Osaka with Air Asia X: Kuala Lumpur ke Osaka, Jepun

Tuesday, October 13, 2015 Pojiegraphy Journal 4 Comments

Tahukah anda bahawa Osaka merupakan salah satu destinasi yang terdapat dalam senarai penerbangan Air Asia X? 

Betul. Aku pasti semua dah sedia maklum tentang ni. Selain daripada Osaka dan Tokyo, Hokkaido juga menjadi destinasi impian aku. Hokkaido, aku datang.... dalam mimpi. LOL


Baru-baru ni, seperti yang dinyatakan dalam entri lepas, aku berpeluang untuk ke Jepun lagi tapi kali ni ke Osaka bagi siri jelajah ke Universal Studios Japan dan bandar Osaka. Tak sangka pula dapat jemputan yang sangat berharga dari Air Asia. 

The moment dapat tahu yang aku akan ke Jepun lagi, terus melompat macam beruk. Jepun kot! Haip Pojie! Kawal diri please. 


DID YOU KNOW THAT...
Air Asia X is flying daily flights to Osaka?

Flight duration:
6 hours 25 minutes

Flight Schedule:
From Kuala Lumpur (KUL) to Osaka (KIX) -
D70532 (0100hrs - 0825hrs, Wednesday/Thursday/Friday),
D70534 (1500hrs-2225hrs, Monday/Saturday),
D70536 (0815hrs-1540hrs, Tuesday/Sunday).

From Osaka (KIX) to Kuala Lumpur (KUL) -
D70537 (1655hrs-2240hrs, Tuesday/Sunday),
D70533 (1100hrs-1645hrs, Wednesday/Thursday/Friday),
D70535 (2335hrs-0520hrs, Monday/Saturday.



Media team members are ready to bound for Osaka, Japan!

Sebelum ni, aku dah berpengalaman naik penerbangan Air Asia X (KLIK SINI) ke Tokyo. So, secara tidak langsung aku tak ada masalah naik flight jangka masa panjang. Flight yang melebihi 6 jam ni selalunya memang memenatkan unless korang naik flight kelas pertama atau bisnes. 

Sekurang-kurangnya, dengan adanya tambang flight murah ni berpeluang jugalah kita untuk jejakkan kaki di negara-negara jauh. Orang kata, tak kisahlah macam keadaan pun yang penting kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. 




Dalam flight juga aku berpeluang untuk merasai menu baharu yang diperkenalkan baru-baru ini iaitu Nasi Dagang with Chicken Curry + Dodol. 

Why Nasi Dagang? Because it is one of the menu that truly resembles Malaysia - traditional recipe from Terengganu and Kelantan.

Hows it? 
Rasa pedas kari ayam tu sangat terasa. Aroma nasi dagang pun kuat dan kaya dengan rasa lemak. Pssst. Nasib baik orang tak nampak aku makan gelojoh masa tu. Dodol pula dimakan untuk menambahkan rasa manis selepas habis makan nasi dagang. Sedap. Tak tipu. Sampai rasa satu hidangan tu tak cukup pula. I need more! 

As someone who loves dodol so much, their dodol is simply delicious. The taste is average - tak terlampau manis. 

** Boleh klik SINI atau SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu yang disediakan


*gambar atas diambil melalui tingkap dalam kapal

Penerbangan Air Asia X ke Osaka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX). Menariknya pasal Kansai International Airport ni ialah ia dibina atas pulau buatan manusia di tengah-tengah Osaka bay. Jepun kan, almost nothing is impossible. Macam-macam diorang buat. 


Kansai Airport juga menjadi tempat para pengunjung shopping souvenirs, chocolate, candy and banyak lagi. Don't miss your chance to buy some Japanese cookies or chocolates. Most of them are damn good!

Plus, Kansai Airport is quite nice. Cantik untuk ambil gambar! ;)

TIPS AIRPORT KANSAI & KUALA LUMPUR (KLIA2)
1. KLIA2 - perjalanan ke boarding gate mungkin agak jauh. Dengan itu, elakkan daripada membuat benda last minit. Rancanglah masa anda sebaik mungkin.
2. Kansai Airport - check in seawal yang boleh dan terus masuk dalam untuk elak beratur panjang dan lama menunggu kerana Kansai airport ni memang busy especially pagi. 
3. Kansai Airport - simpan duit lebih untuk shopping dekat airport. Macam-macam ada or else boleh tukar atau withdraw duit dekat sana but for sure agak mahal sikit. 

TIPS MENAIKI FLIGHT PERJALANAN JAUH
1. Kalau anda jarang naik flight jauh dan lama, bawa la selimut sendiri atau neck pillow. Dalam kapal pun diorang sewakan selimut untuk keselesaan korang. Kena bayarlah unless awak naik seat Premium Flatbed. 
2. Untuk hiburan sendiri, bolehlah masukkan lagu-lagu best atau movie dalam tab or telefon pintar takdelah bosan sangat nanti kan. 
3. Flight lama confirm akan lapar. Korang boleh book online awal-awal untuk onboard meal. Lebih jimat berbanding beli dalam kapal. 
4. PENTING! Study betul-betul masa anda sampai ke destinasi. Kalau sampai tengah malam, jangan tidur sepanjang dalam flight. Tidur sekejap untuk restore energy. Ini sangat penting bagi mengelakkan anda jetlag atau susah nak tidur.. 





This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

4 comments:

  1. tingin nak pi Sapporo.. winter festival..
    tp tngk org p Nara pun best sbb ada rusa.. bilaa ni nk sampai Jepang..

    ReplyDelete
  2. me too love dodol, and prefer yg less sweet and kurang berminyak. and nasi dagang, sejak bila air asia serves nasi dagang onboard.. wahh hebat!

    ReplyDelete
  3. senyum lebar ke pipi bila free trip pergi jepun ya

    ReplyDelete
  4. Bestnya....osaka aku dtg... 😚

    ReplyDelete