Time Capsule Retreat, satu penginapan unik di Sungai Lembing, Pahang

Thursday, February 18, 2016 Pojiegraphy Journal 20 Comments

Jika anda cari penginapan unik dan pengalaman meluangkan masa bersama alam semula jadi, Time Capsule Retreat mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda. 

Selepas tempat ini viral di media sosial, bulan lepas aku berpeluang untuk ke sini kerana ingin merasai sendiri pengalaman menginap di tempat yang kerap dipanggil 'hipster'. 

Jom kita tengok apa yang menarik di Time Capsule Retreat ni. 


Time Capsule Retreat terletak di Sungai Lembing, iaitu pekan kecil terdapat di 42km antara barat dan utara Kuantan, Pahang.  Terdahulunya lokasi ni memang terkenal dengan aktiviti perlombongan tin, tak pasti pula sekarang masih aktif lagi ke tidak. Well, entri ni bukan bertujuan untuk explain korang pasal sejarah pun. 

If berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Sungai Lembing, boleh la cari di Google because Google has almost everything you need. 


Kembali ke topik utama. Kami sempat menginap di sini hanya untuk satu malam sebab ada event. So, dah alang-alang kena datang Sg Lembing, why not try untuk stay di sini kan. Best ke tidak? Kejap lagi aku explain dekat korang. Teruskan membaca. 


Gambar atas: Tempat untuk korang buat BBQ, santai-santai bersama group atau duduk layan perasaan sambil tengok bintang. 

Seperti yang anda lihat dan tahu, Time Capsule Retreat ni bukan la jenis fancy hotel yang ada fasiliti-fasiliti canggih. Ianya lebih kepada konsep santai dan asalkan-boleh-tidur-dalam-keadaan-selesa. Apa pun, fasiliti cukup dan lengkap untuk para tetamu. 


Selain itu, ruang tamu khas juga turut disediakan untuk korang berehat, santai bersembang dengan para tetamu lain (kot-kot boleh jumpa jodoh) atau tengok tv. 


Ruang tamu di sini agak luas. Agaknya boleh muat sampai 20 orang rasanya atau lebih. Kalau korang plan untuk book the whole are untuk official event pun best juga. Confirm happening. 


Gambar atas: Kelengkapan hiburan untuk anda just in case anda rindu nak tengok tv (which mostly tak ramai akan tengok pun sebab diorang nak fully enjoy the nature).

Jangan risau sambungan WiFi disediakan untuk para tetamu


Time Capsule Retreat juga banyak buat kolaborasi dengan beberapa company ata organisasi. Good, kekal aktif. Pemilik tempat ni pun boleh tahan friendly, kaya dengan senyuman dan memang layan para tetamu dengan baik. Cuma, kadang-kadang tu mereka tak ada. 

But don't worry, ada staff yang akan sentiasa berada di sini jika anda memerlukan sebarang bantuan. 


Gambar atas: Bilik White Cottage 1 (Queen Size Bed / 2 Single Bed)

Untuk bilik pula, Time Capsule Retreat menawarkan empat jenis bilik iaitu:

1. White Cottage 1: queen size Bed / 2 single bed, attached bathroom, air cond.
2. White Cottage 2: 2 queen size bed, attached bathroom, air cond.
3. Capsule 1: Bilik berbentuk paip silinder (7ft x 10ft), queen size bed, bilik air dekat luar (kongsi), air cond.
4. Capsule 2: Sama seperti Capsule 1, tapi ia lebih besar dan sesuai untuk pasangan yang nak privacy, air cond.

Since aku menginap di bilik White Cottage 1, aku hanya boleh kongsi pengalaman secara mendalam mengenai bilik ini. Niat memang nak duduk bilik Capsule 1 tapi fully booked pula. Tak ada pilihan lain, bilik White Cottage 1 pun jadi la.



Bilik ni agak mahal sikit berbanding capsule dan sudah tentu la luas. Best pasal bilik ni ialah korang tak perlu keluar untuk ke bilik air berbanding bilik capsule. Selain itu, ruang pun agak luas juga la. Sesuai untuk family yang ada anak kecil.

Walaubagaimanapun, aku sempat juga tengok-tengok bilik Capsule 1 dan Capsule 2.


