Pengalaman di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort

Monday, May 16, 2016 Pojiegraphy Journal 22 Comments

Dari Putrajaya, kita terus gerak ke Pahang pula. 
Inilah sambungan cerita #MyEcoFamTrip2016.

Sebelum kami semua mulakan perjalanan ke Pahang, tour guide dah pesan awal-awal "Do or post whatever things that you intend to because there will be a very limited Internet coverage once we approach there."

Aku tak berapa nak ambil serius dengan apa yang disampaikan oleh tour guide sebab aku percaya bahawa Celcom mampu memberikan aku sambungan Internet yang terbaik (cukuplah berangan). Bila sampai kat sana, terus menyesal sebab tak dengar kata tour guide tadi. 

Tapi tak apa, inilah masa yang terbaik untuk aku detach diri daripada dunia alam maya dan reconnect dengan alam semula jadi. Inilah peluangnya!



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanah Aina Farrah Soraya mengambil masa sekitar 2 jam (sebab kitorang undergo toilet stop and essential-shopping stop). Since penat Eat Travel Write 3.0 tak hilang lagi, aku ambil peluang untuk tidur sepanjang perjalanan ke sini. Pejam mata, dan bangun saja dari tidur... Tadaaaa. Kita dah sampai di Tanah Aina Farrah Soraya!


Pengenalan mengenai Tanah Aina
Tanah Aina ini dimiliki oleh Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Selain Tanah Aina Farrah Soraya, terdapat lagi beberapa siri Tanah Aina yang beliau miliki; Tanah Aina Fareena, Tanah Aina Farouq, Tanah Aina Azareena, Tanah Aina Fahad dan Tanah Aina Farhana. Uniknya tentang resort Tanah Aina ini ialah nama-nama diambil dari nama anak dan cucu beliau. Cool kan? At least bila busy menguruskan resort-resort ni, dia still ingat dekat anak dan cucu sebab nama-nama resort yang diberikan tu. Selain itu, beliau juga seorang pencinta alam semula jadi!

Setiap resort mempunyai keunikan tersendiri. Tanah Aina Fahad, sebagai contoh, destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang berhasrat untuk buat glamping (glamour camping). Tapi kalau korang tanya aku, sudah tentulah Tanah Aina Farrah Soraya menjadi pilihan hati. Kenapa? 

Teruskan membaca. 


Sampai sahaja di kawasan masuk utama ke Tanah Aina Farrah Soraya, kami terus menaiki kenderaan 4x4 untuk ke resort. Tanah Aina Farrah Soraya juga adalah lebih baik jika diakses dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 kerana permukaan jalannya yang agak mencabar, tapi aku suka.

Sepanjang perjalanan ke resort, dapat jugalah aku sajikan mata ni dengan keindahan pokok-pokok hijau. Ya Allah, tenang sekali rasa. How I wish I could just stay here, but perhaps when this place have a good Internet coverage. LOL


Dalam perjalanan tu kepala ni asyik fikir "Dah orang cakap tempat ni tak ada Internet coverage, macam mana la rupa resort ni nanti. Hmmm"

Sampai je dekat resort, aku macam agak terkesima kejap sebab tempatnya memang cantik dikelilingi tumbuhan hijau. Rasa macam dalam wonderland. Dengar bunyi air sungai mengalir, bunyi burung berkicauan dan juga dapat hirup udara segar di sekitar resort. Inilah yang aku nantikan selama ini! 


Pertama sekali, aku sangat suka dengan seni dekorasi yang diterapkan dekat resort ni. Betul-betul mengikut konsep eko. Mulalah diri ni berangan nak ada tempat tinggal berkonsepkan seperti ini. Sementara menunggu staff memindahkan barang kitaorang, aku curi sedikit masa untuk explore beberapa spot menarik di sini.


Kerusi yang berjaya mencuri tumpuan aku. Bayangkan merehatkan diri dekat atas kerusi ni sambil menikmati keindahan alam yang ternyata memang tiada tandingan. Kalau aku, ini pastinya spot terbaik untuk mencari idea/inspirasi penulisan.

Aku ni suka juga menulis tapi kalau lokasi tak kena, idea aku tersekat. So, kalau korang bagi aku duduk satu minggu dekat Tanah Aina Farrah Soraya ni, mungkin idea penulisan aku jadi sangat produktif.


