Osaka with Air Asia X: Pengalaman berkunjung ke Universal Studios Japan (Part Two)

Thursday, November 12, 2015 Pojiegraphy Journal 9 Comments

The long awaited blog post (perhaps it is) is finally ready to bring you on another amazing journey. KLIK SINI untuk tengok video di Universal Studios Japan.


Sekarang ni tengah bertarung tenaga untuk mengejar deadline memandangkan tinggal lagi beberapa minggu sebelum semester terakhir ini berakhir dan aku akan masuk ke dunia internship pula. Yeeho! Lama juga la aku ambil masa untuk sambung cerita pengalaman di Universal Studios Japan.


Baca juga: Pengalaman berkunjung ke Universal Studios Japan (Part One)

Okay, tanpa melengahkan masa, jom kita teroka tarikan-tarikan menarik yang lain!



Dah penat berjoget-joget lepas tengok persembahan Monsters Live Rock and Roll Show oleh Beetlejuice and friends, kami berehat sebentar sambil menjamu beberapa hidangan di Park Side Grille.


Menu yang disediakan di sini. Sedap!

Perut dah kenyang, badan pun dah mula rasa mengantuk tapi jangan harap nak tidur sebab kejap lagi kita nak sambung joget-joget. Kali ni sopan sikit la kot.

Parade de Carnival, yang diperkenalkan beberapa tahun lalu juga menjadi tarikan utama mereka yang berkunjung ke USJ. Ianya gabungan karnival yang datangnya daripada beberapa negara seperti Mardi Gras (USA), Masquerade Ball (Italy) dan Rio's Carnival (Brazil) dipersembahkan dalam satu persembahan yang penuh tenaga dan meriah.


Seawal sekitar 45 minit sebelum persembahan bermula, orang ramai dah mula berkumpul di perkarangan kawasan Hollywood ke New York. Persembahan ini berdurasi sekitar 40 minit.

Berdasarkan laman web rasmi USJ, persembahan ini hanya ada sekali untuk sehari (Halloween - 6 September hingga 3 November). So, make sure korang plan masa betul-betul.


Di sini korang boleh tengok persembahan persembahan best yang mempunyai lebih 100 entertainers dan juga karakter popular memakai costume-costume unik. Rambang mata woi tengok diorang gelek-gelek ni! LOL



Persembahan ini juga secara tidak langsung memperkenalkan elemen tradisional Mardi Grass di New Orleans, USA di mana ia akan berhenti di empat lokasi terpilih dan baling hampir 10,000 rantai warna-warni dan banyak lagi sebagai gift kepada para pengunjung.

I got mine. Save duit tak payah beli souvenirs. LOL


Ada antara mereka yang turut serta parade ni merupakan mereka yang dipilih masa dekat costume party. So, sesiapa yang nampak macam meriah kostum diorang, orang USJ akan pilih untuk mereka join bersama bagi memeriahkan lagi Parade de Carnival. Korang nak join? Pakai la kostum pelik dan menarik. HAHA


Selepas itu, kitaorang jalan-jalan singgah beberapa stall yang ada di sekitar sini sebelum menonton pertunjukkan yang sungguh mencuit hati oleh geng-geng Minion. Ada banyak gerai popcorn dekat sini dan kita boleh nampak ramai orang beratur di hampir semua gerai.


I don't know why... maybe because of this one!


Menariknya USJ ni apabila kita dapat merasa seperti berada di USA pula especially masa petang. Tengok la gambar kat atas tu. Feeling feeling dekat US. HAHAHA

Perasaan teruja belum habis lagi bila aku dapat tahu yang kitaorang akan berkunjung ke rumah Harry Potter, The Wizarding World of Harry Potter. Seperti yang dikhabar sebelum ni, USJ merupakan satu-satunya Universal Studios yang ada Harry Potter di Asia.


Kini kita dah masuk ke dunia Harry Potter. Dalam perjalan ke Istana Hogwarts, korang akan lalu kawasan yang terdapat pelbagai jenis kedai - souvenirs, butter beer dan sebagainya. Macam-macam la. Disebabkan kesuntukan masa, kitaorang terus ke Istana Hogwarts.





Bestnya macam-macam ada dekat sini. Sedih tak sempat nak explore semua. Sobs


Nampak macam ala-ala musim sejuk kan? Pandai diorang buat effect salji dekat atap tu untuk tambah feel winter. Tapi sebelah petang memang boleh tahan sejuk kat sini if pergi awal musim Autumn.


Yeay, itulah Istana Hogwarts!
Dalam istana ni, korang akan berpeluang untuk rasai pengalaman berada di dalam Istana seperti dalam movie dan juga boleh tengok pejabat Dumbledore, bilik Gryffindor dan bilik darjah Defence Against the Dark Arts.

