Teks dan gambar oleh Hasif Hamsyari

Baru-baru ni, saya sempat bercuti selama tiga hari dua malam di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak. Untuk mereka yang pernah pergi, mesti faham betapa tersoroknya tempat ni. Tapi bak kata orang, semakin tersembunyi sesuatu tempat tu, semakin 'syurga'lah tempatnya!

Setuju?


Sebelum tu, percutian saya kali ni dibawakan oleh SGI Vacation Club. Nak tau apa itu SGI Vacation Club dan apa yang best kalau menyertainya, nantikan di akhir entri ini.

Perjalanan saya ke lokasi staycation saya ni adalah dengan pengangkutan awam iaitu bas dan teksi. Kira konon-konon stail backpackerslah. Satu hal lagi sebab saya dan kawan saya bergerak terus daripada UiTM Shah Alam. Untuk korang yang merancang nak ke sini, saya amat tidak mencadangkan menggunakan pengangkutan awam bukan kerana apa, tapi sebab kosnya mungkin akan jadi lebih mahal. Jadi seeloknya, datanglah dengan kenderaan sendiri.


Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak Yang Selesa!



Kami sampai ke Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak kira-kira jam lima petang selepas menempuh perjalanan yang agak sukar juga dari Shah Alam - memakan masa kira-kira lapan jam, satu lagi sebab korang digalakkan menaiki kenderaan sendiri yang mana masanya boleh dijimatkan lebih separuh.

Lobi utama

Ruang menunggu di kawasan lobi
Tapi penat lelah kami mengharungi perjalanan tu memang berbaloi sebab Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut ni memang cukup luas dan selesa! Kalau kata apartment, mestilah ada ruang dapur, ruang tamu dan ruang makan. Ada dua bilik tidur dan dua bilik air disediakan, salah satunya tersedia di dalam bilik tidur utama.

Jom tengok sekitar Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut, Perak!

Ruang bilik tidur utama dalam Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak
Twin bed

Bahagian ruang tamu
Ruang dapur membolehkan para tetamu masak/menyediakan makanan mereka
Ruang bilik air yang luas dan kemas
Selain tu, dekat sini juga ada banyak lagi kemudahan atau fasiliti tau. Antaranya termasuklah kolam yang cukup menggoda ni! Antara lain, gelanggang tennis, taman permainan, bilik sauna, padang futsal dan bola keranjang pun disediakan. Senang cerita, memang sangat sesuai kalau datang meluangkan masa berkualiti dengan keluarga!

Kemudahan rekreasi untuk dinikmati oleh para tetamu (mini playground dan juga kolam renang)

Tak jauh daripada apartment kami ialah Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Di sini pun satu lagi kediaman untuk bercuti yang ideal. Di sinilah terdapatnya restoran, aktiviti-aktiviti sukan air dan termasuklah kolam renang yang memang awesome!

Fasiliti kolam renang di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut. 

Kawasan Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak ni cukup luas. Memandangkan kami tak bawa kenderaan sendiri, kami disediakan dengan kemudahan buggy yang cukup selesa untuk membawa kami meneroka sekitar kawasan ni.


Pelbagai Aktiviti Sukan Air


Ada banyak sebenarnya aktiviti sukan air yang korang boleh lakukan di sini. Adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan seawal korang check-in lagi.

Berikut ialah antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini:

1. Jetski
2. ATV 4-Wheel Motor
3. Menunggang kuda
4. Berkayak
5. Banana Boat
6. Great Big Mable
7. Memancing (siang/malam)
8. Outrigger
9. Giant Bubba
10. Poparazzi
11. Pangkor Drop
12. Sunset Cruise
13. River Cruise
14. Island hopping, snorkeling and fish feeding

Banyak pilihan-pilihan menarik, kan? Tak cukup dengan tu, aktiviti-aktiviti ni disediakan di pantai yang cukup privasi, dikhaskan untuk pengunjung di sini sahaja. Cool, kan?!

Tengoklah pemandangan pantainya yang cukup mendamaikan ni!

Aktiviti menunggang kuda (kiri) dan tempat menjamu selera (kanan)

Selepas memikir-mikir, akhirnya kami ambil keputusan untuk mencuba aktiviti snorkeling, island hopping and fish feeding sebab ini antara aktiviti yang paling mendapat sambutan dekat sini. Lagipun, rindu sebenarnya nak snorkeling lagi. Haha.

Sebenarnya, satu trip menaiki bot ni perlu empat orang. Nasib kami baik sebab diberi peluang untuk meneruskan aktiviti ni walaupun cuma berdua.

Apa yang pasti, keseronokan melakukan aktiviti ni memang tak terkata! Daripada meredah angin laut yang cukup sejuk dan mendamaikan, mengenali antara tarikan dan struktur pulau-pulau yang unik sampailah bermandi-manda dengan air laut yang agak jernih dan ikan-ikan yang cantik!

