Jom tengok Goa Putri dan cuba water rafting di Selatan Sumatera

Saturday, April 30, 2016 Pojiegraphy Journal 7 Comments

Mengembara selalunya memberi kita ruang untuk mempelajari budaya orang lain, menyaksikan keindahan ciptaanNya dan mengenali diri sendiri. Definisi mengembara ini subjektif kerana ianya bergantung kepada pandangan setiap individu. 

Bagi aku, mengembara ke tempat orang memberi peluang kepada aku untuk melihat betapa indah ciptaan Tuhan, sekali gus belajar menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup aku walaupun hanya untuk seketika. Semua itu aku perolehi masa trip #PesonaSriWijaya, pada bulan lepas. 


"Travelling is not merely destination, it is also about the people who you travel with."

Tidak dapat dinafikan, aku sangatlah setuju dengan kenyataan di atas. Mungkin orang boleh kata "Ala, dekat Indonesia je. Selatan Sumatera pula tu. Apa la sangat!" Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat mengenali semua individu yang terlibat dalam trip ini. Tak tipu, mereka memang masuk air. Bhahaha! 

Hari demi hari berlalu, rasa semua dah macam satu keluarga besar. Inilah yang membuatkan trip ini lebih bermakna. Kalau dah rapat tu, senang la sikit nak gila-gila. Seperti apa yang terjadi ketika kami pergi ke Goa Putri di Baturaja dan juga Bedegung Waterfall di Muara Enim. Sebagai salah seorang yang minat alam semula jadi, gembira hati aku nak kongsi pengalaman kali ni! 


Perjalanan dari kota Palembang ke Baturaja mengambil masa sekitar tiga jam lebih, bergantung kepada keadaan trafik. Jarak antara dua tempat ini hanya la 120km tapi disebabkan struktur jalanraya di sekitar Selatan Sumatera yang agak mencabar (kecil dan berliku), agaknya lebih selamat jika pemandu membawa bas dengan cermat.

Tak apa, korang boleh menikmati keindahan landskap yang menghijau serta kawasan perumahan orang tempatan di sini. Alangkah indahnya kalau boleh berhenti sebentar untuk ambil gambar atau video, tapi perjalanan masih jauh. Jangan nak mimpi!

Tidur, makan, tengok skrin telefon bimbit, sembang, tidur, bangun, akhirnya sampai juga di Baturaja. Terdengar jeritan penuh teruja, aku terbangun dan mata terus segar bila nampak panorama sungai yang cantik. Itu menunjukan bahawa kami hampir tiba di Goa Putri, gua yang menjadi antara tarikan pelancongan terkenal di sekitar sini.


Goa Putri
Gua ini mempunyai banyak stalactites dan staglagmites, dalam pelbagai bentuk menarik. Selain stalactites dan staglagmites, Goa Putri juga cukup terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Menurut lagenda yang diceritakan oleh orang tempatan, dahulunya, terdapat seorang puteri bernama Puteri Dayang Merindu yang tinggal di sini bersama dengan keluarganya. 

Sejarah bermula apabila seorang pengembara dikenali sebagai Serunting Sakti, insan yang mempunyai kuasa - boleh menjadikan seseorang itu bertukar kepada batu. Sejauh mana kebenarannya, hanya sesetengah orang tahu. Nak dijadikan cerita, ketika itu Puteri Dayang Merindu sedang mandi di sungai berdekatan, selepas Serunting Sakti ternampak Puteri Dayang Merindu, dia cuba untuk bercakap dengannya namun tidak dilayan. Disebabkan Serunting Sakti berasa agak marah, lalu dia ucap "Sombong sekali puteri ini, diam seperti batu". Lalu, Puteri Dayang Merindu bertukar menjadi batu. 

Begitulah sejarah disebali gua ini. 



Keadaan dalam gua agak sejuk dan juga gelap. Ada beberapa kawasan yang disediakan lampu, boleh bawa lampu suluh jika korang ada masalah penglihatan atau lebih selesa berjalan dalam keadaan terang. Ada beberapa kawasan agak licin, kena hati-hati ketika berjalan. 

Dalam gua ni juga korang akan berpeluang melihat beberapa ruang khas yang mempunyai sejarah tersendiri seperti 'Pembaringan Puteri Dayang Merindu' dan 'Pemandian Puteri Dayang Merindu'. 



Mempelajari serba sedikit sejarah mengenai Goa Putri ini ternyata membuat aku sedar bahawa Selatan Sumatera juga mempunyai pelbagai tarikan-tarikan menarik untuk mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang. 

Selesai melihat Goa Putri, sekarang tibalah masa untuk kita buat aktiviti yang lebih menarik dan mencabar iaitu melawat Air Terjun Bedegung dan buat water rafting di Sungai Muara Enim

Trivia: Muara Enim merupakan salah satu bandar (dalam kategori sendiri) di Indonesia yang diiktiraf sebagai bandar yang bersih. 


