Kawah Ijen tidak lagi asing dalam kalangan pengembara terutamanya mereka yang minat aktiviti lasak serta ingin melihat blue fire itu sendiri. Selepas ianya mendapat liputan meluas National Geographic/BBC Travel dan termasuk para blogger-blogger, ianya terus menjadi antara tarikan utama di East Java.


Trivia: Tahukah anda bahawa hanya terdapat dua tempat dalam dunia ni yang korang boleh tengok blue fire? Yes, satu di Iceland dan satu lagi di East Java, Indonesia (Banyuwangi).


Aku berpeluang untuk menaiki Gunung Ijen sebanyak dua kali; 3 tahun lepas dan baru-baru ni bersama dengan Wonderful Indonesia serta beberapa ASEAN blogger dan influencer. Rasanya sudah tiba masa untuk aku kongsi sedikit pengalaman dan juga beberapa tips yang aku percaya berguna untuk mereka yang bercadang untuk menawan Gunung Ijen.

Apa yang perlu anda tahu?
Kawah Ijen atau Gunung Ijen ini sudah menjadi tarikan utama di Timur Jawa, Indonesia dan ini menjadikan ia sebagai destinasi 'panas' yang sering mendapat kunjungan daripada semua orang tidak kira dalam Indonesia mahupun luar Indonesia.



Selain itu, ia juga merupakan satu-satunya kawah di Indonesia yang mempunyai fenomena blue fire. Fenomena ini terjadi setelah suhu panas di kawah bergabung dengan sulfur. Blue fire hanya boleh dilihat sebelum terbitnya matahari. 

Tasik ini terbentuk selepas gunung meletus dipercayai berlaku sekitar 2,500 tahun lalu. Air dia selalunya warna turqoise, cantik memang cantik tapi sangatlah berbahaya kerana ianya tinggi dengan acid. Cantik di mata tapi sentuh jangan sekali LOL. 

Pengalaman Menaiki Gunung Ijen

Pertama Kali
Pertama kali naik Gunung Ijen, iaitu sekitar 3 tahun lepas, semuanya baik saja. Aku enjoy every moment. Tak dapat dinafikan hike agak mencabar sebab ada beberapa part tahap inclination tu boleh sampai 90 degree. Lagi-lagi hike dalam keadaan gelap, bertambah mencabar la kan sebab tak nampak apa & tak boleh nak expect. Selepas hampir 2 jam lebih hike, sampai juga dekat atas dan alhamdulillah masa ni dapat juga aku tengok blue fire secara jarak dekat.



Kali Kedua
Berbeza pula untuk kali kedua sebab semua aku dah boleh expect. Nak bawa apa? Nak pakai apa? Susah atau senang? 

Semua dah ada dalam kepala. Selain itu, untuk kali kedua ni aku pergi dalam kumpulan yang agak besar. Kemeriahan tu lebih sikit la and plus ramai boleh bagi inspirasi dan sokongan untuk terus berjuang sampai ke atas. Kali kedua juga sedikit sukar untuk aku sebab kebetulan masa tu kesihatan diri tidaklah begitu baik.



Gambar atas: Inilah view yang korang boleh nampak bila turun ke kawasan sekitar kawah.

Kali kedua ni aku decide untuk stay di atas sahaja since dah pernah tengok blue fire. Boleh la tengok view cantik bila matahari terbit. It was truly a magical view to see!

Persediaan & Tips Menaiki Gunung Ijen
Bagi mereka yang dah selalu hike tu rasanya mereka tahu apa yang diperlukan untuk naik Gunung Ijen. Tapi mereka yang bukanlah selalu hike, tak perlu risau. Tak susah pun nak naik ke atas. Yang penting korang kena bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak lupa beberapa aspek lain. 

Kebiasaannya aktiviti mendaki ni bermula pada tengah malam sekitar 12.30 pagi (kalau nak tengok blue fire) tapi kalau nak tengok view sahaja bila bila boleh datang tapi make sure sebelum pukul 3 p.m sebab time tu agak berasap dan mungkin boleh menyukarkan penglihatan anda. 


Gambar atas: Blue Fire, fenomena yang hanya berlaku di beberapa tempat dalam dunia.

Kalau plan nak tengok blue fire, adalah digalakkan untuk korang tidur awal dan bangun sekitar jam 11.30 malam (beri masa korang bersiap, isi perut dengan makanan ringan dan pergi ke bahagian permulaan mendaki. 

Perkara-Perkara Diperlukan

1. Topeng Muka 
Ini wajib ada. Lagi bagus kalau korang bawa topeng siap dengan filter dan berkualiti tinggi. Ini adalah kerana dekat atas nanti akan ada asap sulfur yang sangat tebal. Trust me! You need the mask. Susah nak bernafas dan kalau tak pakai topeng, semestinya boleh bahayakan kesihatan anda dalam jangka masa panjang.


