Assalamualaikum semua, harapnya korang dalam keadaan sihat sejahtera.

Kita dah nak masuk ke penghujung tahun 2016, and i'm sure most of you dah ada travel plan *excited dengar plan travel orang lain*! 

Aku? Nothing much. 

So far tak ada plan untuk personal trip but work trip ada la few places. I definitely look forward to those trips. Bercakap tentang travel ni, tiba-tiba terlintas dalam fikiran ni apa agaknya cabaran-cabaran yang selalu dihadapi oleh para pengembara terutama bagi mereka yang beragama Islam, selain daripada isu mencari makanan halal. 

Salah satu cabaran yang aku experience bila travel ialah keeping up the time untuk solat. Sekarang ni teknologi dah canggih, semua boleh dapat melalui handphone. Waktu solat, arah kiblat dan banyak lagi. Tapi bila handphone dah habis bateri atau tidak ada sambungan Internet, macam mana pula? Time ni aku rasa betapa membantunya la F&A Qiblat Sensor Watch ni masa aku travel!



Sebelum ini, aku banyak bergantung dengan handphone aku bila nak cari arah kiblat dan periksa waktu solat. Mudah memang mudah tapi kadangkala susah juga bila Internet tak ada and tiba-tiba bateri handphone dah habis sebab banyak sangat ambil gambar.

Ambil gambar banyak-banyak tu memang tabiat aku, yang sukar untuk dibuang.

Setelah beberapa kali travel dengan F&A Qiblat Sensor Watch ke beberapa destinasi luar dan dalam negara, dengan ini aku nak recommend jam ni dekat korang sebab beberapa perkara. Antaranya ialah:

Stylo dan mudah dibawa ke mana-mana
Betul, ianya kecil dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Saiznya juga tak makan banyak ruang dalam beg korang. Boleh jimat space untuk barang-barang lain, especially kalau korang bawa beg kecil.

Selain itu, rekabentuk jam ni pun menarik. Simple dan agak stylo (sesuai untuk mereka yang tak suka jam fancy dengan banyak hiasan).


Features yang memudahkan! 
Selain saiz dan design menarik, jam ini juga sangat membantu kita untuk jaga waktu solat masa bukan sahaja ketika dalam negara tapi juga di luar negara. Antara feature menarik jam ini ialah:


Gambar atas: Menu untuk tentukan bandar




Gambar atas: Menu untuk cari arah kiblat

Anda boleh pilih beberapa bandar untuk memaparkan waktu solat dan arah kiblat yang tepat. In my case, masa ni aku ke Sandakan dan cuba untuk cari arah kiblat dan waktu solat menggunakan F&A Qiblat Sensor Watch.

Aku check arah matahari terbenam dan waktu solat di Sandakan (di sini) dan bandingkan dengan apa yang F&A Qiblat Sensor Watch berikan. Surprisingly memang betul. Maka dengan ini, aku boleh la 100% percaya dengan jam ni. Truly helpful!

Boleh letak nama sendiri! 
Bestnya tentang F&A Qiblat Sensor ni ialah kita boleh letak nama sendiri dekat skrin, apa saja yang korang nak sebab boleh set sendiri. How cool is that? 


Kalau korang tak prefer orang tahu nama korang, boleh je letak nama samaran or nama glamour. Atau mungkin nak letak username Twitter atau Instagram? Senang nak jumpa jodoh. Eh, okbai. 

My point was, anda boleh customise nama mengikut kemahuan anda. Barulah jam nampak lebih cool. 


Gambar atas: Nama aku ada dekat jam F&A Qiblat Sensor. In case you didn't know, Shahril is my name. You can call me Shahril or just stick to Pojie instead. LOL



5 sebab anda perlu memiliki F&A Qiblat Sensor
1. Ianya jam yang mempunyai teknologi Qiblat Sensor pertama di Malaysia. Dengan hanya menekan butang Qiblat Sensor, jam ini akan memaparkan arah kiblat secara automatik seperti kompas digital. 
2. Arah kiblat yang tepat. Ini membolehkan anda yakin dengan arah kiblat untuk menunaikan solat. Ia juga dikatakan telah diuji khas dengan alat piawaian Mufti Negeri. 
3. Waktu solat automatik di bandar-bandar utama di seluruh dunia. Ia juga dilengkapi dengan sistem alarm yang akan berbunyi setiap kali masuk waktu solat. 
4. Anda boleh mengukir nama anda. Ini salah satu keunikan yang ada pada F&A Qiblat Sensor. 
5. Dilengkapi dengan Taqwim Malaysia - waktu solat lebih tepat bagi Malaysia, Singapura dan Brunei. 


Sebenarnya ada banyak jenis jam lagi yang dijual. Kalau korang berminat nak tengok dan tahu lebih lanjut mengenai F&A Qiblat Sensor ni, korang boleh layari: 

Website

Facebook:

Alamat Pejabat Urusan
F&A™ QIBLAT SENSOR,
1F-16A,
Kompleks Usahawan Terengganu (KUT),
Kubang Jela, Manir,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu,
MALAYSIA

Kini anda boleh travel dengan hati yang tenang kerana adanya F&A Qiblat Sensor membantu anda dalam menunaikan ibadah.