Aktiviti-aktiviti menarik di Pagar Alam, Sumatera Selatan, Indonesia

Wednesday, June 22, 2016 Pojiegraphy Journal 13 Comments


Nampaknya, diri ini sangatlah sukar untuk move on dari setiap kenangan manis yang aku lalui di Danau Ranau. Itulah lumrah hidup, setiap kegembiraan pasti ada penghujungnya dan mungkin akan muncul yang lainnya pada masa hadapan.

Baca juga: 7 sebab anda perlu berkunjung ke Danau Ranau, Sumatera Selatan, Indonesia

Betul, kegembiraan aku bukan hanya terhenti di situ. Ianya berterusan selepas trip #PesonaSriWijaya membawa para peserta ke salah satu destinasi tercantik di Sumatera Selatan iaitu Pagar Alam.



Perjalanan ke Pagar Alam, merupakan pengalaman yang paling mencabar buat pemandu kitaorang. Ye la, Pagar Alam ni terletak dekat tanah tinggi. Jalan menuju ke atas ni pula agak tinggi dan sempit. Dengan itu, tepukan gemuruh buat pemandu kitaorang yang sangat cekap lagi handal.

Terletak sekitar 298 km dari Palembang, Pagar Alam merupakan salah satu destinasi kegemaran aku yang kaya dengan keindahan alam dan seni budaya. Ia mempunyai lima buah daerah (kota) kecil iaitu Dempo Selatan, Dempo Tengah, Dempo Utara, Pagar Alam Selatan dan Pagar Alam Utara.

Oh ya, semalam (21 Jun 2016) merupakan hari warga Pagar Alam menyambut ulang tahun yang ke 15 tahun. Wah!


Kitaorang tiba di Pagar Alam sekitar jam 6 petang. Sekali lagi, tak dapat menikmati keindahan panoramanya sebab dah gelap. Tapi yang pasti, masa sampai tu memang rasa sangat sejuk. Feeling ala-ala dekat Europe pula. Ewah!

Kami makan malam dan ada sedikit ucapan dari wakil kota Pagar Alam. Terima kasih atas penerangannya yang begitu lengkap dan padat, cuma badan terasa sangat penat masa tu - tak dapat nak fokus walaupaun berminat nak dengar cerita mengenai kota ini.

Nasib la kami dibekalkan buku khas yang memberi maklumat terperinci. Sekian saja untuk bab pendahuluan, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Pagar Alam, taip saja 'Pagar Alam' di Google, pasti banyak sumber bacaan yang korang boleh rujuk.

Dengan ini, aku nak kongsi beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat bila datang ke sini. Berikut adalah:-

Mengambil gambar di sekitar ladang teh

Industri asas tani merupakan antara jantung utama ekonomi di Pagar Alam dan antaranya ialah penghasilan teh. Di sini, terdapat ladang teh yang bagi aku agak luas, besar dan segar menghijau. Tidak hairan la tempat ni menjadi spot terbaik untuk aku ambil gambar cantik.

Ladang teh yang terkenal ialah ladang yang berdekatan dengan Gunung Dempo, iaitu ladang yang mempunyai keluasan sekitar 3000 hektar. Menurut kepada orang tempatan di sini, ladang teh ini merupakan salah satu peninggalan Belanda, pada suatu dahulu.



Dengan cuacanya yang begitu sejuk menjadikan tempat ini sebagai tarikan terpenting di Selatan Sumatra. Ye la, kita kan suka dengan cuaca sejuk ni. Nak pergi negara-negara yang mempunyai cuaca sejuk ni mungkin jauh dan makan belanja, pergi je la tempat seperti Pagar Alam ni.


Kalau anda bercadang untuk datang ke ladang teh ni, cuba untuk pergi sekitar jam 7 pagi hingga 2 petang sebab masa tu korang boleh tengok ramai pekerja tempatan tengah petik daun teh. Tak tipu, pastinya korang boleh ambil gambar lanskap yang cantik-cantik!

Jangan lupa untuk senyum dan ajak mereka bersembang sikit. Boleh la korang tanya sedikit pengalaman mereka, cara-cara petik daun teh dan banyak lagi. Kedatangan kitaorang ternyata disambut dengan senyuman oleh mereka buat aku rasa berat nak tinggalkan Pagar Alam.


Jangan lupa untuk minta izin para pekerja untuk belajar petik daun teh (petik daun teh pun kena ada cara untuk pastikan kualiti yang baik). Satu pengalaman bermakna yang semestinya boleh dibawa pulang dan kongsi dekat kawan-kawan korang. 

Cuba "off road" untuk cabar diri anda

Pagar Alam bukan sahaja kota yang menawarkan anda keindahan alam tapi juga pelbagai jenis aktiviti lasak antaranya ialah off road. Jika anda mencari aktiviti lasak di sini, aku sarankan korang wajib cuba aktiviti off road. 

Memiliki keluasan sekitar 10 hektar, kawasan kebun kopi berdekatan dengan Gunung Dempo ini telah menjadi tempat untuk melakukan aktiviti off road sejak tahun 2005 lagi, memandangkan permukaan jalannya yang hanya boleh diakses dengan kenderaan empat road. 

Litar yang selalu digunakan ialah Kebun Agung Kelurahan Ulu Rurah (Pagar Alam Selatan), Sandar Angin dan Padang Serunting. Jarak litar ni adalah sekitar 3 km atau 10 minit dari kota utama. Tak ada la jauh mana pun. 


Ini merupakan kali pertama aku cuba aktiviti ni, nampak macam agak scary. Ye la, tak tahu apa yang akan terjadi dekat bawah tu kan tapi jangan risau kerana para pemandu yang akan bawa korang tu semuanya yang dah berpengalaman.

Tapi, aku agak terkejut sebab ada antara pemandu yang bawa kitaorang tu berumur sekitar 17 tahun dan seorang perempuan. Wow, tabik hormat la untuk dia. Memang hebat!


Off road ni bawa korang pusing Padang Serunting selama sekitar 20 minit. Inilah waktu sesuai untuk jerit sekuat yang korang nak tanpa fikir orang sekiling.

Jika anda berminat untuk buat off road, harga untuk beberapa pusingan ialah sekitar IDR 500,000 dan boleh cuba hubungi Pak Berlian - 081367350060.

Bawa pulang buah tangan dari Pagar Alam

Dah penat datang dari jauh, mana mungkin kita nak balik dengan tangan kosong. Jangan risau kerana ada beberapa kedai souvenir yang terdapat di sini. Kalau datang dengan tourist guide, boleh minta dia bawa korang ke tempat nak beli souvenir yang murah dan best. Kalau pergi sendiri, rasanya boleh la cuba tengok Pusat Oleh-Oleh Khas Pagar Alam "Dik and Dag" - boleh rujuk laman Facebook DI SINI.


Bermacam-macam juga la yang dijual dekat kedai souvenir ni termasuklah kopi khas Pagar Alam, yang wajib korang bawa balik dan hadiahkan kepada mereka yang suka minum kopi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kraf, pakaian dan banyak lagi.

Menikmati kesegaran Air Terjun Embun (Cughup Embun) 

Selain kebun teh, mandi di Cughup Embun juga menjadi salah satu aktiviti kegemaran aku apabila berada di Pagar Alam. Terletak di Dusun Permatang Bange, ianya merupakan salah satu tarikan alam semula jadi yang terkenal di sini. Jarak dari kota utama pula ialah sekitar 15 km atau 15 minit dengan menaiki kenderaan.

Ketinggian air terjun ni ialah sekitar 90 meter dan menariknya tentang Cughup Embun ni ialah ia sebenarnya satu arus dan aliran pula terbahagi kepada tiga (faktor batu yang lindung arus) membuatkan ia kelihatan seperti tiga air terjun mengalir dalam masa dan tempat yang sama.




Memandangkan ini merupakan aktiviti terakhir kitaorang sebelum berangkat pulang ke villa, apa lagi berabis la masing-masing menghabiskan saki baki tenaga yang ada. Terloncat sana sini, jerit macam orang tak pernah jumpa air terjun dan macam-macam lagi ragam la. Rindu pula masa tu. Hmmmm


Tengoklah wajah keriangan masing-masing. Tak kisah pun hujan masa tu, yang penting we just wanna have some fun. Ini la masanya untuk kitaorang rewardkan diri selepas penat buat kerja. Yang penting, masa balik tu semua senyap kepenatan dan ada yang sakit. Hahah. Tak apa, dah masuk hari terakhir pun. Lepas ni boleh rehat puas-puas.

