Cara untuk ke Koh Samui dari Kuala Lumpur

Wednesday, January 27, 2016 Pojiegraphy Journal 8 Comments


OMG! Trip ni dah setahun lepas tapi baru terbuka pintu hati dan mata ni untuk update. For sure la banyak benda dah lupa kan. Nasib la juga ada tulis few important things dalam jurnal, boleh la refer sikit-sikit. Itu la padahnya bila tangguh lama-lama. 

Anyway, entri kali ini aku akan kongsikan sedikit pengalaman dan cara-cara untuk ke Koh Samui. 

Before book flight and transport ke Koh Samui, terfikir juga macam mana la cara yang paling senang dan jimat. Ye la, dengar cerita kalau ambil direct flight dari Kuala Lumpur ke Koh Samui ni boleh tahan mahal juga sedangkan Koh Samui ni tak la jauh sangat. Finally, dapat juga alternatif terbaik dan jimat, tapi agak memenatkan (for me). 


Koh Samui ni sama macam Pulau Langkawi yang kita ada di Malaysia. Ianya dikenali sebagai Maldives versi Thailand sebab air yang jernih dan pemandangan pantai yang begitu cantik. Di sini, terdapat beberapa pantai menjadi tumpuan para pelancong iaitu Chaweng, Bhoput, Lamai dan banyak lagi. 

PERJALANAN KE KOH SAMUI
Seperti yang dikatakan dekat atas, nak pergi ke Koh Samui ni memang ada banyak cara. Untuk trip ni, kami memilih untuk naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur dan turun di Surat Thani.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surat Thani ialah selama 1 jam 30 minit.


Travel tips: Masa pergi tu which is early last year, dekat airport Surat Thani ni ada mesin ATM CIMB. So, kalau kekurangan duit THB or tak sempat nak tukar duit, maybe boleh dapat rate murah bila withdraw dari mesin ATM. 

Hope the ATM machine is still there. Agak membantu juga bila kita memerlukan. 

Kembali ke topik utama. Airport Surat Thani ni kecil je so jangan expect macam-macam la ya. Proses imigresen pun agak slow. Bawa pen sendiri untuk isi borang imigresen (tolong jangan terlupa) or else you will waste your time


Dari airport Surat Thani, kita akan bertolak ke Koh Samui pula. Macam mana nak ke Koh Samui dari Surat Thani? Ada bermacam alternatif yang korang boleh pilih. Aku pilih untuk naik feri. So,  perjalanan dari Surat Thani airport ke Ferry pier mengambil masa sekitar 1 jam


Sampai saja di terminal feri, terus pergi ke kaunter khas untuk check in (dapatkan tiket) sebagai bukti yang korang adalah penumpang feri tersebut. Lepas tu barulah jalan naik feri. 

INGAT! Korang kena dapatkan tiket dulu. Jangan pergi terus ke feri sebab end up nanti tak dapat naik and buang masa serta tenaga lagi nak kembali ke kaunter untuk dapatkan tiket. 


Jangan jadi macam aku. Selamba je pergi ke feri terus. Bila nak naik, staff tanya "Where's your ticket?" End up kena ke belakang balik, staff buat ticket verification and dapatkan tiket untuk kitaorang. Kan dah bazir masa dekat situ. 

Dah la orang yang naik feri ni boleh tahan ramai. Tak percaya? Tengok gambar dekat bawah ni. 


Bayangkan dah penat beratur. Tiba turn nak naik, terpaksa ke belakang balik sebab tak ada tiket. So, please try to avoid this ya. Our mistake. 

PS: Gambar macam agak terganggu sikit dengan objek yang tidak berapa sedap dipandang. Mohon maaf dan abaikan saja ya. LOL



Untuk pengangkutan feri, kami pilih servis dari Lomphraya (bus dari Surat Thani Airport to feri pier + feri from Surat Thani to Koh Samui pier). Boleh book secara online dalam harga RM60 DI SINI

Perjalanan dari Surat Thani pier ke Koh Samui mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.


Best part pasal Lomphraya ferry ni ialah korang ada dua pilihan iaitu nak duduk dalam or duduk dekat bahagian atas which is open air. Boleh la menikmati tiupan angin sambil melihat pemandangan cantik.


Tapi adalah digalakkan untuk korang pilih tempat duduk di bahagian dalam. Sebab, kadang-kadang journey agak bumpy so korang memang akan basah bila duduk dekat bahagian open air. Berdasarkan pengalaman sendiri, sejujurnya memang agak tak selesa sebab melekit kena air laut dan pening sikit.


Dalam feri juga korang boleh beli snack or minuman (kalau perlu). Harga sudah tentulah boleh tahan mahal. Macam tak berapa nak berbaloi beli but kalau terdesak, apa salahnya.


Gambar atas: Panoramic view dalam feri. Seat boleh tahan selesa dan juga ada air-conditioned. 

For me, perjalanan seperti ini jimat tapi agak memenatkan dan ambil masa agak lama sebab kena banyak tukar pengangkutan. Kalau nak beli direct flight, boleh tahan mahal. Macam tak berbaloi. 

Untuk trip ni, aku naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur ke Surat Thani. So, in term of harga tiket dah jimat sikit. 


Selepas beberapa jam menempuhi perjalanan yang agak memenatkan, finally sampai juga di Koh Samui. Entri tentang Koh Samui bakal menyusul. 

Terus ikuti cerita pengembaraan aku ke Koh Samui DI SINI.

8 comments:

  1. Berbaloila perjalanna jauh yang penuh cabaran kalau tempat tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. Pemandangan sini sangatlah berbaloi dengan perjalanan jauh dan agak memenatkan. Phew

      Delete
  2. walaupun penat memang perjalanan seperti itu memang memberikan kepuasan tersendiri kan Bang Pojie

    ReplyDelete
  3. pergh. ramai giler rupanya ke koh samui ni.

    next trip wajib ajak aku..

    (tapi lepas bulan 5 la hehehe)

    ReplyDelete