Gambar atas: Contoh topeng muka yang sesuai untuk dipakai

Kalau sayang diri tu, sila pakai ya. Just in case terlupa, korang boleh sewa topeng dari beberapa orang dekat sini. Harga sewa sekitar 50,000 Rupiah (Dalam RM16).

Ingat, PLEASE PAKAI MASK!


2. Baju Tebal dan Baju Nipis
Kenapa baju tebal dan nipis? Kalau korang mendaki pada tengah malam, kena pakai baju tebal (but bukan fancy one la. Cukup untuk melindungi badan korang daripada kesejukan). Ini kerana suhu di atas tu boleh tahan sejuk especially dalam pukul 3 ke 5 pagi. Remember, jangan pakai fancy one ya nanti susah korang nak mendaki

What about baju nipis? Once matahari dah naik, suhu dah mula panas. So, adalah lebih baik korang turun dalam keadaan selesa.

Aku pakai thermal wear dari Uniqlo ianya sangat selesa dan mudah dipakai. Yang penting, ringan!


3. Topi/Snow Cap
Ini tidak wajib untuk korang pakai but kalau korang jenis jaga kulit muka, boleh la pakai sebab once korang stay dekat atas sampai matahari terbit kemungkinan untuk dapat kulit gelap itu tinggi sebab cahaya matahari boleh tahan kuat juga.

4. Trekking Pole (Tongkat Mendaki)
Mendaki ke Gunung Ijen tak ada la susah. Sesiapa pun boleh buat. Tapi dengan menggunakan tongkat mendaki, ia akan memudah dan melancarkan lagi misi pendakian korang. Kalau terlupa nak bawa, korang boleh sewa ataupun sepanjang perjalanan korang mungkin boleh grab batang kayu di sekitar situ (make sure yang kuat la ya). 


5. Kasut Hiking
PALING PENTING! Please pakai kasut khas untuk hiking. Jangan la susahkan diri tu pakai kasut fancy dan berat nanti korang juga susah nak naik ke atas. Kadangkala permukaan jalan agak licin especially masa nak turun. Lagi satu, kalau plan nak turun tengok blue fire, aku sarankan korang pakai kasut yang proper sebab permukaan di kawasan kawah agak berbatu.


6. Makanan & Minuman
Rasanya tak perlu nak ingatkan pasal ni sebab korang semua pasti akan prepare untuk bawa makanan. Makanan tu aku refer kepada snek, energy bar ya. Bukan nasi goreng, ayam masak lemak, rendang daging and all. Ini untuk alas perut saja bila korang dah sampai dekat atas.

Selain itu, tolong bawa air secukupnya kerana anda akan berpeluh dan dahaga masa mendaki.

________________________________________________
Random Photos

Gambar atas: Pemandangan matahari terbit yang mampu memukau mata sesiapa sahaja. Cantik sungguh!


Gambar atas: Kalau suka ambil gambar, boleh la naik ke atas untuk tengok matahari terbit. View cantik!



Gambar atas: Cuba dapatkan feel jadi orang local yang susah payah turun naik dan meletakkan nyawa mereka dalam risiko bahaya. (Of course la bakul tu kosong. Eheh)


Gambar atas: View sekitar pukul 5.50 a.m. rasanya. Cantik, but pedih sebab time ni asal sulfur boleh tahan tebal. Pedih mata dan sesak nafas.


Gambar atas: View salah satu gunung berdekatan dengan Gunung Ijen, Gunung Raung.


Gambar atas: Bayangkan mereka setiap hari turun naik ke Kawah Ijen untuk mendapatkan sulfur sebagai sumber pendapatan mereka. Some of them tak pakai mask pun. Hmmm.


Gambar atas: View panorama yang korang boleh nikmati masa turun ke bawah.


Gambar atas: Tak dapat dinafikan view memang cantik tapi sayang masa tu asap agak tebal. Sigh. Oleh itu, kalau nak view kawah yang clear datang la sekitar 10 pagi ke atas. InsyaAllah boleh dapat view best.

Okay la, sekian saja perkongsian dari aku mengenai pengalaman naik ke Gunung Ijen. Maaf la tak banyak yang boleh dikongsi. Tapi kalau korang ada benda nak tanya, boleh la hantar pertanyaan korang dalam bahagian komen di bawah atau melalui e-mel. 

________________________________________________
VIDEO
Second hike up on Mount. Ijen, East Java, Indonesia!


Special thanks to Ministry of Tourism Indonesia for making this wonderful journey possible!
Be sure to check out their social media platforms: Facebook, Instagram and Twitter

CLICK HERE to follow my #TripOfWonders Journey