Menginap di Villa & Hotel Wisata Gunung Gare

Tercari-cari tempat nak menginap di Pagar Alam? Mungkin korang boleh cuba Villa & Hotel Wisata Gunung Gare, iaitu penginapan selesa yang terletak di sekitar Gunung Gare dan juga berdekatan dengan Gunung Dempo.


Villa ini, bagi aku, sangat la selesa dan lokasinya juga begitu strategik kerana berdekatan dengan ladang teh dan ada beberapa bilik di sini menawarkan anda peluang untuk menikmati pemandangan ladang teh yang indah tanpa perlu keluar dari bilik.

Segala kelengkapan asas disediakan termasuklah sarapan pagi yang menawarkan hidangan ala tempatan dan juga Barat. Memandangkan di sini agak sejuk, tak perlu penghawa dingin pun. Jimat dan juga terpelihara la sedikit alam semula jadi.



Korang juga boleh bangun awal pagi dan membuat senaman ringan sambil menikmati pemandangan terbitnya matahari. Cantik, sampai boleh mengalir air mata menikmatinya. Sungguh besar dan indahnya ciptaan Dia buat kita semua. SubhanaAllah!

Selain Villa & Hotel Wisata Gunung Gare (-4.029478, 103.192817), terdapat beberapa penginapan lain yang ada di sini. Korang boleh la cari mengikut citarasa masing-masing.


Aktiviti-aktiviti lain yang korang boleh buat di Pagar Alam:
1. Melawat kawasan megalith (monumen batu)
2. Melawat tangga 2001
3. Paralayang
4. Water rafting
5. Melawat kebun salak Dempo
6. Menawan Gunung Dempo

dan banyak lagi!

Aku agak pelik sebab tak ramai pelancong dari luar negara yang datang ke sini, mungkin aktiviti promosi yang dibuat belum mencukupi kerana tempat seperti Pagar Alam ini layak dan sememangnya wajib dikunjungi oleh orang luar. Buat masa sekarang korang datang la ke sini sementara tempat ni belum begitu terkenal. Di mana? PAGAR ALAM!


Note penutup: Tak pernah selama ini aku agak emosi bila tulis cerita tentang sesuatu trip. Tapi kali ini, setiap pengalaman yang kitaorang lalui meninggalkan impak yang begitu besar pada aku. Ye la, tak sangka pula semua blogger yang menyertai trip ni memang kelakar dan satu kepala. Trip selama seminggu lebih ini ternyata membuka mata kitaorang bahawa Sumatera Selatan sebenarnya mempunya banyak tempat-tempat cantik.

"Dian tiga lilin pun tiga, 
obor tergantung rumah laksamana;
Diam juga sabar pun juga, 
Ada umur tidak kemana"

Saksikan video
[Travelogue] Pesona SriWijaya VLOG #5: Things you can do at Pagar Alam 


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan siri jelajah Gerhana Matahari Total dan WonderfulSriWijaya ini! 

Ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatra DI SINI

13 comments:

  1. WAAAA MENAIK SANGAT LADANG TEH TU. kita cameron punya ladang teh pon x pernah jejak haha

    ReplyDelete
  2. Pagar Alam cantik sekali. Warna hijau dari ladang teh tampak amenyegarkan. Sungguh sebuah tempat wisata yang harus dikunjungi kalau sedang di Palembang :)

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan kat pagar alam nie.. terbaikkk

    ReplyDelete
  4. bestnyaa mcm2 boleh buat. nanti nk ke cambodia boleh refer sini :)

    ReplyDelete
  5. Menariknya... setiap kali singgah pasti terpesona dgn panorama yg ada... cantik2... :)

    ReplyDelete
  6. Interesting! Blogwalking here :)

    ReplyDelete
  7. Admire your journey! As usual, nice pictures! Wish to visit Pagar Alam, if there is a chance :)

    ReplyDelete
  8. wih air terjunnya keren pisan...

    salam www.travellingaddict.com

    ReplyDelete
  9. lama tak melawat pojie.. btw entry di blog ni tak pernah tak best.. :)

    ReplyDelete
  10. Driver dari Sumatera 'saham' tinggi sikit sebab dah biasa drive di kawasan bergunung-gannag dengan jalan sempit.

    ReplyDelete