Boleh cuba pelbagai aktiviti air termasuklah snorkeling, island hopping dan fish feeding


Makan Time!


Alternatif 1: Makan di tempat berdekatan dengan Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut   


Oleh sebab lokasi Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak ini agak terpencil, mungkin sesetengah orang sukar untuk makan di luar. Kedai atau warung makan terdekat ialah sejauh 6 km daripada apartment ini. Warung ni terletak betul-betul persimpangan nak ke Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak.

Makanan yang dihidangkan untuk pagi itu ialah makanan lauk-pauk dengan selera tempatan dengan harga yang cukup murah. Normal kot, selera kampung dengan harga yang murah tetapi memiliki rasa yang mahal tau!

Alternatif 2: Makan di dalam Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut



Alang-alang dah sampai di lokasi yang cukup eksklusif ni, apa salahnya mencuba makanan di dalam kawasan apartment ni sendiri. Ada tiga restoran yang ditawarkan iaitu Garden Terrace, Thai Taste dan The Blue Chip Lounge di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut yang terletak di kawasan ini.

Saya sempat singgah dan menikmati makan malam yang cukup menyelerakan di Thai Taste. Ada banyak sangat pilihan makanan ala-carte untuk makan malam. Pada belah siangnya, set makan tengah hari cuma RM25 je. Harga memang cukup berbaloi kat sini!


Alternatif 3: Makan semasa aktiviti island hopping, snorkeling and fish feeding  



Disebabkan aktiviti yang dirancang adalah secara cukup personalized dan mengikut keselesaan korang, bolehlah mencuba makanan dekat salah satu restoran di pantai yang korang akan singgah. Yang saya maksudkan ialah Restoran Nipah Deli di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor!

Dekat sinilah saya menikmati makan tengah hari saya. Selepas puas berenang-renang, memang laparnya tak terkatalah. Jadi memang berselera betul saya makan. Harganya pun memang sangat berbaloi! Sambil korang makan, dapatlah menyaksikan suasana pantai yang cukup nyaman sebab restoran ni betul-betul di menghadap pantai.

Sebab apartmentnya yang selesa, aktiviti yang banyak untuk dicuba dan persekitaran yang cukup mendamaikan, tak syak lagi percutian dengan SGI Vacation Club memang susah nak dilupakan!


Apalagi yang membuatkan percutian sebagai ahli SGI Vacation Club ni sangat berbaloi-baloi?

Berikut kelebihan menjadi ahli SGI Vacation Club yang saya nak kongsikan dengan korang.

1. Stress-free Travel Experience - With SGI Vacation Club membership, you can now leave your everyday stresses behind and rejuvenate yourself. Plan a getaway and cherish every moment to create everlasting and wonderful memories with your families, friends and loved ones. All you need to do is to make your reservation online and head out for your new adventure.

2. Hedge Against Inflation - Once you join SGI Vacation Club's big family as a member, you secure today's accommodation cost for all of your future vacations. Best of all, you create significant savings by pre-paying at current prices and safeguard yourself against the cost inflation. 

3. Hedge Against Foreign Currency exchange - By becoming SGI Vacation Club member, you are not only enjoying cost-savings but you mitigate your exchange rate fluctuations risk while travelling out of the country as your future holiday are locked at today's price.

4. Discover Quality Hotels and Resorts Worldwide - You have a big dream to explore exciting destinations around the world? Satisfy your wanderlust with Interval International, our affiliated global exchange partner whom provides access to more than 2,900 hotels and resorts worldwide with SGI Vacation Club's membership. It is never too late to tick off all you To-Do-List.

Oh ya... Nak menang penginapan percuma di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut tak? Kalau ya, jangan lupa untuk isi borang di bawah dan bagitau kenapa anda ingin bercuti di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut (tidak lebih 100 patah perkataan)

Untuk menang, anda kena 'like' dan 'share' Facebook Page SGI Vacation Club | KLIK SINI


1. 3 (TIGA) pemenang cabutan bertuah akan diumumkan melalui email dan Facebook SGIV.
2. Dengan klik Hantar, anda bersetuju untuk menghantar maklumat anda ke SGIV dan digunakan mengikut polisi PDPA.
3. Dengan klik Hantar, dengan ini anda mengesahkan bahawa anda bersetuju untuk syarikat mengumpul, menyimpan, merekod & memegang maklumat peribadi anda termasuk tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, alamat, no. telefon & email mengikut perlindungan data polisi peribadi syarikat & undang-undang berkenaan perlindungan data.
4. Peserta yang tinggal layak untuk menebus baucer lain apabila bercuti & tertakluk kepada kriteria kelayakan
5. Tertakluk kepada terma & syarat

Alamat:
SGI VACATION CLUB BHD
S-7-01 & S-7-02
Swiss Garden Residences, 
No. 2A Jalan Galloway, 
50150 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor telefon
+603 2788 6688
Laman web
KLIK SINI

Facebook
KLIK SINI

Selamat bercuti semua dan ALL THE BEST!