Bab-bab edit video ni memang kegemaran saya lagi-lagi bila video berkaitan dengan kembara. Balik dari trip je benda pertama yang saya akan buat ialah susun video dan edit (bila ada masa lapang). So, saya juga tidak lepaskan peluang untuk edit travelogue video semasa pergi ke Langkawi! 

Langkawi is indeed a beautiful, making it as one of the must-visited destinations in Malaysia. Percaya atau tidak, ini merupakan kali pertama saya ke Langkawi. Rasa teruja tu lain macam sikit dan sebab tu juga semangat sikit nak upload travelogue video. 
Sebelum saya bercerita lebih tentang pengalaman meneroka Pulau Tuba, saya persembahkan satu video pendek untuk para pembaca yang sudi singgah blog ni. Lepas kerja semua settle, insyaAllah saya akan kongsi pengalaman di Pulau Tuba dalam entri seterusnya. 
Untuk sementara waktu, enjoylah video yang tak seberapa ni ;)
NOTA: Terima kasih kepada Langkawi Development Authority (LADA) dan Gaya Travel Magazine atas pengalaman yang sangat berharga ini