Osaka with Air Asia X: Penginapan di Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers yang begitu menakjubkan!

Friday, October 16, 2015 Pojiegraphy Journal 5 Comments


Bercakap mengenai penginapan kami sepanjang trip ke Osaka, gembira sungguh aku nak kongsikan pengalaman bila dapat menginap di Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers

I know, Sheraton is one of the amazing hotels listed under Starwood Preferred Guest (SPG). I stayed various Sheraton hotels around the world from Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur, Sheraton Krabi Beach Resort, Sheraton Berlin Grand Hotel Esplanade, Sheraton Bali Kuta Resort, Sheraton Surabaya Hotel & Towers and now its time for Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers

Aku terus teruja semacam bila dapat tahu Sheraton menjadi hotel penginapan kami. 


Setelah seharian penat berjoget-joget dekat Universal Studios Japan (bakal dikongsikan tidak lama lagi), akhirnya kami sampai di hotel. Rasa penat hilang serta merta bila nampak papan tanda "Selamat Datang" yang dipegang oleh pihak hotel. Tak sangka pula general manager pun ada sekali. 

One word, AMAZING!
Sambutan yang penuh dengan senyuman.


Selepas itu, kami terus dibawa ke Sky Lounge "Sky21" untuk sesi berkenalan bersama dengan staff dan juga general manager hotel. Apa yang menarik di Sky Lounge ni ialah dari sini anda boleh melihat pemandangan menarik Gunung Rokko dan Osaka Bay. 

Pada waktu malam, boleh la feeling-feeling romantik sambil menikmati view yang penuh dengan cahaya lampu yang menerangi malam indah mu. 

Dah start meleret. Back to topic.


Main Lobby


Front Desk

Perkara yang selalu buat aku teruja bila menginap dekat hotel ni ialah bilik mereka. Selalu excited nak tengok bilik kerana setiap hotel pasti mempunyai konsep yang berlainan dan sudah tentu semuanya mesti cantik dan menarik. 

Wah!
Dapat bilik jenis Club Room yang berada di tingkat 20. Confirm view mesti cantik kebaboom! 
Apa lagi? Jom kita masuk!


Terletak di tingkat 20, bilik jenis Club Room ini bakal menjadikan malam anda lebih istimewa bila dapat tengok view menarik dari tingkat atas. Kobe bay ni siang dan malam memang cantik. Tidak dapat dinafikan. 

Masuk je bilik, terus letak barang-barang dan landing dekat katilnya yang memang empuk dan selesa. Selesa weh sampai esoknya aku boleh overslept! Dijadualkan esoknya bertolak untuk Osaka tour pada tepat jam 8.50 pagi dan aku terjaga pada pukul 8.30. 

20 minit? Mana sempat. Dengan barang-barang berterabur, tak sempat breakfast. Sedih sebab terlepas peluang untuk breakfast dekat Garden Café. Tak apa, ada satu hari lagi. Panjangnya penjelasan bukti bahawa tilam dalam bilik hotel ni sangat selesa.


Sama seperti hotel yang lain, bilik ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti mini bar, free WiFi service, In-Room Movies, hairdryer dan keperluan mandian -- sangat banyak sampai tak tahu nak guna mana satu. 


Bilik juga agak luas dilengkapi dengan set sofa dan juga meja untuk korang santai tengok tv atau makan.


Kalau SPG Hotel di Jepun ni mesti akan menyediakan set pakaian tidur atau santai dalam bilik iaitu Yukata. Yukata dekat Sheraton Kobe Bay ni nampak lebih eksklusif berbanding dengan hotel-hotel yang pernah aku pergi di Jepun. 

Malangnya tak sempat nak cuba sebab balik bilik pun sempat untuk mandi dan rehat sahaja due to jadual yang sangat padat. Rasa rugi but for sure i'll be back here again. InsyaAllah.