Tak cukup? Betul. Korang wajib cuba Harry Potter and the Forbidden Journey dimana ride ini akan buat anda rasa seperti betul-betul dekat atas flying broomsticks. Bertambah best sebab Harry Potter sudi 'selamatkan' kitorang dari ancaman jahat. LOL

TRIVIA: Tahukah anda bahawa tarikan Harry Potter and the Forbidden Journey juga telah menerima beberapa anugerah? Antaranya ialah Golden Ticket Awards, "Best Dark Ride" Award 2013 dan 17th Annual Thea Award "Outstanding Achievement Award" (for Future Attraction).


Selfie berlatar belakangkan Istana Hogwarts. Taknak lepaskan peluang nih!

Tarikan lain yang korang boleh cuba di sini ialah Flight of the Hippogriff, iaitu permainan rollercoaster yang sesuai untuk anda sekeluarga.




Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk tengok Frog Choir iaitu persembahan koir khas dari para pelajar Hogwarts. Setiap pelajar mewakili empat kumpulan utama iaitu Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff dan Ravenclaw.

Last sekali korang boleh bergambar dengan diorang!


Nak tahu apa yang aku nanti-nantikan dekat sini? Sudah tentulah nak merasa Butterbeer! Tak sah kalau korang tak cuba bila berkunjung ke USJ. Satu cup boleh didapati dengan harga serendah 600 Yen.


Terima kasih pihak Universal Studios Japan kerana telah merealisasikan impian aku untuk mencuba Butterbeer ni.

** Butterbeer is a non-alcoholic beverage, with a flavor reminiscent of shortbread and butterscotch


Lepas tu, kitaorang dinner di Restoran Finnegan's Bar and Grill. Suasananya yang selesa dan tenang menjadikan ia tempat yang baik untuk santai sebentar setelah penat pusing-pusing dekat USJ. 




Dah selesai makan tu, tiba masanya untuk shopping souvenirs. Uh! Kebetulan datang masa nak dekat musim Halloween, kitaorang terpaksa melalui Zombie Zone, iaitu kawasan khas dimana zombi-zombi berkeliaran.

Tengok macam real betul. Dari suasana riang gembiar ke suasana seram sejuk kerana pada sebelah malam lain pula jadinya di sini bila korang datang masa musim Halloween.






Amacam? Rasa macam betul-betul dalam movie zombi kan? Seram tapi menarik!

Akhirnya, tibalah masa untuk balik. Maka berakhirlah sudah siri jelajah Universal Studios Japan. Sebelum berangkat pulang, sempat juga tengok beberapa kedai souvenirs kat sini. Tempted nak beli banyak benda but agak mahal pula. Errrr


Koleksi Spiderman


Kayu ajaib dalam cerita Harry Potter kini boleh jadi koleksi anda. Boleh beli!


Nak sangat beli jubah ni. Tapi bila tengok harga, sobs. Lupakan hasrat. Tapi nice weh!


Last-last aku terbeli juga benda alah ni. Niat nak beli popcorn je, terus terbeli benda ni. Boleh la nak buat kenang-kenangan.


Ternyata satu hari pun tak cukup untuk teroka semua tarikan yang terdapat di Universal Studios Japan. Kalau korang nak dapatkan jimat masa, boleh KLIK SINI untuk tengok suggested routes. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan peluang, aku akan datang lagi ke sini. Best!

UNIVERSAL STUDIOS JAPAN

ALAMAT:
2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Osaka Prefecture 554-0031, Japan

WAKTU OPERASI
Seawal jam 8 pagi hingga 10 malam

HARGA TIKET:
Klik Sini

CARA KE UNIVERSAL STUDIOS JAPAN:
Klik Sini

LAMAN WEB RASMI:
Klik Sini




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

9 comments:

  1. bestnya... berhajat lame dah nak masuk universal studio.. usahkan USOsaka.. USS pun blom pass lagi.. sobb..sobb.. doakan tahun depan tercapai

    ReplyDelete
  2. WOW!
    sure sni lg best dr yg kt sngpore kan?
    sngpore pun blum lepas pegi..huhu
    tkpe2
    smpan2 entri ni nnti ade rezeki pegi bole refer ni :)

    ReplyDelete
  3. nextime sebelum ko travel, wajib alert aku dulu. hahaha

    ReplyDelete
  4. ada pengalaman x best di US Japan ni huhuhuh

    ReplyDelete
  5. doakan aku agar dapat ke jepun ya :)

    ReplyDelete
  6. Berapa harga jubah tu? Macam menarik hahaha

    ReplyDelete
  7. Fuhhhh seronoknyer..part pinggan paling ats tu ..hiasan dia tu bunga betul ke pojie..nampak cantik jer hiasan tepi pinggan..nak makn pon sayang..hahahaha beli minion ...takpe laaa tak beli byk pon janji dapat g sana pon dah puas hati..ada kenangan dgn gambar2 yg menarik..

    ReplyDelete