Osaka with Air Asia X: Jom tengok panorama Osaka dari Kuchu Teien (Floating Garden) di Umeda Sky Building!

Monday, November 30, 2015 Mohd Shahril Fawzy 3 Comments

Hi! 
Before korang baca entri ni, boleh la tengok video travelogue Osaka DI SINI.

Baru aku perasan yang trip ke Osaka ni banyak discover bangunan-bangunan tinggi. Macam tahu-tahu je aku ni memang jenis yang suka pergi tempat tinggi dan menikmati panorama cantik sesuatu tempat tu. Lagi best kalau dapat tengok matahari terbit atau terbenam. 

Pengalaman berkunjung ke Osaka, Jepun sememangnya antara yang menjadi kegemaran aku. Kenapa? Selain daripada berpeluang untuk ke Universal Studios Japan, aku juga sempat berkunjung ke bangunan tertinggi yang ke 19 terdapat di Osaka, Jepun

Tidak lain tidak bukan, Umeda Sky Building (Floating Garden Observatory).



Bila dengar tour guide cakap "We're going to Umeda Sky Building or known as floating garden, where you can see beautiful panoramic views of Osaka."

I was like "Jyeah! Minta-minta la awan cantik hari ni. Boleh selfie banyak-banyak" BHAHAHAHA


Daripada jauh lagi dah boleh nampak bangunan tu. Terus bertambah excited pula. Yes, betul. Bangunan dia memang tinggi. Tertanya juga macam mana la agaknya keadaan dekat atas nanti. 

Sebelum naik ke atas, aku nak kongsi sedikit info tambahan (kot-kot korang nak singgah nanti kan). Dalam bangunan ni, korang juga boleh singgah The Takimi-koji restaurant mall di basement floor dimana korang boleh tengok replika jalan-jalan di Jepun pada awal Era Showa (hampir sama macam apa yang kita nampak di Osaka Museum of Housing & Living). 



Excited sungguh Yuri (our tour guide) nak tunjuk tempat ni. Nice juga la. Baru nak bergambar dekat sini tapi berkesempatan atas faktor kesuntukan masa. Takpe, kalau korang datang sini jangan lupa singgah and ambil gambar sebanyak mungkin untuk aku ya. 

Dah, jom kita naik ke atas. Tak sabar ni!

Bangunan Umeda Sky Building // Sumber: Wikipedia


This part memang boleh tahan gayat juga la. Nasib baiklah mid-air escalator ni bukan fully transparent. Kalau tak, mau jatuh jantung aku. Selain lif, escalator ini juga menghubungkan bangunan utama (Tingkat 35) dengan floating garden (Tingkat 39). Kalau yang takut tinggi tu, boleh la tutup mata atau guna lif. 


UMEDA SKY BUILDING (FLOATING GARDEN)
The Umeda Sky Building merupakan antara bangunan tertinggi yang terdapat di Osaka sekali gus menjadikan ia sebagai tarikan menarik yang sememangnya wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Osaka (terutamanya mereka yang suka tengok panorama menarik dari atas bangunan tinggi). 

Dibuka pada 2 Julai 1993, bangunan yang terletak di Kita-Ku ini mempunyai tahap keselamatan yang baik seperti kalis-gempa bumi dan disaster protection. So, dengan ini at least korang rasa selamat la sikit nak naik atas. Bangunan ini juga mempunyai ketinggian 173 meter dan pastinya menjanjikan anda peluang untuk melihat pemandangan panorama 360 darjah - antaranya ialah Sungai Yodo, suasana matahari terbenam dan susana malam. 

Terdapat tiga tingkat utama di Kuchu Teien
1. Tingkat 39 (Kedai/Restoran)
- Kaunter Tiket Kuchu Teien
- Kedai SKY39
- Sky Lounge STARDUST
- Mid-air escalator

2. Tingkat 40 (Observation Floor)
- Café SKY40
- City View
-River View

3. Rooftop 
- Sky Walk
- Heart Lock fence


We stopped by at 40th floor and ordered some drinks and desserts before went up to the observatory deck. You guys can check em out if you feel like wanna have some drink or munch something. 


Oh! Nak cakap something ni sebelum terlupa.
Dengan adanya Osaka Amazing Pass, korang secara automatik boleh masuk ke floating garden ni secara percuma. KLIK SINI untuk tahu macam mana nak dapatkan pass ni.



Terkesima seketika melihat seni bina bangunan ni. Sungguh canggih dan menarik.

TRIVIA: Tahukah anda bahawa Umeda Sky Building juga pernah disenaraikan sebagai "20 bangunan tertinggi di seluruh dunia"? Yes, satu artikel yang pernah dikeluarkan dalam surat khabar British The Times pada tahun 2008 menyatakan bahawa Umeda Sky Building satu-satunya bangunan di Jepun yang tersenarai pada waktu tu. Hebat!


While yang lain sedang sibuk bergambar, maka aku sempat berselfie dengan Eugene sajalah, the most humble photographer of us during the trip. LOL


Sama seperti tarikan-tarikan terkenal di seluruh dunia seperti di jambatan Paris, Seoul Tower dan banyak lagi, anda juga boleh kunci 'cinta' anda di Umeda Sky Building. Anda boleh beli heart lock di tingkat 40. Di mana nak kunci 'cinta' korang?


Di sini. Ruang khas ini adalah untuk mereka nak letak heart lock. Haritu nampak ada guard jaga ruangan ni so maksudnya tak semua boleh masuk. If tak ada guard, korang boleh la cuba masuk. Nice spot untuk ambil gambar ala-ala romantik.


Floating garden dari tingkat 40.

Jujur, aku memang jarang sekali ambil gambar landskap. Biasanya dua atau tiga keping pun dah cukup tapi kali ni tak tahu kenapa jari ni tak habis habis tekan butang shutter. Kenapa? sebab view masa tu sangat CANTIK. Sebab ni juga aku terlupa nak ambil gambar selfie banyak-banyak.

Nak tengok gambar-gambar tu? Keep scrolling.





Cantik bukan? Haaa, kalau nak ambil gambar atau tengok panorama cantik macam dalam gambar-gambar diatas, korang datang la ke Kuchu Teien di Umeda Sky Building


UMEDA SKY BUILDING (FLOATING GARDEN)
Waktu Operasi: 10am hingga 10.30pm (jam terakhir masuk 10pm) - Dibuka setiap hari
Bayaran Masuk: 800 Yen (Adults), 500 Yen (High & Junior High School), 100 Yen (Infants) and 700 Yen (Seniors - 65 and over)
Alamat: 1-1-88, Oyodonaka, Kita-ku, Osaka (8 minit jalan kaki dari JR Osaka Station, Subway Umeda station and Hankyu Umeda Station)
Tel: +60-6440-3855
Website: KLIK SINI




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

3 comments:

  1. gayatnyaaa =O aaadeh.. bangunan semua tinggi2 tapi still..
    ada jugak selit2 culture..

    ReplyDelete
  2. Fuhhh gayat la pulak walaupon bukan akak yg naik ats sana..nampak kat gambar pon dah gerun nak2 escalator tu haaa..gerun gerun..ok nampak ada soklan kat situ Tahukah anda bahawa Umeda Sky Building juga pernah disenaraikan sebagai "20 bangunan tertinggi di seluruh dunia"?..hehehe tak tau laa tak pernah baca pon hahaha..datang sini baru tau..nampak tak nampak tak..penulisan pojie dah buat kita tahu tentang sejarah ...tq sharing

    ReplyDelete