Aktiviti menarik di Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary!

Tuesday, June 07, 2016 Pojiegraphy Journal 6 Comments

Nampaknya, rata-rata kami semua belum lagi move on dengan pengalaman di Tanah Aina Farrah Soraya, ternyata tempat tu betul-betul meninggalkan impak yang sungguh kuat pada kami semua. Harap dapat pergi sana lagi, insyaAllah.


Jangan risau, banyak lagi cerita menarik bakal dikongsikan kepada korang semua. Misi meneroka destinasi pelancongan berkonsepkan eko diteruskan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang (PKGK)

Jika sebelum ni kita buat aktiviti agak mencabar (ye la kot) dengan melakukan lompatan 'Leap of Faith, kali ini kita bakal mandi bersama-sama dengan gajah. Best atau tidak? Korang kena baca sampai habis la. Jeng jeng jeng. 


Tengok la perangai kitaorang dalam gambar kat atas tu. Ya ampun, semua lagi teruja nak mandi dengan gajah la tu. Ish ish, behave sikit kakak and abang. LOL

Perjalanan dari Tanah Aina Farrah Soraya ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ni mengambil masa sekitar 1 jam lebih juga la. Lagi sekali, aku ambil peluang untuk tidur.


Akhirnya, sampai juga di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Jujur, aku tidak la berapa minat dengan tarikan atau pertunjukan seperti ini sebab ianya selalu sinonim dengan benda-benda yang tak berapa nak bagus, ada yang cakap gajah kena dera, rasa sakit, terseksa dan banyak lagi.

Jika kita lihat apa yang berlaku kepada mereka di luar negara, memang sangatlah menyedihkan. Tak sanggup. Tapi, alhamdulillah. Aku tengok gajah-gajah di sini dijaga dengan baik, moga-moga bukan hanya kerana tahu kehadiran kami, tapi atas sebab dasar kemanusiaan terhadap hidupan yang dianggap kian pupus ni. InsyaAllah.


Sampai sahaja di sini, korang akan diberikan pelekat khas menandakan anda sebagai pelawat.

Proses awal melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
Sebelum masuk ke dalam, anda perlu daftar dan tandatangan surat pelepasan tanggungjawab. Kalau pergi dalam kumpulan besar, boleh hantar seorang wakil dengan senarai penuh nama pelawat yang lain.

Tip: Menurut laman web rasmi PKGK, adalah digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui sistem E-Tempahan (DI SINI), telefon atau menghantar surat ke pihak PKGK untuk bagi mengelakan korang terpaksa beratur atau tunggu lama, especially mereka yang bawa rombongan besar.


Menonton tayangan video mengenai program pemindahan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru
Sebelum meneruskan sesi meneroka, sempat juga kami dibawa ke auditorium khas untuk melihat tayangan video sekitar 30 minit. Video ringkas ini memberikan para pelawat sedikit maklumat dan melihat sendiri senario bagaimana gajah liar terdedah dengan bahaya.

Sepanjang menonton video itu, kitaorang dapat juga tengok bagaimana gajah diselamatkan dari kawasan bahaya ke habitat yang lebih selamat dan terjamin buat mereka. Secara tidak langsung, ia juga memberi kesedaran kepada kami semua bahawa nyawa gajah juga seharusnya dijaga kerana hidupan ini sudah dianggap ke arah kepupusan.



Selepas menonton tayangan video, tibalah masa untuk makan tengahari. Terdapat kafe kecil di sini. Boleh la korang alas perut dengan makanan yang mereka hidangkan atau hilangkan rasa dengan dengan mengenakan secawan milo segar. Eh, kenapa tiba-tiba milo segar pula? Bhahaha. Tetiba.

Selepas selesai makan dan minum tengahari, kami teruskan misi menerokai Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary. Kali ni, kita bakal tengok gajah-gajah yang comel tu. Mesti korang tak sabar kan? Jom ikut aku!



Di sini, para pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan gajah, termasuklah memberikan makanan kepada mereka (tapi hanya makanan yang tersedia/jual di sana). Adalah dilarang untuk bagi makanan yang korang bawa dari luar. Ye la, takut nanti makanan yang korang bagi tu boleh jejas kesihatan gajah-gajah kat sini.

Tak apa, just sediakan sedikit wang dan beli dekat penjual di sini, kalau korang teringin nak rasa belalai gajah sentuh kat tangan korang. Awesome experience! Kalau tak berani, tengok dan ambil gambar pun tidak jadi masalah. Tetap akan enjoy.



