[VIDEO] Eksplorasi ke Selatan Sumatera bermula!

Saturday, March 19, 2016 Pojiegraphy Journal 7 Comments


Saat aku menerima jemputan dari Kementerian Pelancongan Sumatera Selatan untuk menghadiri festival Gerhana Matahari Total sekaligus meneroka tarikan-tarikan menarik di sini, tanpa berfikir panjang, aku balas “Setuju!”.


Sebabnya ialah aku belum pernah ke Sumatera Selatan, dan of course nak tengok gerhana matahari penuh, hanya akan berlaku di beberapa kota di Selatan Sumatera termasuklah Palembang. Sebelum itu, aku ingin berterima kasih kepada Kak Suzan dan yang lain atas jemputan ini. Tidak lupa juga kepada Gaya Travel Magazine atas kebenaran untuk menyertai FAM trip ini. 


Gambar atas: Bersama dengan Fiona, travel blogger dari Indonesia, membuat food hunting di beberapa food truck yang terletak sekitar Benteng Kuto Besak. Lucu sekali masa ni. Foto oleh Sutiknyo 

Apa agaknya rasa menjadi salah seorang individu yang kira beruntung untuk melihat fenomena yang jarang berlaku ini? Pada saat Jambatan Ampera dibanjiri ramai orang yang datang dari pelbagai negara, langit yang sudah terang menjadi gelap untuk satu minit, kedengaran bacaan selawat, inilah salah satu pengalaman hidup aku yang sukar dilupakan (cerita penuh bakal dikongsikan nanti).


Gambar atas: Aksi-aksi lucu dari kami (Mas Cumie, aku, Miss Tika dan Khai) sebelum berangkat ke Danau Ranau hotspring. Foto oleh Cumilebay 

Sebagai seorang yang suka dengan apa pun aktiviti berkaitan dengan alam semujadi, semestinya trip ini memenuhi keinginan aku untuk lebih dekat dengan tumbuhan hijau dan tasik yang sangat tenang. Selalu asyik dikelilingi dengan bangunan dan kesibukan kota raya.


Gambar atas: 18 blogger dan penulis berkumpul di bahagian puncak ladang teh di Pagar Alam 

FAM trip ini disertai 17 orang blogger dari Malaysia, Indonesia dan Singapore. Kami semua ni datangnya dari latar belakang berbeza tapi kami ada satu persamaan iaitu minat mengembara.


Gambar atas: Tak sangka anak-anak kecil di Pagar Alam ini sangatlah friendly. Tak malu nak bergambar sama pun. Foto oleh Sutiknyo 

Selain dari Palembang, kami sempat meneroka pelbagai destinasi pelancongan lain seperti Baturaja, Muara Enim, Ranau dan Pagar Alam. Kalau ditanya mana satukah destinasi kegemaran aku? Semunya mempunyai tarikan tersendiri tapi bagi aku sudah tentulah Ranau dan Pagar Alam. Aku akan kongsikan pengalaman aku di setiap destinasi dalam entri-entri akan datang. Stay tuned for more entries yeh.


Gambar atas: Sebelum semuanya kotor selepas buat offroad di Pagar Alam. Pengalaman yang best bila dapat mandi lumpur. Foto oleh Cumilebay

Banyak membebel pula kan. Tak apa, kalau nak tengok ringkasan keseluruhan trip, korang boleh tengok video yang aku hasilkan DI SINI.

Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti kami sepanjang trip ini, boleh juga tengok di #PesonaSriWijaya, #WonderfulSriWijaya dan #GMTPalembang. Updates dari para blogger di Facebook, Twitter dan Instagram.

Teruskan mengikuti entri aku untuk Sumatera Selatan DI SINI

7 comments:

  1. look like you very enjoy this trip :))

    ReplyDelete
  2. bestnya blh experience benda macam ni!

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa Pojie !! dapat mingle dengan locals.. mahai tu..

    ReplyDelete
  4. Jemputan Pelancong ????? masih agak confused dengan kata itu ahahahaha
    Jadi kapan kita kemana lagi ????

    ReplyDelete
  5. The off-road experience looks fun! ;-)

    ReplyDelete
  6. It was 18 bloggers Pojie. Btw, I am happy when I see your video. It reminds me the days we spent on this journey.

    ReplyDelete