Osaka with Air Asia X: Pengalaman menaiki Osaka Tower (Tsutenkaku)

Friday, December 25, 2015 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Hi! 
Before korang baca entri ni, boleh la tengok video travelogue Osaka DI SINI.

Perkongsian pengalaman mengembara ke Osaka, Jepun belum habis lagi ya. Memandangkan banyak betul benda yang aku buat masa datang ke sini, kenalah kongsi semuanya kan. Bermacam-macam tempat yang aku dah kongsi sebelum ini. Entri kali ini, nak share sedikit pengalaman melihat panorama Osaka yang indah melalui Tsutenkaku (Osaka Tower)

Note: Sorry that I used Malay and English language in this entry. Mood kali ni nak tulis santai-santai je


Trip kali ini memang agak memenatkan sebab kena kejar masa. Lagi-lagi naik pengangkutan awam khususnya kereta api. Agaknya berapa la jumlah kalori yang berjaya dibakar masa tu. LOL. Apa pun, it was an awesome experience!

To go Tsutenkaku Tower, you are required to walk a little bit from train station. Along the way, you'll see many things (I mean, interesting things). I stumbled upon this one particular area where I literally saw several vintage shops. I didn't manage to check on any of the shops as we're running out of time (there are more attractions to cover).







Gambar atas: Gambar-gambar diatas menunjukkan beberapa kedai menarik yang korang boleh singgah nanti. Menarik!


Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya kita hampir sampai di Tsutenkaku Tower. Dah teruja semacam ni nak naik atas. Taknak terlepas sunset view ni!

TSUTENKAKU TOWER
Tsutenkaku  merupakan simbol kepada Naniwa, ianya menara yang terletak di pekan Shinsekai, Osaka. Bangunan ini telah dibentuk dan dinaik taraf semula menjadikan ianya sebagai salah satu tarikan menarik di Osaka. Ia juga pernah muncul dalam beberapa filem.

Dibina pada tahun 1912, menara yang mempunyai ketinggian 103 m ini pernah menjadi bangunan tertinggi di Timur Asia dan pada masa itu juga menara ini dinamakan sebagai Tsutenkaku bermaksud "Building leading to Heaven" oleh Fujisawa Nangaku.

Trivia: Ketinggian menara Tsutenkaku sebelum ini ialah 64m dan selepas ia dibina semula, bangunan ini 39m lebih tinggi dari sebelumnya iaitu 103m.


Gambar atas: Sedang dalam perjalanan ke pintu masuk Tsutenkaku Tower, ternampak la satu persembahan dari monyet comel seperti dalam gambar diatas. Bijak betul. Sempatlah juga ambil gambar (tak sure sebenarnya sama ada boleh ambil gambar atau tidak). Ianya di Studio 210.


Sampai saja di pintu masuk utama terus tunjuk Osaka Amazing Pass and we are good to go. Actually, Osaka Amazing Pass sedikit sebanyak membantu juga la. Selain dari jimat duit, anda juga dapat jimatkan masa tak perlu ambil masa lebih dekat kaunter. Just tunjuk je pass tu instead of buat bayaran, tunggu baki dan tiket.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai Osaka Amazing Pass, bayaran masuk Tsutenkaku Tower ialah 600 Yen (Dewasa), 500 Yen (pelajar universiti), 400 Yen (pelajar sekolah/senior), 300 Yen (kanak-kanak).

Masuk ke kawasan lobi tidak dikenakan apa-apa bayaran.


Gambar atas: Sama seperti konsep 'love lock', dekat sini pun korang boleh abadikan kenangan dengan meninggalkan nota khas. So, nanti boleh la para pengunjung yang datang ke sini tengok nota-nota yang korang tinggalkan.


Gambar atas: Panoramic view dari bahagian observation deck Tsutenkaku Tower. Cantik betul ciptaanNya ni. 


We were lucky that orang tak ramai sangat masa kitaorang datang ke sini. Everything berjalan dengan lancar je. Thank you jugalah kepada our tour guide. Kalau tak, confirm masing-masing muka ketat je sebab kena tunggu lama. Korang kenalah pandai pilih waktu untuk berkunjung ke sini kebiasaannya orang ramai pada musim cherry blossom sebab ramai yang kejar nak tengok view cantik.

Apa pun musim, view dari atas Tsutenkaku ni memang cantik. Tidak dapat dinafikan!


Gambar atas: Kalau nak tambah feel masa tengok sunset tu, boleh la ajak insan tersayang korang tu. Sweet memory la katakan. 

Tsutenkaku mempunyai enam tingkat iaitu:-
1. B1F - Tsutenkaku Wakuwaku Land, Studio210, Kaunter tiket.
2. 1F - Pintu masuk ke bahagian basement Tsutenkaku.
3. 2F - Bermacam jenis kedai - souvenirs, makanan dan minuman, Jan Jan Town Kinnikuman Museum dan Observation Elevator Hall. 
4. 3F - Diorama Display, Café de Luna Park dan Glico-ya
5. 4F - Observation Platform (84m)
6. 5F - Observation Platform (87.5m) Billiken Shrine 


Gambar atas: Hello from us! Me with Eugene and Nisa Kay.


Diorama Display, yang terletak di tingkat 3F akan membawa anda kembali ke 100 tahun dahulu. Selain dari tengok panorama cantik, korang juga boleh mendalami serba sedikit sejarah tentang Shinsekai, Tsutenkaku dan Luna Park.

Well, you'll bring good memory and knowledge.



Gambar atas: Glico's Running Man iaitu ikon kepada Osaka.


Selain itu, korang juga boleh check out Jan Jan Town yang terletak di tingkat 2F kalau korang nak beli souvenirs (kebanyakannya unik-unik belaka). Juga, Glico-Ya yang terletak di tingkat 3F mempunyai pelbagai jenis barangan yang korang beli. Probably its gonna be your shopping spot dekat Tsutenkaku ni!



I'm glad that I finally had my chance to visit Tsutenkaku Tower, which is one of the significant towers in Osaka. Your journey to Osaka is not complete if you don't go to this must-visited tower.

Trivia:
1. The colour of the lights on top of the tower actually tells you tomorrow's weather. Its like a weather forecaster. Cool one!
2. Tsutenkaku has the biggest clock in Japan!
3. Tsutenkaku has 6 LED Patterns around the year - January & February (White- snow), March & April (Pink), May & Jun (Green), July & August (Blue), September & November (Gold) and December (Blue-green)

Cool right?
I did not get my chance to see the LED patterns. If I do, then the colour will be Gold.


What else? 
Address: 1-18-6 Ebisuhigashi, Naniwa-Ku, Osaka
Tel: 06-6641-9555
Hours: 9.00 am - 9.00 pm (Open year-round)
Website: Click Here
Access: Approximate time from major stations in Osaka - Umeda (25 minutes), Namba (15 minutes) and Tennoji (12 minutes) #Get off at Dobutsuen-Mae, Midosuji Line.




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

1 comment: