Air mataku menitis ketika melihat Gerhana Matahari Penuh di Palembang

Monday, April 04, 2016 Pojiegraphy Journal 14 Comments


MENAKJUBKAN!
Itulah perkataan yang terucap dari bibir pada saat aku melihat hari yang sudah siang tiba-tiba menjadi gelap seketika (sekitar 1 minit 52 saat). Tidak pernah, selama ini, aku mempunyai pengalaman seperti ini sehinggalah aku berpeluang untuk berkunjung ke Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia untuk menyaksikan Gerhana Matahari Total (Total Solar Eclipse). 


Sekali lagi, pengalaman ini sememangnya sukar untuk aku lupakan. Teruskan membaca kalau nak tahu apa yang terjadi. 


Gambar atas: Berselfie sebentar berlatar belakangkan Jambatan Ampera dan Sungai Musi

Tibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II sekitar jam 4 petang, kami semua terus bergegas ke hotel untuk segarkan diri dan berehat sebentar. Indeed, it was a super long and tiring journey. Gembira sangat dapat berehat sebentar walaupun dalam hati ada sedih sedikit sebab tak dapat tengok beberapa aktiviti menarik di Benteng Kuto Besak termasuklah festival Ogoh-Ogoh, iaitu persembahan kebudayaan menampilkan elemen-elemen Hindu. Kebetulan Bali bakal menjalani hari Nyepi, festival Ogoh-Ogoh ini sekaligus berlangsung bagi meraikan hari penting tersebut. 



Inilah Jambatan Ampera, iaitu jambatan yang begitu ikonik di Palembang. Sekali gus, ia juga menjadi tarikan utama di sini. Ianya juga sangat penting sebagai penghubung utama antara Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi. 

Jambatan ini juga bakal menjadi tumpuan semua orang, bukan sahaja dalam Indonesia, bahkan mereka yang datang dari negara-negara lain (termasuk aku), kerana ia bakal menjadi saksi 'pertemuan' antara Matahari dan Bulan, setelah sekian lama terpisah. 


Malam sebelum gerhana matahari total, kami sempat berkunjung ke Benteng Kuto Besak untuk melihat beberapa aktiviti menarik termasuklah Glowing Night Run, konsert dan juga food truck. Bermacam-macam makanan ada di situ sampai tak larat dah nak makan. 

Next time kalau nak pergi, korang datang la awal sikit. Mungkin boleh join beberapa pertandingan termasuklah larian, yang dikatakan menawarkan hadiah-hadiah lumayan. 


Gambar atas: Rupa Jambatan Ampera sebelah malam, cantik pula siap bertukar warna

Keseronokan masa malam tu memang dirasai seakan tiada esok harinya. Nasiblah kami ada tour guide yang sangat membantu dan menepati masa (siapa cakap "Okay guys, I'll be your alarm") kalau tak, confirm ke laut semuanya. Sedar tak sedar, rupanya esok kena bangun awak. SEAWAL PUKUL 4 PAGI.


Gara-gara semangat nak tengok gerhana matahari penuh, kami semua gagahkan diri bangun awal dan tiba di Jambatan Ampera seawal jam 5 pagi. Bila sampai dekat sini, aku terkesima sebentar sebab tempat ini sudah dibanjiri ramai orang (like super ramai). 

Ini memang betul-betul menakjubkan!


Tengoklah betapa cerianya kami tak sabar menanti saat itu.

Sekitar jam 6 pagi, langit dah mula cerah. Sini siang awal sikit hampir sama macam dekat Sabah. Masa tu juga orang dah ramai dekat atas Jambatan Ampera ni. Jarang betul aku tengok suasana seperti ini dikelilingi ramai orang (tengok macam boleh cecah ribuan juga la). 


Gambar atas: Look! I got Ampera Bridge in my hand. Cool shot! 


Gambar atas: Begini la keadaannya masa tu. Hingga sampai satu saat tak boleh nak bergerak sangat kerana terlampau sesak.

Pada jam 6.20, cahaya matahari mula menyinari bumi. Langit pun dah mula menampakkan kepulan-kepulan awam ibarat gula-gula kapas gitu. Masa tu hati dah mula bertanya "Bila nak berlakunya gerhana matahari total?"