Selain dari mempelajari sejarah-sejarah tentang gajah dan juga Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, para pengunjung juga boleh melihat gajah-gajah mandi bersama dengan penjaga mereka di sini. Tahukah anda bahawa salah satu impian aku selama ini adalah nak mandi bersama-sama dengan gajah? Ya, memang dah lama nak merasa mandi dengan gajah sebab mereka ni, bagi aku, sangatlah istimewa (sayang kenapalah orang nak buru dan sanggup bunuh diorang dengan kejam hanya semata-semata untuk mendapatkan gading mereka).

So, adakah Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary berjaya merealisasikan impian aku?


Yes, kami berpeluang untuk masuk ke sungai dan mandi bersama dengan gajah, sudah pasti anak gajah la. Yang dewasa tak boleh, takut nanti dia tendang kitaorang sebab tak reti nak behave. Hahaha,
masing-masing teruja kan. Aku, Edgar, Sya, Rozana dan sorang lagi peserta dari Guangzhou memang sangat-sangat teruja.

Sampai tak kisah dah apa yang timbul atas air, faham-faham la. But, demi pengalaman yang berharga ini, aku tak peduli apa yang ada masa tu, yang penting dapat masuk air dan main bersama gajah. Walaupun cuma dalam jangka masa yang pendek, aku bersyukur atas peluang ni.


Harap-harap masa akan datang nanti aku boleh bermain dan mandi dengan gajah ni lebih lama. Amin!

Jadual untuk para pengunjung
Adalah digalakkan untuk korang sertai aktiviti dari pagi, iaitu 10.30 pagi sampai habis.

10.30 am hingga 12.00 pm : Melihat gajah dekat tempat yang disediakan
1.00 pm hingga 1.30 pm : Pertunjukan Video (sejarah dan dokumentari gajah liar ke habitat baru)
2.15 pm : Mandi bersama gajah
2.45 pm hingga 3.15 pm : Sesi talk tentang konservasi gajah (penerangan mengenai gajah dan sejarahnya)

NOTA: Tiada perkhidmatan menaiki gajah di sini. Korang jangan la minta seperti itu ya, kerana di sini ialah tempat menjaga gajah dan bukannya 'dera' gajah. Hmmmm.

Cara ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary
Pusat ini terletak 15 km dari pekan Lanchang, Temerloh, Pahang. Para pengunjung boleh pandu dan letak kereta mereka di kawasan parkir yang disediakan.

Kordinate GPS: 3.596068, 102.145354

Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary
Waktu operasi:
8.00 am hingga 1.00 pm dan 2.30 pm hingga 4.30 pm (Isnin - Ahad)
8.00 am hingga 12.30 pm dan 2.30 pm hingga 4.30 pm

Tel: 013 9790272 / 013 9088207
E-mail: necc@wildlife.gov.my
Laman web: www.wildlife.gov.my

Tempat ini sangatlah sesuai untuk para ibu bapa yang berhajat untuk memberi pendedahan luas kepada anak-anak mereka tentang kehidupan gajah. Sekarang ni penting untuk anak-anak muda kita tahu bahawa nyawa gajah berada dalam ancaman, oleh itu kesedaran untuk menjaga mereka perlu ada.

Selain itu, dapat la berekreasi sambil dikelilingi tumbuhan hijau. Dengan ini, berakhirlah perkongsian ringkas aku tentang Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, harap sedikit sebanyak dapat memberi input kepada mereka yang nak pergi ke sini.

Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan impian aku untuk melihat keindahan alam semula jadi di Pahang dan Putrajaya menjadi realiti. Teruskan ikuti cerita #MyEcoFamTrip2016 - DI SINI

6 comments:

  1. Ada tak jumpa dengan gajah nama "carolina"? hahaha!
    Kami dulu mandi dengan anak gajah nama dia aboiii, pehh hyper gila....
    Kemain excited mandi dengan gajah, kejap lagi baru ramai sedar yang masing2 tak bawa baju tukar, hah gasak kau basah2 kuyup macam tu naik bas balik sampai shah alam baju tu jugak!
    sampai kering semula dalam bas Zzzzz...

    ReplyDelete
  2. Pernah sampai sini tapi masa tu tak dapat mandi dengan gajah. Wargh!! Ruginya!

    ReplyDelete
  3. Nice! Aku harap PKGK dapat lebih banyak dana dari kerajaan dan swasta atas dasar gajah ini betul-betul dijaga dan bukan dijadikan hiburan.

    Untuk makluman, Perhilitan pun telah mulakan projek Pusat Konservasi Harimau berdekatan Deerland, satu-satunya pusat konservasi harimau di Malaysia!

    ReplyDelete
  4. bestnya siap boleh mandi dengan gajah lagi tu ha.

    ReplyDelete
  5. maklumat yg amat bermanfaat...no tel pusat yg terkini..thank you..web yg banyak membantu dlm memberikan maklumat mengenai Pusat Konservasi Gajah di kuala gandah ni

    ReplyDelete