Just in case you miss my bathroom-selfie-shot 
LOL


Kobe Rokko Onsen (Spa) Hamaizumi
Antara yang menarik di Sheraton kobe Bay ialah Hot Spring atau lebih dikenali sebagai Onsen. Satu lagi penyesalan terjadi bila aku tidak berpeluang untuk cuba Onsen di hotel ni even though i'm sure that it will not be as amazing as the onsen that I tried in Hakone, but when you come to Japan, trying out their Onsen is a must!

Bayaran Masuk: 
Dewasa - 2,800 Yen, Pelajar - 1,200 Yen dan Kanak-kanak (3-6 Tahun) - 500 Yen
Lokasi: Sheraton Square 3F
Waktu operasi Onsen - Seawal 6 pagi hingga 12 malam. 
Typical rule: You must go naked when it comes to Onsen. Lalalala



Sheraton Club Lounge -- aku cukup berkenan dengan club lounge di sini sebab ada open air area yang membolehkan anda menikmati minuman atau makanan ringan sambil menyaksikan keindahan panorama Kobe Bay. Rasa macam taknak balik! 

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan business center di mana korang boleh guna untuk cetak dokumen atau surf Internet. 






Bangun seawal pagi so that korang boleh meluangkan masa bersarapan pagi di Garden Café yang menghidangkan pelbagai jenis makanan (kebanyakan makanan ala Jepun). Since pagi-pagi ni tekak aku tak terasa nak makan makanan berat, aku just ambil fries, roti, salad dan buah-buahan. 

Garden Café
Hidangan: Antarabangsa
Etika Pakaian: Casual
Waktu Operasi: 6.30 am - 10.00 pm
Suasana: Relax/Casual







Terletak di tingkat lima, anda juga boleh menikmati kemudahan indoor swimming pool, fitness center dan juga tennis court. Gym yang simple dan lengkap, gelanggang tenis yang sememangnya berguna buat para penggemar permainan tenis dan juga kolam renang untuk anda luangkan masa manjakan diri. 

Lokasi: Tingkat 5
Fitness Center: Waktu operasi dari 6.30 am hingga 10.30 pm
Tennis Court: Waktu operasi dari 7.30 am hingga 9.00 pm


Sheraton Kobe Bay juga terletak berhampiran dengan beberapa tarikan utama sekitar Kobe termasuk:
1. Koiso Ryohei Museum 0.3 km (Budaya & Seni)
2. The Earthquake Museum in Kobe 5.0 km (Budaya & Seni)
3. Gunung Rokko 8.0 km (Tarikan Utama)
4. Osaka Castle 30 km (Tarikan Utama)

dan banyak lagi.
KLIK SINI untuk ketahui lebih lanjut.

Pengankutan: Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan shuttle service ke downtown dan juga airport pick-up.


CARA KE KOBE BAY SHERATON HOTEL & TOWERS
By train - JR KOBE LINE: Dari Osaka Station, turun di Sumiyoshi Station (19 minit), HANSHIN RAILWAY: Dari Osaka Umeda Station, turun Uozaki Station (22 minit) -- Tukar train Rooko Liner menuju ke Island Center Station (9 minit dari Sumiyoshi Station/6 minit dari Uozaki Station).

or boleh drive atau naik bas. Tapi lebih mudah dan senang kalau naik train.

LAMAN WEB RASMI
KLIK SINI 

WAKTU CHECK IN/OUT
Check in: 3.00 pm
Check out: 12.00 pm

ALAMAT






This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

5 comments:

  1. ohh my....cantiknya hotel! bestnyaa....

    ReplyDelete
  2. Wahhh hebatnya hotel ni... thanks pojie for sharing, dapat tengok pun dah puas hati sebab gambar sangat superb!

    ReplyDelete
  3. Salam, perghh~ okay aku dah tak terkata dah ni...best betul! hahaha, tak sabar nak bace entry kau pegi universal studio japan tu~~

    ReplyDelete