Pondok kecil khas dimana korang boleh duduk atau baring merehatkan diri. Kalau datang ramai, boleh la ada sesi mengeratkan silaturahim - main chess, sembang dan lain-lain. Sofa pun sangat selesa. Teringat satu malam tu, kitaorang gigihkan duduk sini dalam keadaan gelap semata-mata nak dapatkan Internet coverage.

Tunggu punya tunggu orang lain selesai post itu dan ini, aku pula boleh tertidur dengan lenanya atas sofa ni. Mungkin kalau difikirkan, agak mustahil untuk tidur malam di sini. Tapi, kalau ramai-ramai apa salahnya. Sejuk, dapat dengar bunyi air sungai mengalir tapi bab binatang liar datang tu aku mengalah dan terus masuk ke bilik. Bhahaha!

Barang semua dah selesai dipindahkan. Sekarang korang mesti nak tengok bilik pula kan? Jom kita tengok!


Jambatan ikonik (tempat kegemaran untuk ambil gambar) di Tanah Aina Farrah Soraya.

Jarak lobi utama ke bilik kitoarang agak jauh sikit (sekitar 5 minit berjalan juga la). Jangan risau, barang-barang korang akan dihantar. Apa yang korang kena buat ialah just jalan dan menikmati kecantikan alam yang ada di depan korang.

Tip: Adalah digalakkan kalau korang bawa barang keperluan yang secukupnya. Jangan bawa terlalu banyak barang. Kalau boleh, pakai pakai bagpack. Lagi senang instead of pakai beg tarik. Nanti serabut pula korang nak tarik beg.

Jenis bilik di Tanah Aina Farrah Soraya
Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort menawarkan beberapa jenis bilik untuk para tetamu menginap antaranya ialah Master Chalet Ulam Raja (4 pax), Honeymoon Chalet (2 pax), Meranti Dormitory (4 pax), Jati Dormitory (7 pax), Kempas & Balau Dormitory (8 pax), Cengal Dormitory (9 pax), Rumah Merbau & Mahogany (8 pax), Buloh Cempaka (2 pax) dan banyak lagi.

Resort ini mampu menyediakan penginapan yang sesuai pada keperluan anda. Dari bilik untuk dua orang hinggalah 10 orang, pilih saja yang mana korang nak. In term of rate tu, korang boleh check harga bilik DI SINI



Bilik yang aku duduk tu merupakan bilik jenis dorm, boleh muat sampai lapan orang. Bilik agak besar, not bad. Katil dan tilam pun selesa untuk tidur, barangan-barangan keperluan seperti towel dan sebagainya juga turut disediakan.

Bilik jenis ni tidak ada penghawa dingin, so expect untuk pakai kipas sahaja. Tapi, kalau bukan musim panas, cuaca dekat sini agak sejuk sebab dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau kan. Masa pergi ni musim panas, tapi boleh la tidur dengan lena. Tak panas sangat.



Tercari-cari mana bilik air? Okay, memandangkan bilik ni jenis bilik dorm, so bilik air pastinya terletak dekat luar. Pertama kali masuk bilik, aku terus cari mana bilik air. Ye la, benda tu paling penting. 

Cari punya cari, tak jumpa. Rupanya dekat luar. Tak sangka pula bilik air sedekat ini. BERSIH dan LENGKAP dengan keperluan mandian seperti sabun, syampoo dan sebagainya. Part paling best ialah produk mandian mereka, organik dan menyegarkan. Cewah ayat!


Tengoklah muka orang bahagia dapat masuk hutan dan mandi sungai!

Tanah Aina Farrah Soraya juga menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Pelbagai jenis menu yang disediakan, pastinya dapat menepati citarasa anda. Majoriti hidangan tradisional yang disediakan memang sedap!


One of my favourite ialah bubur durian ni. OMG! Kalau korang bernasib baik, dapat la merasa bubur durian. Memang aku gunakan kesempatan ni untuk ambil isi durian sebanyak yang boleh. Pengalaman menjadi lagi best bila dapat menikmati semua hidangan tu di tempat makan khas yang terletak bersebelahan dengan sungai, sambil makan boleh dengar bunyi air sungai mengalir. 

Kalau nak tahu hidangan lain, korang kena datang ke Tanah Aina Farrah Soraya.

Aktiviti menarik di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort
Kalau dah datang dari jauh, tak mungkin la kita nak duduk dalam bilik saja kan? Bagi mereka yang nak buat aktiviti, jangan risau. Tak perlu pergi jauh kerana resort ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh mengisi masa lapang anda.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga sesuai untuk mereka yang bercadang untuk buat team building ataupun family day.



Antara aktiviti yang korang boleh buat di Tanah Aina Farrah Soraya ialah Kitchen Master iaitu para peserta bakal berpeluang untuk masak mengikut kreativiti masing-masing (RM70 seorang dan sekurang-kurangnya 10 orang), Organic Farming iaitu tetamu berpeluang untuk menanam beberapa tumbuhan termasuklah sayur (RM30 seorang dan sekurang-kurangnya 10 orang, Flying Fox (RM30 seorang untuk satu pusingan dan sekurang-kurangnya 10 orang) dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti yang boleh dilakukan di sini, sila KLIK SINI


Kalau korang tanya apa aktiviti yang aku paling suka, sudah tentu aku jawab Jungle and River Trekking. Kenapa? Sebab ianya PERCUMA dan dapat cuba Leap of Faith Waterfall. Kejap lagi aku tunjuk tempat tu, teruskan membaca please. Hehehe.


Aktiviti ini mengambil masa sekitar 2 atau 3 jam juga la. Sebab kena trekking sikit, lepas tu kena lalu pelbagai jenis laluan - penat dan basah, tapi best. Masa tu cuma anggaran je sebab semua tu bergantung kepada apa yang korang buat la. Kalau banyak ambil gambar dan nak ambil masa lebih berendam dekat air terjun, mungkin agak lambat korang selesai buat aktiviti ni.

Apa yang diperlukan untuk buat aktiviti ni? 
1. Pakaian basah dan mudah kering.
2. Kasut yang selesa. Pastikan pakai kasut yang jenis getah sebab korang akan lalu air. Dilarang pakai selipar sebab ia boleh mendedahkan anda kepada bahaya.
3. Bawa beg jenis kalis air kalau korang nak bawa gajet seperti handphone, kamera dan sebagainya.

Waktu: 9.30 pagi atau 2.30 petang (bergantung kepada keadaan cuaca)


Korang teruja? Aku lagi teruja. Jom kita teruskan perjalanan. Sepanjang nak ke air terjun utama, kitaorang lalu juga beberapa spot menarik dan salah satunya seperti dalam gambar diatas. Siap boleh baring dan ambil gambar lagi. Tapi ingat, kena hati-hati sebab permukaan agak licin.

Trekking tak ada la jauh sangat pun. Gelak, ambil gambar, gelak last-last sampai juga. Walaupun agak penat sikit (sebab dah makan banyak sebelum tu), finally sampai juga. Benda pertama yang aku cari sudah tentulah platform nak lompat tu.


Tanah Aina Farrah Soraya begitu terkenal dengan Leap of Faith ni. Inilah sebab utama mengapa ramai orang datang ke sini, selain daripada suasananya yang begitu tenang dan cantik. Platform Leap of Faith seperti dalam gambar di atas mempunyai ketinggian sekitar 17 meter.

Tak tipu. Memang seram juga la nak terjun ke air.


Tip: Since benda ni korang wajib cuba, jangan risau. Ianya memang selamat. Korang just perlu dengar arahan yang diberikan oleh guide dan lompat dengan selamat. Kalau nak terjun tu, jangan tunggu lama-lama. Bila guide cakap terjun, terus terjun!

Macam mana?
Jujur, aku memang ada masalah dengan tinggi. Since dah ramai orang tengok dekat bawah, gagahkan diri juga terjun. Feel dia memang lain macam tapi aku lawan juga rasa takut tu.

I DID IT! 
Sangatlah awesome. Korang wajib cuba. Jangan risau, memang selamat sebab pakai jaket keselamatan. Korang pandai berenang atau tidak, tetap akan floating juga lepas tu. Siapa tak cuba sangat-sangat la rugi. 

Lepas lompat tu, kitaorang ambil masa sebentar berenang untuk menikmati air terjun yang sejuk ni sebelum meneruskan misi balik ke resort. 


