Halo semua! 
Hope korang dalam keadaan sihat sejahtera. Aduh, tak sangka dah masuk dua bulan lebih aku buat latihan industri. Tidak dapat dinafikan memang kerja tu ada saja kena buat, tapi tak apa. Yang penting buat kerja yang kita minat kan? Orang kata, buatlah sesuatu yang kita minat, pasti kurang rasa penat atau stress. 

Akhirnya, dapat juga kemaskini blog ni dengan entri yang tak seberapa ni. Sebenarnya banyak lagi nak kongsi, tak apa. Kalau umur ni masih panjang, pasti akan dikongsi semuanya. InsyaAllah. 



Jelajah meneroka Selatan Sumatera diteruskan ke Baturaja dan Muara Enim, artikel penuh akan dikongsikan tidak lama lagi. Tengah cari mood untuk siapkan ayat-ayat terakhir.

Selepas melihat gerhana matahari total di Palembang (boleh baca DI SINI), kami semua teruskan perjalanan ke beberapa tempat menarik di Selatan Sumatera. Tapi sebelum tinggalkan Palembang, sempat juga aku merasa beberapa kuih atau manisan khas di Palembang. Sedap, alangkah indahnya kalau ada masa lebih di sana. Boleh kami menikmati setiap kunyahan.

[VIDEO] Vlog: Witnessing Total Solar Eclipse in Palembang
[VIDEO] Vlog: Kue Harum - Tasting the Delicious Palembang Delights

Tanpa membuang masa, jom la tengok apa yang kami buat di Baturaja dan Muara Enim.
Hopefully video ni boleh bagi korang sedikit informasi mengenai tarikan-tarikan menarik di sini.
Jujur, aku suka. Sebab banyak melibatkan alam semula jadi.

Tempat yang kami kunjungi dan buat? 

1. Goa Putri, Baturaja
2. Bedegung Waterfall
3. Rafting di Sungai Muara Enim



Enjoy la video ni!
Link: KLIK SINI

KLIK SINI untuk ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatera