LEGOLAND Malaysia Resort, destinasi percutian buat peminat LEGO dan Star Wars sepanjang Mei!

Friday, May 06, 2016 Pojiegraphy Journal 5 Comments


"May the force be with you"

Berikut merupakan ayat yang bakal menjadi sebutan orang ramai khususnya peminat LEGO dan Star Wars. Mei merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh LEGOLAND Malaysia Resort dan juga The LEGO Group kerana akan ada beberapa aktiviti menarik bakal berlangsung di sini, sepanjang bulan ini.



Baru-baru ini aku berpeluang melawat ke LEGOLAND Malaysia (finally, buat pertama kalinya!) untuk menghadiri majlis yang aku anggap antara yang terbesar dianjurkan oleh Legoland Malaysia. Pastinya peminat tegar LEGO dan Star Wars tidak akan melepaskan peluang untuk ke sini untuk melihat replika LEGO Millennium Falcon, yang berjaya dihasilkan oleh dua tetamu jemputan dari The Lego Group iaitu Dan dan Chris Steininger, merupakan father-son Master Builder.

Tahukah anda berapa hari agaknya mereka ambil untuk menyiapkan replika LEGO seperti dalam gambar di atas ni? Jawapannya sekitar tiga hari. Wow! Ini namanya kerja keras ni. Pasangan Master Builder juga turut dibantu oleh kanak-kanak para tetamu dari LEGOLAND Malaysia Resort.

LIHAT JUGA: [VIDEO] LEGOStarWarsDays 2016

Bayangkan... kalau kita yang kena buat replika Millennium Falcon sebesar dalam gambar di atas. Berapa la hari yang kita ambil untuk siapkan? I have no idea. Mesti lambat. Sebab itu la aku hormat dengan semangat yang ada pada pasangan ayah dan anak ini. Walaupun memenatkan, mereka tetap ceria dan mampu buat para tetamu terhibur dengan jenaka-jenaka yang mereka beri.


Ditanya mengenai bagaimana mereka terlibat dalam aktiviti pembinaan LEGO ini, mereka jawab "It's all about our passion, how we make thing that we love looks fun and entertaining. What we love about this job is I get to travel around the world and enjoy different kind of foods!

Berikut merupakan bukti bahawa sesuatu yang kita minat tu semestinya akan bawa kelebihan buat diri. At least akan ada juga. Percayalah!


LEGO Star Wars Days diadakan setiap tahun di LEGOLAND Malaysia Resort dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang mereka tawarkan. Untuk tahun ini, mereka mempersembahkan pasangan ayah dan anak kerana mereka percaya bahawa konsep ini mampu menarik ramai kanak-kanak dan juga ibu atau bapa untuk bermain LEGO. 

Betul juga apa yang dikatakan Chris tentang LEGO boleh dijadikan antara salah satu medium atau alat yang mampu mengasah pemikiran kanak-kanak. Ia membolehkan mereka berfikir untuk hasilkan sesuatu yang mereka inginkan. Sebagai contoh, replika Millennium Falcon! 


Kepada peminat LEGO dan Star Wars, jangan lupa untuk berkunjung ke LEGOLAND Malaysia Resort pada hujung minggu ini untuk melihat beberapa aktiviti menarik termasuklah Imperial March yang mempersembahkan lebih 90 pemakai kostum dari 501st Legion dalam pelbagai jenis karakter. Selain itu, penyampaian hadiah buat pemenang pertandingan My Own Creation (MOC) LEGO Star Wars serta banyak lagi. 

Ingat! Datang pada 7 dan 8 Mei (Sabtu dan Ahad) ini.


Jika tak sempat berkunjung pada hujung minggu ni, jangan risau kerana #LEGOStarWarsDays berlangsung sepanjang bulan Mei. Apa lagi, plan la trip ke Johor Bahru cepat-cepat. Jangan lupa tanda kalendar korang ya!

TIP: Psst! Kanak-kanak bawah 12 tahun yang memakai kostum lengkap karakter Star Wars semestinya berpeluang untuk masuk ke LEGOLAND Theme Park secara PERCUMA
*Tertakluk terma dan syarat

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Build Your Dream LEGO Star Wars Starship, anda boleh kunjungi akaun Facebook rasmi LEGOLAND Malaysia Resort (KLIK SINI) untuk mengetahui lebih lanjut. Perserta haruslah terdiri daripada bapa dan anak. 

Cara untuk menyertai: 
1. Ambil gambar terbaik menunjukkan hasil binaan LEGO anda (Dalam format JPEG)
2. Tajuk entry (5 perkataan atau kurang)
3. Sertakan nama para perserta (bapa dan anak)
4. Sedikit penerangan (Tentang kenapa hasil binaan anda adalah yang terbaik)
dalam 50 patah perkataan atau kurang. 
5. Sertakan hashtag #MasterYourForce and #LEGOStarWarsDays

So, apa tunggu lagi? Join cepat. Semoga berjaya! 
Layari LEGOLAND Malaysia Resort untuk ketahui lebih lanjut

Jom tengok video ni!

5 comments:

  1. Lama tak jenguk sini...banyak yang paparan menarik. Nak tengok satu persatu.

    ReplyDelete
  2. entah bilalah akak nak sampai Legoland.. JB pun x penah pegi ehehe..

    ReplyDelete
  3. its a cool men! :D

    jauh la pulak nak p esok hahh, johorr tu :(

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi Legoland. Dah lama nak pergi but belum ada peluang lagi. Thank u for sharing this Pojie!

    ReplyDelete
  5. ain yang orang JB pun tak pernah sampai sini . hahahaa..

    ReplyDelete