I gotta say this was one of the best moments in my life! 

Selesai je bersuka ria, kitaorang terus balik bilik resort dan menikmati minum petang. Duduk dekat Tanah Aina Farrah Soraya ni memang tak sempat pun nak rasa lapar. Terima kasih banyak-banyak atas layanan dan jagaan yang sangat baik dan mantap. Hehehe. 

Selain itu, anda juga boleh turut serta aktiviti Night and Morning Walk. 

Night walk: Percuma, bermula pukul 9.30 malam setiap hari. Bergantung pada cuaca. 
Morning walk: Percuma, perjalanan sampai ke puncak atas dimana korang boleh menikmati panorama yang sangat indah sekitar Tanah Aina. Cantik! 

Aku sempat berbual dengan staff di sini. Dia cakap;

"Apparently, what you see around Tanah Aina is the illusion of how the nature looks like. Because when you stepped out from Tanah Aina, you will see forest destructions everywhere. It is so sad to know, but yeah this is the reality. The nature is slowly losing its charm."

Bila dengar apa yang dia cakap, hati aku tersentuh kejap. Meremang juga la bulu roma. Nasib baik la ada Tanah Aina ni, at least boleh la kita tengok macam rupa alam semula jadi yang tidak terancam. Sob. 


Aaah, kejap sangat duduk dekat sini. Kan best kalau ada lagi 2 atau 3 hari di sini.
Tak apa, i'll definitely come back again in future. Kali ni just to relax dan lupakan pasal perihal kerja dan sebagainya.

Thank you Tanah Aina Farrah Soraya for the great hospitality, it is indeed a Journey of Love, Back to Nature.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal resort ni, boleh layari laman web Tanah Aina Farrah Soraya DI SINI 


VIDEO MY ECO FAM TRIP 2016



Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan impian aku untuk melihat keindahan alam semula jadi di Pahang dan Putrajaya menjadi realiti. Teruskan ikuti cerita #MyEcoFamTrip2016 - DI SINI

22 comments:

  1. wooooo bestnyakatil dia. Boleh tidur beramai2 . wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Best habis. Terus gosip memanjang sampai awal pagi. Wuuuu!

      Delete
  2. Replies
    1. Indeed, one fine day boleh datang sini weh. Jom! Harga pun berbaloi je

      Delete
  3. bestnyaa. lagi lagi dapat terjun dalam sungai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, part terjun dalam sungai tu memang tidak boleh dilupakan!

      Delete
  4. wah best sekali.. resort-nya keren sekali.. mau ikut pojie hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh, mari ke sini. Saya sama Khai temanin. Bisa bikin pelbagai aktivitas!

      Delete
  5. Kayaknya gue mau ganti Template blog gue kayak gini deh ,,
    Jadi terinspirasi poej ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, template kamu aja sudah keren. Gak perlu ganti sih!

      Delete
  6. sungguh! macam tak percaya ada tempat macam ni dekat malaysia..fuh! cantik sangat! pastu yang tempat terjun tu. macam menakutkan..takut kena batu dekat-dekat situ..erks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang cantik. Kalau nak tengok alam semula jadi yang belum diganggu, boleh datang sini. Part terjun tu best. Jangan risau, memang tak akan kena batu pun sebab sungai agak dalam. Hahah, terjun wajib pakai safety jacket ya.

      Delete
  7. I spot the Sabahan Dance in the video. Yeay!

    ReplyDelete
  8. wow..memang cantik giler tempat ni. InsyaAllah ada rezeki boleh pergi ngan famili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Sangatlah dialu-alukan. Sesuai untuk destinasi percutian keluarga yang rasa nak santai and luangkan masa bersama. Banyak lagi fasiliti yang mereka sediakan dan semuanya memang bagus ;)

      Delete
  9. Tempatnya mirip seperti di Pagar Alam, tapi yang ini lebih keren :D

    ReplyDelete
  10. Arghhhhhh Stress!!! Teringin nak ke sini but no gang like to join me to go there.. Haihsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, rugi la kalau diorang taknak join kan Kak. Tempat ni best gila, sesuai untuk lepak ramai-ramai. Banyak boleh buat dekat sini. Jommmmm!

      Delete