GERHANA MATAHARI TOTAL
Kita semua tahu gerhana ni ada pelbagai jenis dan yang jarang sekali berlaku sudah tentulah gerhana matahari penuh (Total Solar Eclipse). Katanya, ia mengambil masa sekitar 350 tahun untuk berlaku di tempat sama. Wow!

Palembang merupakan antara beberapa lokasi di 12 provinsi Indonesia yang bakal melihat fenomena ini. Gerhana Matahari Total ini juga pernah terjadi di Indonesia sebelum ini iaitu pada 1983, 1988 dan 1995.

Gerhana Matahari Total mempunyai 4 fasa iaitu bermula dengan Partial Eclipse Begins (sekitar 6.20am)  sehinggalah Partial Eclipse Ends (8.25am).

NOTA: Jangan sesekali tengok gerhana matahari dengan mata kasar. Sila guna kaca mata khas untuk melihatnya kerana sinaran cahaya matahari itu berpotensi untuk menjejaskan mata anda. 



Gambar atas: Keadaan langit ketika gerhana matahari berlaku

Bagaimana gerhana matahari total berlaku? Ianya terjadi apabila bulan melepasi antara matahari dan bumi dan sebab itulah terjadinya 'malam' selama 1 minit 52 saat.

Sekitar 7.20 pagi, langit dah mula gelap, orang ramai mula mengeluarkan gajet-gajet mereka untuk ambil gambar/video. Aku pula sampai terlupa nak ambil kamera sebab teruja sangat tengok saat ni. Tapi, kalau tak ambil video/gambar, macam mana nak kongsi dekat orang kan?

Dengan pantas aku guna gopro, rakam video ketika itu. Bulu roma meremang sepenuhnya (orang Indonesia kata merinding) apabila pengacara meminta semua untuk berdoa dan senyap seketika. Lepas tu, kedengaran pula bacaan selawat. Bertambah la meremang bulu roma ni.

Kalau nak tambah feel, korang boleh tengok video yang aku hasilkan DI SINI


Tak tipu, menitis juga la air mata ni. Betapa besar kuasa Allah yang menciptakan semua ini. SubhanAllah! Alhamdulillah, syukur syukur. 

Walaupun masa tu kami tak dapat menikmati sepenuhnya gerhana matahari tu kerana asap yang dikeluarkan oleh kilang berdekatan, hati tetap puas bila berpengalaman untuk rasa 'malam' selama 1 minit lebih. 


Pada jam 8.20, langit sudah mula cerah sepenuhnya, orang ramai pun mula beredar. Maka berakhirlah sudah pertemuan istimewa antara Matahari dan Bulan. InsyaAllah, jumpa lagi pada pertemuan yang seterusnya (jika diberi umur yang panjang). Amin.

Terima kasih kepada pihak Tourism South Sumatra atas jemputan yang sangat-sangatlah berharga ini. Nantikan entri-entri seterusnya kerana ekspedisi ini bukan terhenti hanya di sini.

KLIK SINI untuk ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatera.

14 comments:

  1. Replies
    1. Tu la, meremang bulu roma masa tu. Sampai sekarang, kalau tengok video pun masih lagi boleh rasa!

      Delete
  2. Subhanallah..mengagumi kebesaranNya.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... gambar suasana gerhana tu cantik... apatah lagi klu menyaksikan dgn mata sendiri kat sana tu... menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul abg KK. Tapi sayangnya haritu awan atau asap agak tebal sampai tutup view gerhana tu. Dapat rasa 'malam' untuk 1 minit pun dah lebih dari cukup, priceless moment!

      Delete
  4. Replies
    1. Iya, aku lagi takjub melihatnya. SubhanaAllah!

      Delete
  5. Kalau saya pun konfem akan terharu jugak dengan keindahan fenomena istimewa ni. Cool post bang!

    ReplyDelete
  6. Aku tengok yang kt ofis pun dah rasa takjub, ni lagi kau dapat tengok total solar eclipse. Subahanllah untung kau Pojie! hehe

    Anyway, dia letak kerusi meja eh atas jambatan tu? Best lah gamba2 ko smart. Hehe

    Salam kenal ya bro!

    ReplyDelete
  7. *sodorkan tissue buat kamu sekat air mata*

    puk-puk pojie. hehe..

    aku suka foto-fotomu. ahh ada om cumi..

    ReplyDelete
  8. You're lucky to witness this Pojie. Wow! Nice photos. It gives me a total goosebumps after seeing your video. Nicely documented.

    ReplyDelete