Suasana pada waktu malam. Tenang je, korang hanya akan dengar bunyi cengkerik unless ada orang buat parti or anything. 


Para tetamu tidak melepaskan peluang mereka untuk mengambil gambar. Dapat duduk bilik capsule, wajib ambil gambar tidak kira siang atau malam. Shot mesti power. Kalau tak percaya, pergi la tengok dekat Instagram. 


Ini pula suasana masa siang. Setiap capsule terletak berdekatan antara satu sama lain. Basically, apa yang korang sembang tu orang bilik sebelah boleh dengar dengan agak jelas unless korang berbisik. 


Bilik capsule ni kecil je, tapi memang muat untuk dua orang pun. Siapa yang agak fobia dengan ruang kecil atau sempit ni, be ready. Takut pula nanti korang pengsan. LOL


Gambar atas: Bilik air yang terletak berdekatan bilik-bilik capsule. Konsepnya bagus dan santai, tapi kalau tengah-tengah malam nak ke tandas pula macam mana? Ehem, tak apa. Ada lampu and ajak la member korang temankan. 


Gambar atas: Macam menarik pula basuh muka/berus gigi dekat sinki dalam gambar di atas tu. 

Now, jom kita tengok bilik Capsule 2 pula. 
Capsule 2 terletak agak jauh sikit dari bilik White Cottage dan Capsule 1. Nama pun untuk mereka yang nak privasi kan. Kena la jauh sikit. 


Inilah bilik Capsule 2. Ia agak besar sikit dan berbentuk kontena. Tak berpeluang untuk tengok dalam bilik since semua bilik dah ada orang duduk but bila tengok dekat Internet, not bad juga bilik ni. 

Spot terbaik untuk ambil gambar. Lighting just nice je selalu.



Selain itu, ruang berlegar di sekitar bilik Capsule 2 agak besar. So boleh la korang buat BBQ, atau any mini event/gathering. View pun not bad. Dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau!


Gambar atas: Tempat khas dan peralatan asas untuk BBQ


So, enjoy duduk di sini? 
Not bad sebab ianya satu pengalaman lain daripada yang lain. Cuma tak best sikit ialah lokasinya yang agak terpencil tapi kalau ada benda nak beli such as makanan ke apa, terdapat kedai-kedai di pekan Sg Lembing. Boleh jalan kaki. 

Apa pun, i'm glad sebab dapat lari dari hustle bustle of the city and spend time dengan nature. Tenang sikit rasa. 

Harga setiap bilik? 
Kalau nak tahu, korang boleh hubungi terus Time Capsule Retreat. 

Time Capsule Retreat Sg Lembing 
Lokasi: EB4 Belakang Sekolah Menengah Sg. Lembing (Waze: Time Capsule Retreat Sg Lembing)
Hubungi (booking): 013 963 8888 (Miss Tan)
Email: timecapsuleretreat@gmail.com
Website: Klik Sini

20 comments:

  1. nampak menarik. tapi kalau malam mcm seram je hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, indeed. Tempat ni menarik. Instagrammable sangat. Hehehe, but bila malam. Errrrr, serammm sikit haha

      Delete
  2. okayy kena pergi toilet secara berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, sorang nak pergi toilet, habis semua kena kejut. Bhaha

      Delete
  3. Teringin nak pi.. bila nak sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la. Ada banyak attractions best juga kat sini. Best untuk snap gambar :)

      Delete
  4. malam yang sedikit risau..dengan keadaan sekeliling yang banyak pokok-pokok tu. tandas dan lokasi bbq tu pun macam seram. erks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, malam tu seram semacam. But kalau ramai orang, tak rasa sangat pun hehe

      Delete
  5. ah! nice place pojie, cozy. tapi kalau malam nampak seram tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fahmi. Kalau malam tu, no comment. Seram sedikit haha

      Delete
  6. masuk sini kena angkut geng ramai2 weh.. utan !!

    ReplyDelete
  7. waaa menarik dan unik :) tgk gambar 1st igtkan xde aircond. rupanya ada :D terbaik!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian... ^_^

    ReplyDelete
  9. Time capsule ni dalam Taman Negara ke?

    ReplyDelete