Apa yang aku suka tentang perjalanan ke destinasi seterusnya ini ialah pemandangan yang kami lalui iaitu kawasan perumahan orang tempatan. Walaupun jalan sangatlah sempit (berdebar juga jantung tengok pemandu susah payah make sure kami sampai dengan selamat, tapi sekurang-kurangnya dapat juga tengok rumah-rumah orang kat sini. Klasik sungguh senibina bangunan rumah diorang. 


Terkenal sebagai air terjun tertinggi di Selatan Sumatera dengan ketinggian sekitar 99 meter, Air Terjun Bedegung ternyata merupakan salah satu tarikan wajib dikunjungi di Selatan Sumatera, spesifiknya di Muara Enim.

Memandangkan ia terletak sekitar 210km dari Palembang, korang boleh la pandu kereta atau naik van awam yang ada di Palembang.


Gambar atas: Foto bersama dengan penulis kembara dari Singapore (Trishna) dan Indonesia (Mas Cumi)


Nak pergi dekat kawasan air terjun ni rasanya agak mustahil sebab air agak kuat. So, adalah tidak digalakan untuk korang pergi ke sana. Cukup la turun dekat bawah tu and bergambar depan air terjun. Jarak agak jauh tapi tetap basah habis.

Tip: Jangan lupa untuk cover kamera atau smartphone korang bila pergi sini. Takut kena basah pula.


Gambar atas: Jarak paling ideal untuk menikmati Air Terjun Bedegung.

Setelah hampir 30 minit kami luangkan masa untuk ambil gambar dan merasai percikan air terjun, kini tibalah masa untuk melakukan aktiviti mencabar ini. Bila tengok itinerary, nampak salah satu aktiviti yang kami akan lakukan ialah 'Water Rafting'... terus rasa excited semacam. 

Sebab aku memang suka buat aktiviti-aktiviti yang melibatkan nature. Antaranya ialah rafting. 
Di Muara Enim, korang boleh buat aktiviti rafting yang bagi aku agak mencabar sikit, tapi seronok habis!


Harga buat rafting: IDR250 termasuk makan dan minum (menurut kepada wakil tourism di sini)

Sesi rafting ni disediakan oleh pihak tourism di sini, tak nampak ejen-ejen lain yang menyediakan pakej rafting di sini. Kot-kot kalau korang jumpa, boleh la share dekat sini. At least berguna untuk orang lain. Haa, entri ni aku nak lebihkan perkongsian pengalaman buat rafting (antara yang paling mencabar). Nak tahu apa yang terjadi selepas tu?

Teruskan membaca.


Selepas melengkapkan diri dengan segala aksesori keselamatan, kami semua mendengar taklimat khas mengenai perkara-perkara yang perlu diambil serius. Bila tengok air sungai tu, aku terus fokus sepenuhnya dengar beberapa nasihat dari guide. 


Gambar atas: Semua dah ready untuk beraksi tapi for sure dalam hati mesti berdebar. Dub dab dub dab. 


Tak sangka pula bot yang kami dapat ni agak besar dan berkualiti bagus. Manakan tidak, satu bot boleh muat sampai lapan orang. Wow! Hati senang sikit bila ramai orang buat rafting, kurang sikit penat.

"Ready guys!"
Saat terdengar jeritan dari guide, semua terus dalam keadaan bersedia. Tak tipu, saat mula rafting pun dah agak mencabar. Rapid sangatlah kuat dan ada satu masa tu rasa macam bot nak terbalik. Sangat best dan highly recommended kepada mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar.


Gambar atas: Take 5 sementara tunggu bot yang lain. Sempat juga bergambar. 


Setelah mengharungi saat yang penuh dengan debaran, akhirnya kami selamat dan selesai rafting. Kedengaran jeritan "We want more!" dari para perserta menandakan bahawa aktiviti ini sangatlah best dan wajib untuk korang cuba. 

Eh, perasan tak aku tak cerita banyak sangat pasal water rafting ni? Actually aku nak korang tengok video kitaorang buat water rafting, barulah bertambah feel. Kalau baca je tak dapat rasa sangat, korang kena tengok dan cuba. Di mana? Muara Enim!

Tengok video dekat bawah ni kalau nak tau apa yang terjadi ;)


Yeh, okay la. Rasanya itu je la perkongsian untuk kali ini. Hope korang enjoy la untuk aktiviti-aktiviti yang aku kongsikan. Jangan ke mana-mana sebab ada beberapa perkongsian menarik untuk Selatan Sumatera yang bakal dikongsikan untuk entri seterusnya.

Tak sabar!
KLIK SINI untuk ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatera.

Kredit foto: Khai Artzfar

7 comments:

  1. bestnya Pojie. nanges tgk video tu.. T_T

    ReplyDelete
  2. Awak nak mau rafting lagi but 27 km lah, yang kemarin terlalu pendek tak berseronok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, I want more! Hehehe, terlalu pendek la Mas Cumi!

      Delete
  3. nice sharing...harap akan sampai ke sana suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  4. So Good! Let's go on another adventure! :)

    ReplyDelete
  5. My all time favourite. Nature! Nice photos, nice videos. You can be a TV travel host one fine day. Keep it up!

    ReplyDelete