui pengalaman penulis mengikuti program #AboutKL 2.0 anjuran Tourism Malaysia Kuala Lumpur. Layari www.aboutkl.my bagi mendapatkan informasi tempat-tempat menarik boleh dikunjungi di sekitar dan berdekatan dengan Kuala Lumpur