Dalam banyak-banyak trip aku pergi sebelum ini, trip kali ni
boleh dikatakan antara yang beri penuh makna. Bukan apa, ia membuka mata dan
minda aku bahawa India sebenarnya negara yang indah dengan pelbagai warna
budaya, alam, kulinari dan banyak lagi.
Umumnya bila bicara tentang negara ini, majoriti kita akan
cakap “Try untuk tidak pergi ke India sebab negara tu tak selamat dan kotor”.
Tapi, kita semua tahu kan yang India ni antara 10 negara terbesar di dunia dan
pastinya setiap tempat beri kita pengalaman berbeza (tak seperti yang korang
sangkakan).
Sebelum ni aku pernah ke India, iaitu ke Visakhapatnam yang terletak
di bahagian Barat. Kali ni aku berpeluang untuk ke bahagian Utara iaitu Ladakh,
terletak di Jammu & Kashmir.
Bagi aku, Ladakh sangat berbeza dalam banyak aspek dan
mempunyai nilainya tersendiri. Terlalu banyak benda yang aku experience
sepanjang 14 hari di sana (aku akan kongsi dalam entri-entri seterusnya).
Untuk sekarang, entri ini cuma nak cerita secara ringkas
beberapa tempat yang aku kunjungi di Ladakh:
Shanti Stupa
First day sampai di Ladakh, ramai yang bagi nasihat
kitaorang untuk jangan buat apa-apa aktiviti berat sebab kita kena biasakan
diri dengan suhu dan tahap ketinggian di sini. Oleh itu, aku cuma ke Shanti
Stupa iaitu salah satu bangunan ikonik terletak di bandar utama Ladakh, Leh.
Ianya merupakan tempat ibadah bagi kaum Buddha sekali gus
menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati
panorama sekitar Leh. Kalau korang duduk betul-betul di tengah bandar Leh,
korang boleh jalan kaki atau naik motor ke sini (kalau nak jimat).
Nubra Valley
Rasa sangat bertuah sebab akhirnya berpeluang untuk ke Nubra
Valley, terletak sekitar 150 km dari Leh yang terkenal dengan cold dessert dan
unta. Tak pernah terfikir yang kat Ladakh ni ada padang pasir dan unta sampai
la aku tiba di sini.
Kalau ada masa lebih, boleh la datang ke sini dan cuba naik
unta yang ada di sini.
Tasik Pangong
Tasik ni confirm terkenal bagi mereka yang suka tengok
cerita Bollywood. Kalau cakap pasal Pangong Lake je confirm filem ‘3 Idiots’
akan keluar dalam fikiran korang kan?
Perjalanan ke tasik ni agak panjang juga dari Leh/Nubra
Valley sebab tu kitaorang decide untuk menginap satu malam di salah satu
penginapan khemah di sini. Sangat sejuk tapi mujurlah view sekitar tasik ni
cantik yang amat.
Trekking (Rumbak Valley – Stok Valley)
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, untuk mereka yang minat
aktiviti adventure, trip ke Ladakh ni semestinya tidak sempurna kalau tak buat
trekking. Bila baca beberapa ulasan di Internet, ramai juga yang kata trekking
di sini boleh tahan mencabar. Tidak dapat dinafikan, memang betul.
Tapi ada juga yang kata, tak rugi kalau buat trekking di
Ladakh sebab view memang cantik yang amat. Ini juga, aku tak boleh nafikan.
Banyak alternatif yang korang boleh pilih tapi untuk aku,
rasanya trekking 3 hari pun sudah cukup. Aku bukan frequent hiker/trekker, so
aku tahu la ability aku sampai mana.
First day di Rumbak Valley (terkenal dengan snow leopard)
dan berakhir di Stok Valley. Pengalaman penuh nanti aku akan kongsi dalam entri
akan datang. InsyaAllah.
Tasik Moriri
(Tsomoriri)
Selain Tasik Pangong, Tasik Moriri atau Tsomoriri juga
korang tak boleh miss. Antara dua ni, aku lagi suka Tsomoriri sebab bagi aku ia
lebih cantik dari Pangong.
Bercamping lagi di sini untuk 3 malam dan yang bestnya ialah
aku berpeluang untuk ride kuda di sekitar Tsomoriri. Pemandangan sepanjang
tasik tu Ya Allah, cantik yang amat. Terharu dan rasa tak sabar nak kongsi
pengalaman penuh di Tsomoriri ni kat korang!
CHOP!
Hah, sometimes kita rasa malas sangat nak browse banyak
website untuk cari flight dan juga hotel murah. Dengan adanya www.my.paylesser.com, kini korang
berpeluang untuk grab diskaun menarik! Bukan itu sahaja, anda juga bakal
menerima kupon terkini dan pelbagai lagi tawaran!
Kalau korang ada plan nak travel ke mana-mana, boleh la dapatkan kod diskaun untuk flight melalui Expedia (Kod Diskaun) dan untuk yang suka book hotel last minute, boleh dapatkan tawaran menarik dari Hotels.com (Hotel Murah Pada Saat Akhir). Mudah dan jimat!
Nantikan entri-entri seterusnya untuk #KembaraLadakh!
SUBHANALLAH, ni buat hati tergoda lagi. btw semua foto u memang awesome
ReplyDeleteCantik gambar...tahniah kerana telah mengembara ke tempat antara yang best di dunia.
ReplyDeletewhoa very fascinating lah! :O hopefully one day nanti blh travel sini!
ReplyDeleteBelum sampai Ladakh. Jika nanti ada rezeki maulah kembali lagi ke India dan berkunjung ke sana. Foto-fotonya cetar abis, Pojie!
ReplyDeleteLawaaanya Ladakh. Meronta jiwa tengok gambor kat sini.
ReplyDeletePergh... suddenly Ladakh jadi one my dream destinations! Wargh!!
ReplyDeleteantara wishlist nak pergi. ladakh india. subhanallah cantiknya sini.
ReplyDeleteCantiknya gambar2.
ReplyDeletePhotog bukan calang2 nie hehe
cantik giler tempat ni. ko pakai tshirt x sejuk ker bro? heheh
ReplyDeleteFoto - foto kamu mempesona sekali,
ReplyDeleteLadakh menjadi destinasi impian tahun depan, semoga bisa ke india
India is one of my wishlist to visit. Btw, amazing photos as usual ;)
ReplyDeletebestnyer kalau tak nak g sini hari tu tp tukar plan pegi lombok
ReplyDeleteview superb! Gambar cantik bikin menangis!
ReplyDeleteFuhhh memang terbaiklah... speechless tengok... terpesona dgn pemandangan yg superb! :) :)
ReplyDeletesemua gambar ohsem la bro!
ReplyDeletesemua cntikkkk. terpaku tngok! bila lah dpt travel mcm pojie. hehe
ReplyDeletekeren sekali pemandangannya pojie 👍
ReplyDeleteYou've been to India. As usual, amazing photos!
ReplyDeleteTasik Pangong tu! Ya Rabbi cantiknya air dia,gunung dia...semua tempatlah cantik.
ReplyDeletesy ad few questions la nk tya.. insha allah nk cover sana december ni.. nk mintak agent yg u pakai di leh ni. dr leh nk ke new delhi pakai darat bole x in december jalan ok ke?? due the heavy snow at that time kan. klo dr srinagar
ReplyDeleteke leh jalan tutup kne pakai jalan udara..