Osaka with Air Asia X: Pengalaman berjalan di sekitar Osaka Museum of Housing & Living

Friday, November 27, 2015 Pojiegraphy Journal 5 Comments

Hmmm, masih tak boleh move on lagi pasal Universal Studios Japan
BOLEH BACA: Part 1 (DISINI) & Part 2 (DISINI)

Now, lets move on to another part of my Osaka trip. 
Before this we took taxi ride, but this time we explore what Osaka has to offer by train and walk. How many calories burnt? Countless. LOL


Untuk entri kali ini, aku akan kongsikan sedikit pengalaman ketika berkunjung ke Osaka Museum of Housing & Living (OMHL).   


Terletak di sekitar Tenjimbashi, Kitaku, Osaka Museum of Housing & Living merupakan antara tarikan menarik yang boleh kita kunjungi ketika berada di Osaka (if korang ada lebih masa). 

Muzium yang serba sederhana ini bakal membawa anda untuk melihat suasana, keadaan atau rupa bangunan dan jalan serta kehidupan di Osaka pada masa lalu. 


Before masuk ke dalam, korang akan melalui kaunter utama dimana dekat sinilah korang perlu beli tiket dan tanya pelbagai soalan seperti:-
1. Boleh bawa kamera?
2. Dimana boleh sewa atau pakai Yukata?
3. Boleh bawa monopod (selfie stick)?

Staff dekat sini mostly orang yang dah berusia. Anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran bila nak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris, tapi tak apa. Diorang pasti cuba sedaya upaya untuk bantu korang.

Proses untuk masuk ke dalam sangat simple dan mudah. Beli tiket and then masuk ke dalam.


Masuk ke zaman Edo tak feel la kalau tak pakai Yukata kan?
Yukata ni merupakan pakaian yang dipakai oleh orang Jepun khususnya pada musim panas kerana ianya lebih nipis dan ringan berbanding Kimono. Ianya boleh dipanggil sebagai "Casual Kimono".

Harga nak sewa Yukata di Osaka Museum of House & Living? 
Korang boleh sewa Yukata dengan harga 200 Yen untuk 30 minit.

NOTA: Kalau nak pakai Yukata ni, korang kena datang awal sikit sebab kebiasaannya orang yang datang ke sini pastinya ingin cuba pakai Yukata. Kalau lambat, maka kena tunggu la. 


Dah siap sedia untuk masuk dan merasai suasana di Osaka ketika sekitar tahun 1830.
Jom!

Again, before korang masuk ke dalam, below are another things to consider.


Comel kan note dalam gambar diatas tu? Hehehe! 


SEDIKIT INFORMASI MENGENAI OSAKA MUSEUM OF HOUSING & LIVING
Satu-satunya di Jepun, Osaka Museum of Housing & Living ini dibina untuk memberi peluang kepada semua orang (tidak kira dari luar ataupun dalam Jepun) untuk merasai suasana dan juga sedikit sebanyak mendalami sejarah Osaka bermula dari Era Edo sehinggalah Era Showa.



Level 8: You can watch video images and elaborate scale models showing Osaka housing and living during and after the Meiji Period.
Level 9: You can see a life-size re-creation of an Edo Period street in the exhibition room.
Level 10: You can view the entire section of town reproduced. Admire the beauty of the houses and feel the bustle of daily life during Edo Period.

Kalau aku, sudah tentulah part paling best ialah di tingkat 10. Di sinilah macam-macam korang boleh buat - pose la macam mana korang nak, santai ala-ala orang Jepun dan macam-macam lagi.


"Eh, jemputlah masuk ke rumah saya. Jangan malu, jangan segan!"

Itulah dialog dalaman yang cuba aku sampaikan, kononnya nak ambil mood la. Kebetulan masa kitaorang datang tu, takde la ramai sangat. So, I personally see a lot of photo opportunities. If and only if we have ample time, I would love to take as much photos as I wish. 






Di sini, korang bukan sahaja boleh jalan-jalan di kawasan luar rumah tapi korang juga boleh masuk dan tengok sendiri deko dalaman bangunan (rumah/kedai) orang Jepun pada masa dahulu. Nice!


A photo of Kelly



A photo of Nisa Kay

Girls would probably love this place. Boleh snap gambar ala-ala #OOTD (outfit of the day) di kebanyakan sudut sambil mengenakan Yukata. Masing-masing kemain pose sakan ye!


Group photo - Me, Nisa, Kelly, Eugene, Mior and Ben


Ni bukan anjing real ya (obviously it is not) 
Tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba ternampak dua ekor 'anjing' ni. Dari jauh nampak macam real. Rupa macam antara anjing terkenal di Jepun iaitu Shiba Inu. 

You guys are so adorable but pardon me as I forgotten to bring you guys some snack. LOL


Lagi gambar berkumpulan. Kali ni versi ala-ala jejaka Jepun.
Jadi, yang mana satukah pilihan anda?


The best part tentang Osaka Museum of Housing & Living ni ialah dalam masa 45 minit, korang boleh experience dua waktu yang berbeza iaitu siang dan malam. So, secara automatik korang boleh dapat dua versi gambar (siang & malam) di tempat yang sama.

But aku lebih prefer waktu siang sebab lighting agak bagus masa tu. So far, pengalaman ke muzium ni merupakan antara pengalaman yang best untuk trip ni sebab aku berpeluang untuk pakai Yukata (finally!). Nak beli rasanya macam kena fikir dua tiga kali je sebab boleh tahan mahal. 


Kalau korang ke Osaka, pastikan Osaka Museum of Housing & Living ada dalam senarai interari korang ya!

OSAKA MUSEUM OF HOUSING & LIVING
Lokasi: 8 Floor 6-4-20 Tenjimbashi, Kita-ku, Osaka City
Cara untuk ke sini: 5 minit dari Tenjinbashi 6-chome Station (Tanimachi atau Sakisuji Subway Line)
Bayaran masuk: 600 Yen (Dewasa), 300 Yen (Sekolah/Universiti)
Operasi: 10 pagi hingga 5 petang (masa terakhir masuk 4.30 petang)
Tutup: Pada hari Selasa dan juga sehari selepas national holidays
Phone: 06-62421170
Website: KLIK SINI




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

5 comments:

  1. best! by the way i would like to see the photo at night :)

    ReplyDelete
  2. BEST.. !! Nisa kay pon ada wow

    ReplyDelete
  3. Wah siap pkai yukata macam mat jepun dah ..eh ehh ehh mula2 tgk ingatkan anjing betul..ooo bukan eaa..tanjat akak hehehe..Ooo yukata mahal eaaa..takpe laa takleh beli blh pkai pon jadilaaa kan ..pengalaman ..macam biasa gambar mmg terbaik..tak pernah jemu tgk gambar..

    ReplyDelete