Pengalaman menginap di Hyatt Regency Kinabalu

Thursday, February 04, 2016 Pojiegraphy Journal 16 Comments

Bila bercakap mengenai hotel yang mempunyai kedudukan strategik iaitu berdekatan dengan beberapa tempat menarik termasuk pusat beli belah di Kota Kinabalu, pastinya Hyatt Regency Kinabalu menjadi antara pilihan terbaik jika anda mencari penginapan yang memudahkan anda dalam pelbagai aspek. 


Balik kampung halaman hari tu sempat juga la aku luangkan masa bersama keluarga di hotel ini. Walaupun jarak hotel ini dengan rumah sangatlah dekat, ia berjaya membuatkan aku untuk tidak balik ke rumah kerana layanan yang diberikan oleh mereka membuatkan aku berasa seperti di rumah sendiri. 

So, jom kita tengok apa lagi yang best di Hyatt Regency Kinabalu!


Tonton juga video aku hasilkan untuk Hyatt Regency Hotel DI SINI

I was greeted with warm and welcoming smiles from the staffs around the lobby. Dapat sambutan seperti ini membuatkan aku bertambah teruja nak teroka hotel ni. Bila lalu pintu utama, perkara utama yang korang akan nampak ialah lounge dan juga kaunter resepsi.

Urusan check-in dah selesai, tibalah masa untuk kita masuk ke bilik.


Gambar atas: Lounge hotel ini juga menerapkan elemen penggunaan natural light di sekitar lounge. Dengan itu, seni reka dalaman yang terdapat di sini kelihatan lebih menyerlah dan menarik. 

HYATT REGENCY KINABALU
Menjadi international chain hotel di sini, Hyatt Regency Kinabalu terdahulunya dikenali sebagai Hyatt Kinabalu terletak di lokasi yang begitu strategik buat mereka yang datang untuk bercuti ataupun kerja. Dahulunya tertumpu kepada business traveller, terkini Hyatt Regency Kinabalu sudah mula menjadi pilihan kepada mereka yang berkunjung bersama keluarga. 

Lokasinya juga menawarkan para tetamu pelbagai pilihan dari segi makanan dan banyak lagi. Jika mereka inginkan sedikit kelainan dari apa yang dihidangkan di hotel ini, boleh la cuba beberapa gerai makanan yang terdapat di kawasan berdekatan. 

Jika ingin shopping, boleh berjalan ke Suria Shopping Mall. Jika ingin mencari souvenirs, boleh berjalan ke Pasar Filipin, iaitu kedai-kedai menjual barangan souvenirs seperti baju, batu permata dan bermacam lagi. Jika ingin ke pulau-pulau best, Jesselton Point terletak berdekatan dengan Hyatt Regency Kinabalu. 

Lokasi: Dengan menaiki kereta, 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (10KM)

BILIK
Terdapat 288 bilik yang disediakan untuk para tetamu termasuk 17 bilik jenis suite. Selain itu, terdapat empat Regency Club floors yang menawarkan sambungan Internet secara percuma, akses ke Regency Club Lounge dan banyak lagi. 

Jika anda duduk di salah satu bilik jenis Regency Club, anda boleh menikmati beberapa hidangan makanan atau minuman yang terdapat di Regency Club Lounge


Aku berpeluang untuk menginap di bilik jenis Seaview King Room.

Tidak dapat dinafikan bahawa bilik ni memang luas dan kelihatan agak ekslusif dengan seni reka dalamannya yang begitu minimalist serta terdapat beberapa elemen modern yang diterapkan. Ia secara tidak langsung menambahkan lagi rasa ekslusif dalam diri menjadi salah seorang tetamu hotel ini.


Gambar atas: Katil jenis king yang semestinya membuatkan anda dibuai mimpi lena kerana lembut, selesa dan besar!

Sama seperti bilik hotel lain, setiap bilik di sini dilengkapi dengan barangan-barangan keperluan asas atau fasiliti seperti ruang kerja, sambungan Broadband Internet tanpa wayar, television, peti keselamatan, barangan mandi dan banyak lagi.



Gambar atas: Cermin bilik mandi hotel ni agak besar. Boleh la aku buat signature selfie shot. Kalau perempuan mesti suka cermin kat sini sebab senang la mereka nak bersiap dan tengok penampilan mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Antara yang aku suka pasal bilik ini ialah ia memberi peluang kepada aku untuk menikmati keindahan langit terutamanya pada waktu petang. 

Pernah tak anda bayangkan untuk duduk hirup secawan teh suam sambil melihat keindahan sunset? Yes, hampir semua orang impikan perkara yang sama. Well, keinginan aku tercapai apabila berpeluang menginap di bilik cantik ini. 


Gambar atas: Inilah pemandangan dari tingkap bilik. Boleh tengok sebahagian dari bandar Kota Kinabalu. Boleh tahan cantik juga view dari tingkap bilik aku ni.


Gambar atas: Regency Club Lounge, sesuai untuk mereka yang nak suasana privasi, menjamu hidangan disediakan sambil menikmati pemandangan cantik.

MOSAIC CAFÉ

Ia juga dibuka kepada orang ramai yang ingin menikmati hidangan minuman dan juga makanan seperti kek, aiskrim homemade, kopi dan teh. Lokasi strategik Mosaic Café ini menjadikan ia tempat ideal untuk mereka yang nak suasana santai sambil lepak bersama kawan-kawan.

Uh, aku dapat beberapa komen di social media bahawa kek-kek di Mosaic Café ni sedap. So, jangan lupa check it out bila korang datang sini ya.

GYM
Gym di Hyatt Regency Kinabalu juga lengkap dengan segala keperluan untuk bersenam. Ye lah, orang kata "Cuti, cuti juga. Tapi bersenam jangan lupa". So, kalau duduk di sini, korang tak perlu risau kerana gym dibuka 24 jam khusus buat mereka yang menginap di hotel ini.


Dah puas menikmati makanan-makanan best di sini, korang boleh la pergi gym or santai di bilik. You choose. 

TANJUNG RIA KITCHEN
Tanjung Ria Kitchen terdahulunya dikenali sebagai Tanjung Ria Café. Agaknya kenapa mereka tukar nama ya? Okay, perkongsian untuk Tanjung Ria Kitchen ni agak istimewa sikit. Therefore, ianya bakal dikongsikan dalam entri seterusnya bersama dengan Nagisa Japanese Restaurant. 

Agak teruja nak kongsi dengan korang. 


Gambar atas: Bersama dengan ayah dan mak menjamu selera di Tanjung Ria Kitchen. Tak pernah makan sebanyak ini untuk dinner. Tapi bila duduk dekat Hyatt Regency Kinabalu, aku slowly lupa gaya pemakanan aku. Nasib baik duduk sekejap, kalau duduk lama. Confirm bertambah bahagia mana tidak hampir semua makanan yang dihidangkan sedap dan wajib dicuba!

OUTDOOR SWIMMING POOL & THE POOLSIDE BAR
Bagi mereka yang nak buat sedikit aktiviti, boleh la ke kolam renang terletak berdekat Tanjung Ria Kitchen. Kolam renang di sini tidaklah begitu besar tetapi ia cukup untuk anda berenang, santai menikmati cahaya matahari dan tiupan angin. 


Kalau bawa anak-anak, confirm mereka akan suka mandi kolam renang. Therefore, jangan lupa bawa pakaian renang. Spend time bersama keluarga tersayang sambil buat aktiviti seperti berenang juga antara salah satu cara untuk kita mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. 

Lumba renang atau bergambar dalam air, perhaps? 

Jika anda ingin santai sambil menikmati pemandangan bandar Kota Kinabalu (especially waktu petang), boleh la duduk di The Poolside Bar yang terletak berdekatan kolam renang. Best bila dapat tengok sunset dari sini.

Now I miss this hotel so much. The moments that my family and I had while staying here were just so precious.


Kalau korang plan nak datang ke Kota Kinabalu, bolehlah masukkan Hyatt Regency Kinabalu dalam senarai penginapan korang. Hotel ini sangat ideal kepada mereka travel bersama keluarga, pasangan dan tidak lupa untuk urusan kerja.


NOTA: Entri seterusnya bakal merungkai Tanjung Ria Kitchen dan Nagisa Japanese Restaurant.

HYATT REGENCY KINABALU
Alamat: Jalan Datuk Salleh Sulong, 88991 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telefon: +6088221234
E-mail: kinabalu.regency@hyatt.com
Laman Web Rasmi: KLIK SINI


Terima kasih kepada Hyatt Regency Kinabalu atas peluang yang berharga ini. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI

16 comments:

  1. Besar pula Hyatt ni. Ada swimming pool lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That was my first impression. Masuk ja hotel ni, terus cakap "Boleh tahan besar juga ni hotel!".
      Jakun kejap hehe.

      Delete
  2. Right after watching your video, I suggested this hotel to my parents when they travelling to Kota Kinabalu.
    Both of them said that this hotel was not bad. Easy access to various attraction in KK.

    Thank you so much for sharing dude!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Am glad to know that. I'm sure Hyatt Regency Kinabalu will be happy to hear it ;)

      Delete
  3. Lawa hotel ni bro. Gambar pun tiptop. Keep up a good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Memang best duduk hotel ni. Thanks for dropping by! :)

      Delete
  4. Pernah stay hotel ni. Suka cara staff diorg layan tetamu & makanan kat restoran pun not bad. Suddenly rindu pula nk stay sini. Tq for sharing. Cantiknya gmbr-gmbr u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman kita sama! Kalau ada peluang, balik kk nanti nak duduk lagi hotel ni :)

      Delete
  5. siap ada gym! kalau aku memang dok 24/7 kat dalam hotel je la macam ni. haha

    ReplyDelete
  6. Assalam my frien... wah.. menarik. Suasana pemandangan sangat cantik. Memang berbaloi dgn hotel yg pasti selesa ni. Salah ukhwah & ceria selalu... :)

    ReplyDelete